Selasa, 27 Februari 2018

Hilangkan masalah kulit gatal dengan Glow Gelenggang

assalamualaikum semua, pernah dengar tak orang guna ubatan tradisional untuk buat rawatan harian? baru ni pun aku ada peluang gunakan produk yang diadun dari bahan tradisional, khasiatnya sama je dengan menggunakan bahan tu secara tradisional.. cuma kaedah yang digunakan lebih mudah.. produk yang aku guna ni boleh hilangkan masalah kulit gatal dengan Glow Gelenggang..


cara hilangkan gatal kulit
Hilangkan masalah kulit gatal dengan Glow Gelenggang


nama pun unik kan? Glow Gelenggang.. ini bersempena bahan asas iaitu daun gelenggang yang digunakan dalam menghasilkan produk ni.. aku ada jugak berbual dengan abah dan mak masa balik kampung aritu pasal produk ni..



Produk Glow Gelenggang


Aku : Abah, angah ada bawak balik sabun dengan minyak ni..
Abah : Sabun apa? 
Aku : ni haa abah.. Glow Gelenggang.. dibuat dari daun gelenggang.. (sambil menunjukkan produk Glow Gelenggang) 
Abah : wah bagus ni... pandai orang-orang sekarang ya.. kalau dulu kita guna daun gelenggang ni je nak hilangkan gatal-gatal kat badan.. tapi leceh sikit la nak keringkan dulu daun semua.. 
Aku : A'ah bah.. yang ni senang je boleh terus guna je.. hehe 
Mak : meh mak tengok.. baunya sedap jugak.. 
Aku : tulah.. makin bijak orang sekarang ni.. kita pun senang.. tinggal guna je..

*apasal tiba-tiba aku rasa macam dalam iklan kat Nasional FM pulak dah ni...hahaha


Sabun Glow Gelenggang

Minyak herba Glow Gelenggang



Ok dah tengok produk tu kan.. meh la korang baca info pasal daun gelenggang ni pulak.. aku teringat tau zaman aku kecik-kecik dulu pokok ni memang banyak la sepanjang jalan.. kalau pagi-pagi berjalan hala ke sekolah tu memang banyak je pokok gelenggang ni kat tepi-tepi jalan.. siap kadang tu petik bunganya buat main-main.. tapi itulah bebudak kan.. main je lebih padahal pokok ni banyak khasiat dia.. kat bawah ni info yang aku dapat..



Daun gelenggang

Daun gelenggang yang lebih dikenali sebagai daun Senna adalah dari pokok herba tumbuhan renek dengan ketinggian 1 – 1.5 meter. Cassia senna L (C. acutifolia Delile) dan Cassia angustifolia Vahl adalah di antara nama saintifik bagi daun gelenggang. Daun gelenggang telah digunakan sebagai ubat tradisional di negara Arab semenjak zaman dahulu lagi. Ianya telah diperkenalkan ke Eropah oleh pengamal perubatan tradisional Arab pada abad ke-9.



Daun gelenggang kering yang belum dikisar berwarna kuning pucat, manakala serbuk daun gelenggang berwarna kuning kehijauan. Bahan aktif yang terdapat dalam daun gelenggang adalah antraquinone glucosides. Pada lazimnya, daun gelenggang mengandungi tidak kurang dari 2.5 peratus antraquinone glucosides. Pengiraan kandungan bahan aktif yang terdapat dalam daun gelenggang yang telah dikeringkan adalah berdasarkan sennoside ataupun dikenali sebagai senna glycoside. Sennoside merupakan derivatif anthraquinone. 

(siantifik benar bunyinya kan? pasal info ni aku ambik dari web Myhealth)

Secara tradisinya daun gelenggang digunakan sebagai julap dan penyelesaian untuk masalah sembelit dan jugak masalah kegatalan pada kulit.. ada jugak yang gunakan untuk masalah kurap.. tapi kalau guna daun yang dah dikeringkan pada kulit yang dah ada luka akan ada timbulkan rasa pedih jugak..

Sabun dan minyak herba dari Glow Gelenggang - cara guna


Mujurlah dah ada yang rajin dan bijak pandai hasilkan produk segera macam ni yang bolehkan kita untuk terus guna je kan.. jimat masa dan mudah pulak tu.. macam aku yang bekerja dalam bidang veterinar ni agak biasa jugak la berdepan dengan kes yang macam-macam.. belum lagi ada tu yang kadangnya memang dah ada masalah hama pada bulu.. dan secara tak langsung la kalau jenis kulit yang sensitif akan mudah je jadi masalah jugak nanti.. dengan adanya Glow Gelenggang ni mudah je la nak basuh tangan atau mandi untuk elak gatal-gatal kemudian boleh sapu dengan minyak habbatusaudah Glow Gelenggang jugak.. untuk gunakan si seluruh badan ya.. kat muka pun boleh..


model baru nak up dengan Glow Gelenggang


dan kebetulan abah aku ada masalah gatal-gatal kulit badan jadinya sekarang ni aku dah bagi dah sabun pada abah untuk abah buat mandi hari-hari.. alhamdulillah abah suka guna sabun tu.. bagi korang yang nak cuba sabun dan minyak herba Glow Gelenggang ni boleh hubungi nombor telefon yang ada pada gambar Glow Gelenggang tu ya.. atau korang boleh terus je klik facebook dan whatsapp macam kat bawah ni ha..


Facebook : Glow Gelenggang 
Whatsapp : 014-5445951



eh lupa pulak nak kongsikan.. mesti ada yang nak tanya pasal harga kan?


Harga produk Glow Gelenggang


Sabun herba 

sabun herba organik 50gm
1 unit sabun herba rm47
2  unit sabun herba rm70 (jimat RM24)
4  unit sabun herba rm140 + free 1  unit sabun herba (jimat RM95)


minyak herba organik 30ml
1 botol minyak herba rm47
2 botol minyak herba RM70 (jimat RM24)


set sabun herba & minyak herba
1 set rm70 (jimat RM24)
2 set rm140 + free 1 unit sabun herba (jimat RM95)



*Setiap pembelian akan menerima free pos dan free gift dari Glow Gelenggang


dan kalau korang berkenan nak beli dan nak dapatkan harga diskaun atau potongan harga atau harga lebih murah dari pasaran.. korang boleh gunakan kod ROZITA10 yang ada dalam gambar kat bawah ni ya.. boleh dapat potongan harga sehingga RM10 tu.. nak beli satu je pun boleh dapat diskaun tu..

Kod Baucer Glow Gelenggang



Ceritaita


Cerita menarik lain

4 Luahan Ikhlas:

Norlaili A Wahab berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

memang memudahkan. dah takyah nak keringkan daun nya dulu hehehe

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Mmg puas Hati kan pakai GG ni

Mimi Azirah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Saya dah pakai memang puas hati sangatttttt

Bonda Zahra berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Best kak guna Glow Gelenggang. Wangi ja.