selamat tahun baru masihi 2012.. - Cerita Ita                                                             selamat tahun baru masihi 2012.. Langkau ke kandungan utama

selamat tahun baru masihi 2012..

salam semua,

dah hari kedua tahun baru... masih tak terlambat nak ucapkan rasanya kan? seteiap kali sampai tahun baru aku rasa cuak... nak tau nape? aku akan naik umur satu tahun lagi dan akan menjarakkan umur aku dengan shah lagi jauh setahun... hehe... bukan sebab tu la... umur tak jadi hal kan? yang penting kasih dan sayang mewarnai rumahtangga di samping anak2 tercinta kan?

sekarang ni aku tengah praktis menaip sambil memangku anak... adakah ini azam tahun baru? hahaha... tentu la tidak...

pagi tadi dengan bersemangatnya aku kejut abg long bangun untuk gi sekolah... dengan bersemangat jugak la anak aku tu bangun bersiap nak gi sekolah... tak sampai 5 minit motor atuk dia balik semula.... hehe... sekolah bukak esok untuk pendaftaran rupanya.. hari tu cikgu cakap kena pegi 2hb... aiseh kesian anak aku... abah aku kata cuma ada orang yang nak cuci sekolah je tadi... hihi... esok la pulak ye nak.... esok aku snap gambar dia gi sekolah.... plus with abg ngah yang sama sibuk mengendong beg sekolah.... hari ni tak leh.. sibuk dia ngendeng nak main game kat sebelah ni....

p/s terima kasih kat kawan2 yang mengucapkan tahniah dan mendoakan kesihatan kami juga adik Nur....eh mata adik Nur tu ada sikit kuning2 lagi la kat tepi2 dia... biasa je ke tu atau aku patut risau ye?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Happy birthday to Me!

Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 46 Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari istimewa iaitu hari ulangtahun kelahiranku yang ke 46. Makin meniti usia ke usia warga emas. Dari malam hingga ke pagi hingga ke malam semula aku dihujani dengan ucapan selamat hari lahir.. terima kasih buat semua keluarga dan sahabat yang memberi ucapan selamat serta doa. Sangat aku hargainya.  Terima gambar ni hari ni.. katanya sebab aku antara kawan2 pembuka 46 tahun ni hahaha.. ada2 je korang ya Media Sosial Dibanjir Ucapan Hari ni memang tepu media sosial aku dengan ucapan. Terima kasih sekali lagi. Sampai tak terbalas semua ucapan jadinya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ni. Juga diberi kesempatan untuk menerima semua ucapan selamat dan doa dari kawan-kawan. Syukur ya Allah. Tapi antara banyak ucapan diterima, yang satu di atas ni yang paling menyeramkan.. Jangan tanya mengapa ok, dia kira macam ku menghantuimu la.. hahaha.  Sambutan Di Hari Lahir Kebetulan ha...