Resepi Murtabak Megi Mudah Dibuat - Cerita Ita                                                             Resepi Murtabak Megi Mudah Dibuat Langkau ke kandungan utama

Resepi Murtabak Megi Mudah Dibuat

Resepi Murtabak Megi Mudah Dibuat

Resepi Murtabak Megi Mudah Dibuat



Assalamualaikum semua,  kelmarin aku ada buat murtabak megi.. guna resepi mudah untuk murtabak megi je. Semua orang boleh buat sebab tak susah. Ada yang tanya macamana nak buat. Jadi aku letak resepi murtabak megi mudah dibuat kat sini la ya.. 


Resepi Murtabak Megi Mudah Dibuat


Bahan-bahan 

(aku guna sukatan untuk makan 7 orang kat rumah ni ya)

6 pek megi (tak kisah jenama apa pun) tapi aku guna 3 pek perisa kari dan 3 pek perisa ayam

7 biji telur

Serbuk lada hitam (1/3 sudu makan) 

3 sudu makan minyak masak


Cara-cara

1. Rebus air panas untuk kembangkan megi nanti. 

2. Rendam megi dalam air panas selama 2 minit. Toskan.

3. Pecahkan telur satu demi satu dalam bekas.

4. Masukkan bahan perisa megi tadi (aku guna 2 pek perisa ayam dan 2 pek perisa kari)

5. Masukkan lada hitam dan minyak masak. 

6. Kalau rasa nak pedas lagi boleh tambah serbuk cili. 

7. Tepuk telur biar sekata. 

8. Masukkan megi yang dah kembang tadi dalam telur. 

9. Kemudian panaskan kuali leper.

10. Ambil megi tadi dan bentukkan atas kuali sedikit demi sedikit ikut suka bentuk bulat atau petak. Pastikan megi diratakan dalam kuali supaya masak sehingga ke dalam. 

11. Bila dah agak garing boleh palingkan sebelah lagi. (biasa akan garing dalam 2-3 minit jika api sederhana kuat) 

12. Masak sehingga habis. 

13. Boleh dihidangkan dengan sos atau makan macam tu je. 




Resepi dia sangat mudah,  anak-anak pun boleh buat. Tapi kena dalam perhatian orang dewasa juga ya. Selamat mencuba. 


Ceritaita

Ulasan

  1. sedap dan simple... boleh buat menu ni untuk sarapan juga kan...

    BalasPadam
  2. Nampak sedap, resepi mudah, nanti nak cuba, anak ada ah buat, Omaknya je belum try hahahaha

    BalasPadam
  3. Senang je resepi ni. Boleh try utk anak2 ana.

    BalasPadam
  4. mmg sedap ni.. favourite anak sedara aku.. hari2 dia makan murtabak megi ita

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum