Hari Keluarga Kelab 2009 - Cerita Ita                                                             Hari Keluarga Kelab 2009 Langkau ke kandungan utama

Hari Keluarga Kelab 2009

23/5/09 pada hari ni kami kelab sosial makmal mengadakan hari keluarga kami yang julung2 kali diadakan...rasanya last sekali diadakan masa zaman dr. rohaya jadi pengarah..masa tu aku pun lum masuk gov lagi..2004 kot..diorang buat grand2 kat cherating..last2 ada lak yang report BPR disabitkan atas penyalahgunaan kuasa...hehe..ada2 je...

tu yang diorang fed up nak buat lagi agaknya... memula kami rancang nak sambut hari keluarga ni kat lanchang, tempat gajah tu...namanya kuala gandah...semua dah leh uruskan kecuali bas je masalah...jabatan kami takde bas so kena la mintak belas kasihan orang lain...last2 sekali cancel sebab takde orang leh menyumbangkan bas mereka...kedekut tul...1 hari je...minyak pun kami tuang..kalau nak kami bayar driver pun leh...bukan jauh pun 2 jam lebih je dr kuantan...

takpe la harta orang kan nak buat camana...kalau ada duit lebih dah tentu kami sewa bas lain je...next year la kot... cerita pasal kelab ni mesti korang jadi tanda tanya gak kan? sapa kami ni... sebenarnya nama sebenar kelab kami ni ialah kelab sukan dan sosial makmal..ditubuhkan tak pasti bila...haha..kena cari balik jap lagi...

kami ni kelab kecik je..cuma ada 19 orang ahli je setakat ni... tak banyak aktiviti yang kami buat cuma nak menyumbang kebajikan ahli sesama sendiri je...hehe.. hari keluarga kami meriah jugak la...semua dapat hadir kecuali seorang ahli sebab nak hantar anak dia masuk uitm...semua datang dengan ahli kelauarga masing2...banyak acara yang kami sediakan khas untuk anak2 ahli je cam cari gula2 dalam tepung, rebut gula2, bawak belon berpasangan, melukis berkeluarga dan lari ikat kaki... 

hakimi lak, naik pecah perut aku dibuatnya...dalam acara rebut gula2 tu aku saje la suruh dia masuk...dia pun sibuk2 gak berlari gi kat orang ramai2 tu tapi last2 dia tolong lak masukkan gula2 tu dalam baju dan topi orang lain...hahaha...camana la nak menang...yang coach dia ni bagai nak rak la nyuruh dia masuk dalam baju dia...kita try next year la nak... 

masa orang lain bawak belon berpasangan dia pun sibuk juga nak try....last2 kami dua beranak dah jalan cam ketam dah...sambil mulut dia bising cakap..ikat...ikat....(cepat2 la tu)...kesudahannya kami menang sorak je hari tu...tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar...semua orang happy dan bawa 2 hamper at least setiap sorang...lagi nasib baik bawak 3 sebab menang hadiah... 

cerita sal hamper, kalau biasa aku memang tak pernah menang cabutan bertuah tapi bila keja kat pahang ni memanjang je aku dapat hamper...hehe..1st masa hari keluarga jabatan kat CH baru ni...dapat hamper dan 1 kipas...baru ni lak mesyuarat agong kelab veterinar pahang...dapat lagi 1 hamper...sampai sekarang stok milo dan biskut aku tu tak habis2 lagi....dan yang ni lak dapat 1 hamper dan 1 botol minyak 5kg ko...tak yah aku beli minyak bulan ni...thn depan nak mintak diorang sponsor beras lak la..hehe....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum