Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Blog Cerita Ita...

assalamualaikum semua,

dah masuk 8 Syawal dah hari ni... baru ada mood sikit nak update blog... itu pun masih ada sisa mood memblog semakin menjauh... semuanya kerana keadaan kesihatan abah yang amat memerlukan perhatian dari keluarga terutama anak-anak abah... aku belum bersedia berkongsi tentang masalah abah kerana belum dapat persetujuan dari tuan punya badan sendiri untuk berkongsi.... apapun aku cuma berharap korang terus doakan supaya abah terus kuat untuk terus melawan penyakit dan cepat sembuh dari penyakitnya... terima kasih yang tidak terhingga dari kami sekeluarga atas doa dari semua keluarga, sahabat dan pembaca blog Cerita Ita...

gambar ni separuh ready

yang ni 2 orang  je ready... korang perasan tak abg long senyum macam aku kan?


berbalik pada mood raya pada tahun ni... seperti tahun-tahun sebelumnya kami telah menentukan akan ada jadual untuk giliran pulang beraya setiap tahun dan tahun ni tiba giliran untuk berhari raya di johor... tapi apakan daya ada pulak tuntutan untuk shah bekerja di hari raya pertama pada tahun ni... makanya plan jadi sedikit carca merba, shah hantar aku dan anak-anak balik ke Johor dulu untuk persiapan dan sambutan hari raya manakala shah tinggal di Kuantan untuk menjalankan tugas dan kemudiannya berhari raya di rumah mertua aku dulu....

aku dah bagi cadangan pun dengan shah, supaya kami tinggal dulu di Kuantan dan di pagi raya tu kami boleh bersama-sama untuk sambut hari raya selepas tu baru balik ke Johor tapi shah kata agak tak adil dan kesian pulak dengan keadaan abah dan mak di masa ni... maka perancangannya diteruskan jugak berhari raya dalam suasana yang berbeza.... huhuhu... jangan tanya la apa aku rasa berhari raya tanpa suami di sisi... sedih wooo... lagi pulak bila semua orang mula upload gambar keluarga sedondon di pagi raya.... huwaaaa.... terus rasa macam taknak bukak handphone dah tau....

lagi rasa nak nangis bila shah hantar gambar dia sorang-sorang kat aku.... huwaaaa....

gaya orang beraya jauh dari isteri dan anak... macam makin smart je kan... ehemmm...


dan dengan isteri yang tak terurus maka dengan itu takde gambar raya aku direkodkan di pagi raya pertama.... ini je gambar yang ada di pagi raya tu... dengan husna yang tak sempat sikat rambut... hahaha....



comel tak hadi?

dan akhirnya kami dapat jugak bergambar sekeluarga di hari raya yang keempat sebab hari tu kami berjalan beraya ke Parit Raja, Batu Pahat... asalnya konon nak gerak awal pagi ke Batu Pahat tapi disebabkan masalah teknikal dan terpaksa menyediakan sarapan sebanyak 2 trip pagi tu maka kami terus je bergerak ke destinasi kedua tempat beraya hari tu...

cerita beraya tu nenanti la aku cerita ok.... cuma kali ni nak selit gambar kami sekeluarga di hari raya keempat ni je.... bersama ucapan... Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca Blog Cerita Ita di luar sana... aku jugak nak mohon maaf zahir dan batin sekiranya ada tersilap salah terutamanya terlepas menaip sesuatu yang mencuit hati sesiapa sahaja pembaca blog ini... sekirannya ada sesiapa yang sudi nak bertandang ke rumah kami, korang dialu-alukan ok... cumanya lebih elok kalau korang bagitau dulu bila nak datang... pepaham je la... aku ni orang jawa tau.... adat orang jawa ni memang patang orang singgah rumah dia takde benda nak makan-makan.... dan maklumlah Ramadhan tahun ni sangat menguji sehinggakan kesempatan nak buat satu kuih pun tak sempat tau... tapi jangan risau bagi yang nak bertandang.... insyaAllah pastinya ada sesuatu untuk tetamu menjamu selera nanti....  kami suka tetamu... tetamu tu menjemput rezeki insyaAllah...


p/s berazam nak buat entry untuk juadah raya... semoga RAJIN cepat datang!

Ulasan

  1. Slmt hari raya.. Cantik tema ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. selamat hari raya yien... sebenarnya nak cari kaler biru muda... tetiba jadi gold...hahaha...

      Padam
  2. Ita.....rindunya akk dgn awak. Aduhai...tgk husna dah besar, betapa sekejapnya masa berlalu. Selamat hari raya ya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun 😍....

      kan kak....mmg rasa sangat sekejap... selamat hari raya kak...

      Padam
  3. raya pjj hehehe..takpelah tuntutan kerja kan kak ;)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus