Tingkatkan Sistem Imun Dan Tumbesaran Anak-Anak Dengan Diffenz Junior - Cerita Ita                                                             Tingkatkan Sistem Imun Dan Tumbesaran Anak-Anak Dengan Diffenz Junior Langkau ke kandungan utama

Tingkatkan Sistem Imun Dan Tumbesaran Anak-Anak Dengan Diffenz Junior

 Tingkatkan Sistem Imun Dan Tumbesaran Anak-Anak Dengan Diffenz Junior


Assalamualaikum semua, Aku harap korang sihat-sihat sentiasa dan terhindar dari jangkitan Covid-19. Hampir 2 tahun kita dah dilanda dengan Pandemik Covid-19 dan kita masih lagi belum menang walaupun ketika ini ramai yang dah lengkap 2 dos vaksin. Walaupun lengkap vaksin kita bukan kebal dengan jangkitan Covid-19 ya. Kita masih lagi boleh dijangkiti dan menjangkiti orang lain. Jadi kita perlu sentiasa amalkan SOP yang disarankan oleh kerajaan dan KKM untuk putuskan rangkaian Covid-19 ni.




Gambar: Bloomberg


Tempoh 2 tahun pandemik ni kita dah saksikan ramai yang hilang pekerjaan, bisnes terpaksa ditutup, ramai yang mengalami tekanan hingga ada yang bunuh diri dan macam-macam lagi. Jadi gunakan peluang yang diberikan oleh kerajaan sekarang ni jaga betul-betul SOP dan sama-sama kita putuskan rangkaian Covid-19 ni. Terus terang, aku rindu suasana raya ziarah menziarahi macam sebelum ni. 2 tahun kita dah tak dapat rasa suasana beraya.


Diffenz Junior Bantu Keupayaan Badan Anak Untuk Bersiap Sedia Melawan Penyakit


Kali ni aku kongsikan satu produk makanan tambahan untuk berikan perlindungan kepada kanak-kanak berumur bermula usia 2 tahun dan ke atas. Seperti yang kita semua sedia maklum. Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah ni masih belum boleh terima vaksin dan kerajaan kini masih lagi dalam buat kajian sama ada kanak-kanak ini perlu divaksin atau pun tidak.





Kanak-kanak adalah di antara golongan yang berisiko untuk dijangkiti dengan Covid-19 selain dari warga emas, wanita mengandung, pesakit sakit kronik dan pesakit imuniti rendah. Jadi sebagai ibu bapa, korang wajib pastikan keselamatan anak-anak ini dengan kurangkan berada di tempat tumpuan ramai. Tempat yang sesak, makan makanan yang sihat dan jaga kebersihan diri.





Berbalik kepada produk makanan tambahan tadi, aku nak kongsikan berkaitan Eskayvie Diffenz Junior di mana produk ini adalah produk vitamin yang dihasilkan untuk membantu memberikan perlindungan kepada kanak-kanak berumur 2 tahun hingga 12 tahun dengan tingkatkan sistem imun mereka agar terhindar daripada jangkitan kuman dan virus. 





Kandungan bahan Diffenz Junior ini juga menggunakan bahan yang terbaik dan bagus untuk tingkatkan imun dan menyokong tumbesaran anak. Antara bahan-bahan yang ada di dalam Diffenz Junior ni adalah  Cendawan Susu Harimau, Kolostrum, Multivitamin dan Mineral, Buah Camu-Camu Vitamin C dan Vitamin D. 


Khasiat Cendawan Susu Harimau





Bayangkan betapa hebatnya ciptaan Yang Maha Kuasa. Sejenis tumbuhan semulajadi yang hanya boleh didapati di lantai hutan rupanya menjadi khazanah berharga. Namun siapa yang mampu masuk jauh ke dalam hutan untuk semata-mata mencari cendawan yang tumbuh daripada titisan susu harimau? Di sini lah peranan saintis bagi memudahkan manusia mendapat khasiat daripada nutrisi anugerah Ilahi dengan cara mengekstrak bahan berharga dan kaya khasiat tersebut seterusnya  menyediakannya  dalam bentuk yang lebih mudah diamalkan dengan hanya dalam satu tablet. 


Khasiat Kolostrum





Siapa sangka khasiat cecair melekit berwarna kuning pada susu awal ibu kaya dengan kolostrum yang mempunyai banyak khasiat sehingga digelar susu emas. Namun, ia hanya bertahan sekitar tiga hari selepas kelahiran bayi. 


Kolostrum merupakan cecair yang istimewa dan mempunyai pelbagai khasiat penting, khas untuk bayi yang masih lemah dan baru mengenal dunia ini. Ciptaan hebat dari Yang Maha Kuasa ini mempunyai beberapa kandungan tertentu yang amat berharga dan kandungan tersebut tidak terdapat pada susu matang, apatah lagi pada susu formula.


Apakah sifat sifat cecair yang amat istimewa ini? 


Kolostrum ini sebenarnya amat kaya dengan antibodi. Terdapat juga banyak sel hidup di dalamnya sehingga digelar darah putih oleh sesetengah pakar kanak kanak. Ia juga bersifat laksatif dan dapat memudahkan pembuangan air besar bayi. Ia juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor) dan ia amat kaya dengan vitamin A. 


Sewajarnya setiap ibu haruslah memberikan bayi mereka kolostrum yang sangat berkhasiat demi kesihatan dan pertumbuhan anak yang tercinta. Di sini lah saintis turut memainkan peranan dalam memudahkan para ibu untuk terus memberi khasiat kepada anak-anak melalui nutrisi kolostrum dari susu lembu. Ia bukan hanya mempunyai khasiat hampir sama seperti susu ibu, malah disediakan dalam bentuk yang lebih mudah.


Hebatkan bahan-bahan yang ada di dalam Diffenz Junior ni?




https://www.youtube.com/watch?v=hwsQ-Bg3hO8

Pengenalan tentang Diffenz Junior oleh Dr Syid 

Mungkin ada dikalangan pembaca blog Ita yang ada pengalaman sendiri dijangkiti Covid-19 atau mungkin ada ahli keluarga atau kenalan yang dijangkiti. Keperitan dan sakit dijangkiti Covid-19 ni hanya mereka yang alami sahaja betapa sengsaranya dijangkiti dan melawan virus ini dan terpaksa kuarantin diri.


Tapi yakinlah setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Sakit, jangkitan kuman dan virus ini semuanya dengan izin yang Maha Esa dan dialah juga yang memberikan kesembuhan. Kita sebagai hambanya perlu ikhtiar cari penawarnya.


Dalam Al-Quran dan hadis juga ada sebutkan setiap penyakit itu ada penawarnya.


QS. An-Nahl Ayat 69

ثُمَّ كُلِيْ مِنْ كُلِّ الثَّمَرٰتِ فَاسْلُكِيْ سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًاۗ يَخْرُجُ مِنْ بُطُوْنِهَا شَرَابٌ مُّخْتَلِفٌ اَلْوَانُهٗ ۖفِيْهِ شِفَاۤءٌ لِّلنَّاسِۗ اِنَّ فِيْ ذٰلِكَ لَاٰيَةً لِّقَوْمٍ يَّتَفَكَّرُوْنَ
69. kemudian makanlah dari segala (macam) buah-buahan lalu tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu).” Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berpikir.


Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi s.a.w sabdanya: 

"Tiap-tiap penyakit itu(ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka  sembuhlah dengan izin Allah" 

(Riwayat Muslim dan Ahmad) 


Nabi menyatakan: "Jika menepati ubat itu akan penyakit maka ia akan sembuh". Ertinya kita mesti  berusaha mencari ubat yang sesuai dengan penyakit kita. Ubat atau penawar kepada penyakit itu  sudah diadakan Allah, cuma tugas kita untuk mencarinya.  





Aku sangat sarankan korang dapatkan makanan tambahan Diffenz Junior ni sebagai perlindungan tambahan untuk anak-anak korang sepanjang musim Covid-19 ni. Aku pasti ramai yang tak nak anak-anak ni dijangkiti dengan Covid-19. Jadi berikanlah perlindungan yang terbaik untuk mereka ini. Tak salah kita laburkan sedikit duit kita untuk pastikan anak-anak ini sihat dan aktif.


Untuk maklumat lanjut berkaitan Diffenz Junior ni korang boleh layari laman web dan media sosial Eskayvie.


INSTAGRAM: Eskayvie Malaysia -  https://www.instagram.com/eskayviemalaysia/


Ceritaita



Ulasan

  1. setuju sgt ita. zaman pandemik ni kita kena usaha cari cara utk tingkatkan imun system

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas sharing yg menarik ni. Betul skrg ni dgn mcm2 penyakit kita wajar ikhtiar utk perlindungan anak2 terutamanya. Nasib ada Diffenz Junior ni yg Dr. Syid formulasikan, mmg bagus anak saya pun amalkan.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat