1 bulan dah.. - Cerita Ita                                                             1 bulan dah.. Langkau ke kandungan utama

1 bulan dah..

salam semua,
kejap je masa berlalu kan? Najmi dah berumur 1 bulan dah...cam x caya pun ada...cam sekajap sangat...nanti sekejap je kan dah naik keja...pastu sekejap je dah nak dapat adik lagi...eh...eh...........silap lak..hehe...awal sangat kot..tunggu la dia dah setahun ke baru cite sal nak ada adik lagi..

sekarang ni aku bersiaran subuh2 hari...mengambil kesempatan yang anak2 aku masih tidur lagi ni..shah dah selamat balik malam semalam..tinggal la kami 3 beranak lagi kat johor ni...insyallah shah akan balik semula 2@3hb nanti sebelum kenduri andak..

hari ni aku nak cite sal kedua2 anak aku..semalam masa shah nak balik hakimi dah selamat bangun tidur...dia perasan lak ayah dia sibuk kemas2 barang nak bawak balik..terus mengekor sampai sudah..last2 masa nak gerak tu menangis gegila...sebenarnya sebelum gerak lagi dah start drama nangis2 tu..bila shah tinggal ambik ko siap nangis sampai muntah2...last2 atuk wan dia mandikan memalam tu gak..lepas tu terus mood dia baik lak..hehe..macam2 kan bebudak ni..

semalam pagi aku dgn shah bawak najmi gi klinik desa kat sini sebab nak cucuk najmi 1 bulan..masa pegi tu dah kul 10pagi tapi hakimi tak ikut sebab x bangun tidur lagi...sampai sana najmi ok je lagi lepas tu je start nak nenen...sementara tunggu dia tidur jap..pastu nak timbang kenalah bukak baju..haaa mulalah dia ingat lepas mandi kan..nak nenen lagi...mula la rengek2 sikit2...pastu aku bagi gak lepas abis check baby tu..pastu aku cabut sebelum dia puas sebab nak cucuk lak..marah la dia..tapi yang kelakarnya bila kena jarum je dia menangis kuat tapi bila cabut je jarum terus dia stop lak sampai la balik rumah...dah sampai tahap nangis maksimum kot..hehehe...lupaj lak berat najmi cuma 3.25kg je dan misi kata normal je bila 1 bulan memang akan balik ke berat asal masa lahir dan lepas tu baru start naik balik..ok la tu kot.. pajang badan je yang bertambah sikit...masa lahir 48cm, semalam 51cm..patut nak bedung pakai kain lampin dah x muat..

balik dari klinik lak kami singgah beli nasi lemak untuk hakimi..bila sampai rumah je hakimi dah terlonjak2 depan pintu...nasib dia x nangis..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Happy birthday to Me!

Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 46 Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari istimewa iaitu hari ulangtahun kelahiranku yang ke 46. Makin meniti usia ke usia warga emas. Dari malam hingga ke pagi hingga ke malam semula aku dihujani dengan ucapan selamat hari lahir.. terima kasih buat semua keluarga dan sahabat yang memberi ucapan selamat serta doa. Sangat aku hargainya.  Terima gambar ni hari ni.. katanya sebab aku antara kawan2 pembuka 46 tahun ni hahaha.. ada2 je korang ya Media Sosial Dibanjir Ucapan Hari ni memang tepu media sosial aku dengan ucapan. Terima kasih sekali lagi. Sampai tak terbalas semua ucapan jadinya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ni. Juga diberi kesempatan untuk menerima semua ucapan selamat dan doa dari kawan-kawan. Syukur ya Allah. Tapi antara banyak ucapan diterima, yang satu di atas ni yang paling menyeramkan.. Jangan tanya mengapa ok, dia kira macam ku menghantuimu la.. hahaha.  Sambutan Di Hari Lahir Kebetulan ha...