Solitaire: Permainan legend kegemaran - Cerita Ita                                                             Solitaire: Permainan legend kegemaran Langkau ke kandungan utama

Solitaire: Permainan legend kegemaran

Assalamualaikum semua, kali ni aku nak cerita apa aktiviti aku dengan anak-anak di waktu lapang.. sebenarnya lebih kepada meluangkan masa dengan anak-anak dengan aktiviti yang anak-anak suka.. kalau nak cari jalan nak rapatkan hubungan ibubapa dengan anak-anak salah satunya ialah kita kenal minat anak-anak dan boleh berkongsi cerita tentang apa yang dia minat bersama-sama.. ini salah satu tips la yang aku guna.. tak semestinya semua orang kena ikut.. kalau rasa sesuai boleh ikut kalau tak abaikan je..

Solitaire: Permainan legend kegemaran

Bagi aku memang antara minat anak-anak ni ialah bermain permainan komputer, jadinya kita sertai je la minat anak-anak sambil kita boleh kongsikan kebaikan dan keburukan permainan tu masa kita bermain bersama.. aku rasa zaman sekarang ni memang kebanyakan ibubapa dah lebih terbuka dalam proses mendidik anak-anak kan.. jadi bermain bersama-sama anak-anak adalah cara terbaik untuk lebih rapat dengan anak.. bukan baru ni aku kongsikan kaedah merapatkan hubungan dengan anak-anak melalui cara ni.. sebelum ni pun pernah.. 

permainan legend Solitaire

Kali ni aku pilih laman web online juga.. kali ni kami cuba main permainan legend kegemaran bebudak zaman dulu.. zaman belum ada game online dulu.. game yang mudah je sebenarnya.. permainan susun-susun kad kat Solitaire.org https://www.solitaire.org/  .. kalau orang lama memang diorang taulah bila sebut permainan solitaire ni.. bila sebut dengan anak-anak.. panjang oooo diorang tu.. haha.. ummi dia pun terpaksa ajar satu-satu cara nak main.. bila dah main.. eh memasing pulak berebut dan taknak berhenti..


paparan dari telefon bimbit


Nasiblah game dari solitaire.org ni boleh je dimainkan daripada telefon bimbit jugak.. jadi taklah berebut lepas tu.. yang paling best walaupun ianya adalah game online tapi boleh dimainkan dengan gembira tanpa iklan umpama macam game offline juga.. itu yang paling best dan paling penting.. sebab selalu sangat kan kalau game online ni ada iklan yang bukan-bukan dan anak-anak akan terklik iklan tanpa sengaja.. lebih parah kalau yang jenis akan caj ke akaun mak bapak.. hancurlah dunia.. haha..


ad free.. TANPA IKLAN!

apa je kebaikan yang dapat dari main games ni? pada aku yang dari dulu suka permainan yang suka berfikir ni aku sangat sukakan game yang memerlukan kita berfikir untuk mendapatkan hasilnya.. macam solitaire ni la.. maknanya sesiapa yang main akan berfikir strategi bagi memperoleh kemenangan.. itu yang penting.. kena fikir mana nak jalan dulu.. mana perlu simpan.. macamana nak susun.. itu semua memerlukan kesabaran dan kecekapan.. sebab tu game macam ni bukan hanya perlu tengok level easy atau hard saja.. ianya lebih kepada macamana nak fikir strategi menyusun.. 

free online games ni juga ada permainan lain yang ada macam kategori :
1.    mahjong games kat https://www.solitaire.org/mahjong-games/
2.    hidden object games kat https://www.solitaire.org/hidden-object-games/
3. card games (macam gin rummy, crazy eights, euchre, hearts, dan lain-lain) kat https://www.solitaire.org/card-games/ ,
4. connect 3 games (macam zuma ball shooters or candy crush type games) kat  https://www.solitaire.org/match-3-games/ ni paling aku suka
5.  permainan lain (macam pacman dan tenis) kat https://www.solitaire.org/free-online-games/

kesimpulannya aku cadangkan jika nak gunakan medium ni sebagai satu pendekatan pembelajaran.. sebab bagi aku kemahiran berfikir anak-anak zaman ni agak kurang jika dibandingkan kanak-kanak di zaman dulu.. jadi eloklah diperbanyakkan permainan menguji minda dan mengasah kemahiran berfikir bagi anak-anak ni.. aku dah cuba.. korang pula cuba dan jangan lupa komen pengalaman korang pulak ya..

Ceritaita



Ulasan

  1. salam singgah
    solitare ni legend dulu2
    skrg ni pc or desktop ade spider solitare
    lebih kurang tapi range lagi susah kot.

    BalasPadam
  2. Fav game idaa jugak ni tauu hahha

    BalasPadam
  3. mmg lejen mainan ni ita.. dulu main sampai kul 4 pagi oo.. tak puas ati sebab tak menang haha

    BalasPadam
  4. tak reti nak main solitaire ni huuhuuu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat