Esok dah bermula rutin persekolahan - Cerita Ita                                                             Esok dah bermula rutin persekolahan Langkau ke kandungan utama

Esok dah bermula rutin persekolahan

assalamualaikum semua,  selamat tahun baru 2020.. sekejap je rasa dah awal tahun yang baru.. rasa macam baru je tulis tarikh 2019 tetiba dah kena tukar 2020.. terasa jugak la macam sangat laju.. tadi tengok adik Nafis Adam pun terasa sangat cepat tetiba adik nak masuk 4 bulan dah.. cerita pasal mengandungkan dia pun belum habis tulis lagi.. dan esok dah bermula rutin persekolahan semula! 

Esok dah bermula rutin persekolahan


sempena anak-anak berpindah ke sekolah baru ni aku ambik cuti untuk uruskan semuanya.. macam pelik jugak bermula sekolah pada 1 hb Januari sebab dah sekian lamanya kami berada di bawah pengurusan sekolah yang setiap hari pertama tahun barunya akan dapat cuti umum..  tetiba pulak rezeki kami berpindah ke Johor pada bulan 12 yang lepas mengubah semua rutin kami.. 

shah siap rilek je tadi sebab dia ingat anak-anak bercuti esok dan mula sekolah pada 2 hb Januari.. haha.. nampak macam masih terpinga-pinga dia bila aku cakap esok dah mula sekolah.. dia ingat aku lupa yang esok masih cuti.. bila aku cakap Negeri Johor tak ambik cuti tahun baru barulah dia macam baru tersedar yang kami dah pindah ke  Johor.. yelah dah sekian lama duduk di Pahang dan KL kan.. manalah nak ingat.. aku sendiri pun awal-awal pindah hari tu asyiklah lupa hari je.. haha.. 

dan esok bermula sekolah seperti biasa buat anak-anak merupakan satu pengalaman baru yang pastinya berbeza.. yang paling istimewa kakak husna la.. baru masuk darjah 3 dan dah tukar 3 buah sekolah 😂 .. harap kakak dapatlah menyesuaikan diri di sekolah baru ni nanti.. buat anak-anak yang lain jugak.. jangan tak percaya yang aku simpan semua lencana sekolah anak-anak untuk kenangan anak-anak satu masa nanti.. 

Abg long dah naik sekolah menengah


abg long akan memulakan fasa hidup yang baru.. permulaan melangkah ke zaman remaja.. abg long dah naik sekolah menengah.. abg ngah pulak dah masuk darjah 4.. kakak husna naik darjah 3 dan abg chik dah masuk tadika 6 tahun.. makin besar dah anak-anak dan makin mencabar tugas sebagai ibu bapa.. semoga Allah permudahkan urusan semua ibu bapa dalam mendidik anak-anak dan permudahkan juga urusan anak-anak untuk menuntut ilmu.. amin.. 

Ceritaita

Ulasan

  1. Abg Long satu sekolah & satu tingkatan dengan anak saudara akak

    BalasPadam
  2. waalaikumussalam. alhamdulillah. kami kat kedah dah mula harini ^_^

    BalasPadam
  3. Wah anak anak dah start sekolah ye. Anak anak saya esok start sekolah. Sekejap je rasa kan kak. Pejam celik pejam celik dah buka sekolah

    BalasPadam
  4. waalaikumussalam. semoga segala urusan kita dan anak2 dipermudahkan segalanya oleh Allah Taala. aamiin

    BalasPadam
  5. Selamat tahun baru Ita.. semoga dimudahkan semua urusan di tempat baru ya.. aamiin..

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum Wrmbth Sis Ita.Jemput sertai giveaway dengan 17 Hadiah Wang Tunai bernilai RM1000

    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang) - 1 x RM200

    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang) - 2 x RM100

    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang) - 14 x RM50

    Tarikh tutup 29 Feb 2020. Klik sini untuk sertai giveaway ini.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Happy birthday to Me!

Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 46 Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari istimewa iaitu hari ulangtahun kelahiranku yang ke 46. Makin meniti usia ke usia warga emas. Dari malam hingga ke pagi hingga ke malam semula aku dihujani dengan ucapan selamat hari lahir.. terima kasih buat semua keluarga dan sahabat yang memberi ucapan selamat serta doa. Sangat aku hargainya.  Terima gambar ni hari ni.. katanya sebab aku antara kawan2 pembuka 46 tahun ni hahaha.. ada2 je korang ya Media Sosial Dibanjir Ucapan Hari ni memang tepu media sosial aku dengan ucapan. Terima kasih sekali lagi. Sampai tak terbalas semua ucapan jadinya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ni. Juga diberi kesempatan untuk menerima semua ucapan selamat dan doa dari kawan-kawan. Syukur ya Allah. Tapi antara banyak ucapan diterima, yang satu di atas ni yang paling menyeramkan.. Jangan tanya mengapa ok, dia kira macam ku menghantuimu la.. hahaha.  Sambutan Di Hari Lahir Kebetulan ha...