Selasa, 5 Disember 2017

Selamat Hari Lahir yang ke 66 Abah!

assalamualaikum semua, hari merupakan hari kelahiran buat abah, insan yang kami paling sayang.. dan selama dekat seminggu jugak kami abiskan masa menemani abah di HUKM.. pelan asal untuk rawatan lain tapi rupanya lain pulak yang jadi.. tapi apa pun kami redhakan jugak semua yang berlaku.. dan aku tak dapat nak kongsikan sepenuhnya apa yang berlaku atas permintaan banyak pihak.. 

Selamat Hari Lahir Abah


di hari ni pada ini 66 tahun dulu, seorang bayi lelaki dilahirkan oleh ibunya yang tersayang yang akhirnya meninggalkannya ketika berusia 9 tahun.. waktu sekecil itu beliau terpaksa memikirkan cara untuk menyara sebuah keluarga yang ada.. bermacam yang dilalui oleh anak yatim ini.. sejarah hitam kebanyakkannya yang menjadikannya seorang yang berhati batu dan tabah dalam mengharungi apa sahaja rintangan di hadapannya.. 

tak pernah kenal apa erti sekolah.. tak juga dapat merasa apa erti pendidikan formal kerana kesempitan hidup.. namun tak menghalangnya untuk terus mencari nafkah dan memberikan apa sahaja yang terbaik untuk keluarganya.. termasuk memberikan anak-anak pendidikan terbaik hingga ke menara gading.. 

lelaki pertama dalam hati angah 💜


abah,  terima kasih kerana membesarkan kami secukupnya dengan kasih sayang dan ilmu pengetahuan bersama-sama mak... semoga Allah berkati hidup abah dan mak dan permudahkan semua urusan dan baiki kesihatan buat keduanya.. amin.. 

Selamat Hari Lahir yang ke 66 abah!  
Cerita menarik lain

6 Luahan Ikhlas:

Warisan Petani berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Selmat hari lahir untuk seorang abah.
pengorbanan abah sepanjang hayat.

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Tetiba Rasa nak nangis Pula baca posting ni. Semoga Pakcik abd Rahman sentiasa Dalam rahmat Allah Dan bldiberikan kesembuhan.

Raydah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

semoga seorang abah dan family sentiasa dalam lindunganNya. ameen

Ana Suhana berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Sanah helwah buat ayah kak ita. Ana doakan semoga ayah kak ita kembali sihat seperti sedia kala dan semoga dipermudahkan segala urusan. Amin.

aryan azra berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

semoga abah ita sentiasa didalam rahmat dan redha Allah swt

Mimi Azirah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Selamat hari lahir buat abah akak