Kawan dengan syaitan - Cerita Ita                                                             Kawan dengan syaitan Langkau ke kandungan utama

Kawan dengan syaitan

assalamualaikum semua,

sihat semuanya ke?

kat rumah ni ada yang tak sihat..kakak husna dengan adik hadi kena selsema..tapi masih lagi di peringkat terkawal lagi..cuma adik hadi je la yang berjaya buat ummi gi kerja dalam bentuk zombie sebab tak cukup tidur malam..hehe..

dah lama tak letak cerita dialog dengan anak-anak syurga yang comel ada di rumah kami ni kan..apa kata hari ni kita mula balik...?

ini kejadian yg berlaku 2 hari lepas..

perbualan seorang ibu dengan anak-anaknya..

aku : abg ngah...jangan la baling-baling barang..nanti bersepah tau..

abg ngah : (masih buat lagi macam takde kesan)

aku : abg ngah..kalau bersepah syaitan kawan dengan orang yg buat sepah dan kotor..abg ngah nak berkawan dengan syaitan ke?

abg ngah : (terus berhenti baling barang)..taknak..

aku : haaa bagus...takde siapa nak berkawan dengan syaitan kan?

kakak husna : (sambil angkat tangan)...saya nak...

aku :...errkkk...

p/s agenda nak buat brownies dah bape kali tertangguh sbb lupa beli coklat masak..idea buat kek jugak tertangguh sbb hadi asyik la ajak aku lepak dengan dia sampai aku ikut sama tertidur...ecece..alasan..ahaks...

Ulasan

  1. kakak husna yang menjawab ye. hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah..dengan abg ngah terkejut sekali... hahaha...

      Padam
  2. haha, nak tunjuk "rupa" syaitan (devil) yg bnyk digambarkan...takut dia tak lena tidur pulak kan..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe...betul kak.. dengan mak dia sekali tak tidur malam kang..
      (no hp dah salin..tq ye kak.. :) )

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum