PT3 Mansuh, aku tak setuju!
8:40:00 PGAssalamualaikum semua, sejak semalam bila diumumkan berita peperiksaan PT3 dimansuhkan oleh Menteri Pendidikan, aku rasa macam nak marah pun ada. Dalam hati dah menjerit kata "Aku Tak Setuju!".
![]() |
PT3 Mansuh, Aku Tak Setuju! |
PT3 Mansuh, aku tak setuju!
Maaflah korang ya. Bunyinya agak beremosi post kali ni tapi ini adalah pendapat peribadi seorang ibu kepada salah seorang yang sepatutnya menjadi calon PT3 tahun ni.
Pada aku eloklah diadakan satu peperiksaan besar juga tapi tumpukan pada hanya subjek wajib sahaja. Balik ke sistem peperiksaan asal Penilaian Menengah Rendah atau PMR macam dulu ke. Yang lain tu korang nak buat PBS ke apa ke ikut korang la.
Sebab apa tau? 2 tahun sekolah yang selam belum kata orang kampung ni menyebabkan anak-anak tak rasa keperluan untuk ke sekolah.
Bila takde peperiksaan? Lagilah rasa takde kepentingan pergi sekolah. Mereka tak serius nak belajar pun. Pergi sekolah hanya untuk jumpa kawan dan main-main macam budak tadika. Level sekolah menengah bukan begini sepatutnya. Mereka patut diasuh merasa tanggungjawab dan peperiksaan juga salah satu cara melatih mereka.
Aku kecewa. Entahlah apa yang mereka semua ni fikir. Patut mereka lebihkan masa fikir beban subjek pada pelajar sekolah rendah berbanding dengan asyik nak ubah sistem penilaian anak-anak ni.
PT3 dimulakan pada tahun 2014. Pada aku masih di peringkat mengumpul hasil kajian sama ada ianya berjaya ataupun tidak. Tiba-tiba mansuh. Entahlah labu.
Sedangkan di zaman kami yang ada PMR dulu pun, bila masuk tingkatan empat ramai yang ingat honeymoon year sebelum SPM.. kalau sekarang ni agaknya honeymoon years la jadinya.. Berat tanggungjawab cikgu SPM nanti.. naya!
Ceritaita
4 Luahan Ikhlas
kan..ammi pun tak setuju.
BalasPadameven bila dia mansuhkan UPSR pun ammi tak setuju sebenarnya
Aini pun tak berapa setuju.. duk dimansuhkan bit by bit la.. lepas ni mansuh certain subjek plak.. tak tau lah apa nak jadi.. kesian anak2 zaman sekarang..
BalasPadamSistem pendidikan negara ni tak pernah tak pelik. Jadi bahan eksperimen je terus. yang jadi mangsa adalah anak-anak, ibu bapa dan guru-guru. Yang bagi cadangan dan arahan tu elok je duduk kerusi empuk goyang kaki cukup bulan claim gaji.
BalasPadamJadilah semuanya babi. eh. termaki pulak. sori.
walaupun syafi nx year baru masuk form 3 tapi aku pun kurang setuju gak ita
BalasPadamTerima kasih sudi tinggalkan komen :)