Selasa, 8 September 2020

Adik Adam kena jangkitan oral thrush!

Assalamualaikum semua, bulan lepas dan bulan ni banyak sangat perkara yang terjadi tapi tak sempat langsung nak kongsikan di blog.. sejak berpindah ke Johor dan musim Covid-19 ni pulak kan.. bukan kata sebab covid je jadi norma baharu.. dengan aku sekali dah hidup dalam norma baharu sejak berpindah kerja ke Johor.. baru kenal dunia pekerjaan baru.. banyak betul benda kena belajar dalam masa yang sangat cepat.. dah rupa chaplin pun ada dah ni.. kadang-kadang tu dah tak rupa dah yang aku ni ada anak kecik yang masih lagi perlukan perhatian dan susu dari ibu dia.. kesian adik.. dan baru ni teruji lagi pulak.. adik adam kena jangkitan oral thrush!

adik adam kena jangkitan oral thrush
Adik Adam kena jangkitan oral thrush!

panik ooo masa adik kena.. last kami hadap benda ni masa kecik abg ngah dulu.. ada aku ceritakan kat blog sebelum ni  dalam entri kesian abg ngah.. kali ni setelah beberapa tahun jadi pulak ke adik nafis adam.. aduhai.. panik la sekejap kami ni.. ginilah kalau dah umur dah banyak tapi nak jugak ada anak kecik.. hehe.. bila kena sakit banyak perkara dah lupa.. nanti aku kongsikan jugak la panduan untuk ibu bapa yang ada anak kecik supaya korang tak cuai dan lalai macam kami ni..

meh la aku ceritakan.. korang janganlah kecam kami ya.. asalnya adik demam minggu lepas.. demam 3 hari macam tu.. demamnya tak tinggi sangat dalam 37.8 hingga 38.5 darjah celcius je.. kami bagi ubat paracetamol untuk budak je mengikut jam yang disarankan.. alhamdulillah demam dia kebah bila bagi ubat.. tapi tetap merengek dan tak selera makan sangat.. biasa dia kan jenis pantang tengok orang makan.. tetiba jadi tak selera tu merisaukan hati jugaklah.. masa dia demam ni aku memang masih kerja dan tak boleh cuti.. banyak betul perkara yang perlukan komitmen aku masa ni.. walaupun hati memang rasa sangat kesal.. anak membesar bukan berkali-kali pun.. huhuhu.. sedih..

apa nak buat kan.. mujurlah aku ada suami yang sangat memahami dan sangat membantu.. hari ni hari jadi dia.. selamat hari jadi abang.. dia la yang melayan kerenah adik nafis adam selama aku bekerja.. bapa mithali betul.. alhamdulillah aku bersyukur betul Allah kurniakan suami yang baik.. haa.. jangan ada yang fikir nak caras pulak ya.. hahaha

balik asal kita cerita pasal adik kena jangkitan oral thrush balik.. apa itu oral thrush ni sebenarnya? ramai yang tanya bila aku sebut anak kena sakit ni.. jadi meh la aku terangkan apa dia sebenarnya oral thrush ni.. oral thrush atau ada juga nama lain dia oral candidiasis ni sebenarnya penyakit dalam mulut yang disebabkan oleh jangkitan kumpulan fungus atau kulat yang dipanggil Candida spesis.. ada beberapa la spesis Candida yang biasanya menyebabkan jangkitan ni terjadi.. dalam kes adik ni pun aku tak ambik sampel jadinya tak dapat la nak sahkan spesis apa yang menjangkiti.. (mak dia dah tak kerja dengan makmal dah.. haha).. 

oral thrush
nampak lidah dia yang keputihan tu.. lepas tu yg putih belah gusi atas dia? haa itulah Oral Thrush yang bau busuk

kebiasaanya bayi yang bawah usia 12 bulan memang ada je kena jangkitan ni.. ada yang berpunca dari puting susu ibu yang ada thrush ni.. bagi yang menyusu susu ibu la.. biasanya jangkitan akan sebabkan kemunculan tanda putih-putih atau kekuningan macam susu basi kat lidah atau lelangit atau gusi bayi.. macam gambar adik nafis adam kat atas ni keputihan tu kami kesan kat belah gusi atas belah kiri dia.. gusi depan bawah dan atas.. jadi kalau ada anak yang taknak makan minum korang kena check dalam mulut dia ok.. dan mulut dan air liur dia berbau busuk jugak tau..

aku agak benda ni jadi sebab adik nafis adam baru baik demam sebab si Candida ni memang ada je dalam mulut kita tapi kuantiti sikit je.. bila imuniti badan tak menentu macam dalam kes adik ni dia demam.. maka serangan terjadi la.. kesian jugak la dekat adik.. sebab bayi lagi kan.. bukan pandai mengadu.. aku yang kena dulu pun rasa macam nak luruh gusi tau sakitnya tu.. ada aku cerita jugak dulu dalam entri 3 serangan fungus, diagnosis dan rawatan.. 

oral aid
oral aid untuk bayi ( yang ni kami beli di farmasi)

ni yang Doktor di klinik bagi glycerin drop

untuk Super Adam kami ni kami dah dapatkan rawatan di klinik.. Doktor bagi ubat sapu (glycerin drop) untuk legakan sakit dia dan disarankan untuk kami bagi Oral Aid yang kami beli di farmasi.. ada perisa tau.. perisa oren lagi.. gambar ubat ada kat atas ni ya.. dan adik adam masih belum sihat sepenuhnya.. masih bergayut dengan mak dia lagi kalau mak dia ada.. aku la tu.. tapi memang kalau ikutkan boleh pulih sendiri bila kita kerap bagi susu ibu.. susu ibu bantu untuk pemulihan cepat jugak.. tadi pagi kami tengok yang keputihan tebal kat gusi atas dia tu dah nampak menipis dah..alhamdulillah lega sikit.. cuma selera makan dia belum kembali normal lagi la.. korang bantu doakan Adik Nafis Adam kami cepat sihat ya.. terima kasih!

Ceritaita


5 Luahan Ikhlas:

Cik Nor berkata...

moga cpt sihat yer adik rambut pacak..

sophea ◇ berkata...

alo sedihnya , semoga adik cepat sembuh cepat ye aminnn

AzianKhalil berkata...

Ooo...dulu masa anak kecik²..pakai korek je dgn tuala basah. Semoga cepat sembuh ye adik cayang

Syaz Rahim berkata...

Kesian adik adam, semoga sembuh sepenuhnya segera. Betul, bila anak sakit, memang kena jadi team yang baik dengan suami, sama2 kena give and take huhu

Seri Kandi Di Tanah Jauhar berkata...

kesian adik, semoga cepat sembuh ya