Tempe dan Resepi Tempe Goreng Kunyit - Cerita Ita                                                             Tempe dan Resepi Tempe Goreng Kunyit Langkau ke kandungan utama

Tempe dan Resepi Tempe Goreng Kunyit


Assalamualaikum semua, ada ke kalangan pembaca blog aku ni seorang peminat tempe macam aku juga? Kalau ada korang komenlah nanti ya korang suka makan tempe dalam masakan yang macamana. Kot-kot la resepi tempe goreng kunyit aku ni nanti terlalu biasa je kan..manalah tau. Sebab pada aku tak kisah pun nak dimasak apa tempe ni pun, yang penting khasiat tempe tu sendiri.


Tempe

Tempe daun


Tempe adalah makanan berasaskan kacang soya yang melalui proses penapaian untuk menjadikannya satu makanan yang sedap. Ada yang kata tempe dengan tauhu ni keluarga yang sama. Semuanya gara-gara diperbuat dari kacang soya.Tapi sebenarnya tempe sangat berbeza. Ia lebih keras dan berbau kuat.

Tempe antara ramuan penting dalam masakan makanan Orang Jawa. Antara makanan yang menjadikan tempe sebagai ramuan utama ialah Lontong. Banyak juga resepi Jawa lain yang berasaskan tempe sebagai bahan asas.


Asal Usul Tempe


Tempe berasal dari Suku Jawa di Ponorogo, Pulau Jawa, Indonesia. Tapi disebabkan suku jawa yang berada di merata-rata di dunia khususnya Asia, ianya menjadikan tempe lebih terkenal di mana-mana. Aku ingat dulu siap ada kisah mat saleh yang gigih belajar buat tempe dan kemudiannya menjadikan tempe sebagai sumber pendapatannya yang dinamakan Warung Tempeh di negara asalnya di London. Jangan tak percaya!


Sejarah Aku dan Tempe

sedap tempe bungkus daun macam ni.. rasa asli


Kalau mat saleh boleh gilakan tempe lagilah aku yang lidah separuh jawa ni.Walaupun kalau disuruh cakap bahasa jawa langsung tak reti pun. Kekeke. Tapi bab makanan terus mengaku jawa ok. Haha.. Aku paling suka makan tempe mentah. Dari dulu kini dan selamanya.


Pernah la waktu aku kecik-kecik dulu mak aku cerita, mak dan abah bawak aku ke pasar. Masa tu rasanya abah nak beli lauk. Bawak pulak anak kecik rasanya dalam 3 hingga 4 tahun la umur aku masa tu. Boleh aku berguling dekat pasar tu sebab abah aku taknak belikan tempe masa tu. Memalukan betul. Tapi akhirnya abah belikan dan aku makan tempe mentah tanpa tangisan lagi umpama seorang kanak-kanak kecil yang dapat sebuah mainan.

Tapi memang sampai sekarang tabiat makan tempe mentah tu masih ada. Kadang-kadang waktu potong tempe tu aku adalah jugak curi-curi masuk ke mulut. Tak la selalu buat pun. Tapi mesti ada. Lagi geram bila tengok tempe yang gebu dan panas bila jadi cantik tu. Hehehe..

Resepi Tempe 

Korang suka tempe goreng ke, atau suka tempe dimasak sambal pedas tempe goreng yang garing-garing tu ke? Atau korang suka tempe dimasak dalam bentuk kuah macam asam rebus tempe atau masak singgang tempe atau masak lemak tempe atau masukkan je tempe dalam ramuan lain jadi macam kuah lontong. Hish, aku yang tulis ni yang terus rasa macam nak makan tempe.

Cara Buat Tempe

Sebelum tu aku nak kongsikan cara buat tempe ni dulu. Aku belum pernah buat sendiri tempe ni. Biasa aku beli je sebab senang nak jumpa. Tapi aku rajin jugak tengok adik dan abah aku buat tempe ni. Seorang adik aku memang dia buat tempe ni untuk dijual kalau musim-musim perayaan. Alhamdulillah menjadi dan sedap je tempe dia pada aku.

Bahan Buat Tempe

Antara bahan yang diperlukan untuk buat tempe ialah kacang soya. Kacang soya ni pun sekarang ni dah mahal kata adik aku. Maklumlah bahan makanan yang diimport memang harganya boleh tahan la jugak kan. Aku akan tulis resepi berdasarkan 1kg kacang soya. 

Resepi Tempe

Bahan-bahan

1kg kacang soya yang dah direndam semalaman

2 gram ragi tempe

Daun tempe dan kertas untuk membungkus atau plastik bungkus sandwich (ada seal atas dia)


Cara-cara membuat tempe

1. Rendam kacang soya semalaman. 

2. Setelah kembang boleh tanggalkan kulit dari kacang soya yang dah kembang dan basuh bersih-bersih kacang soya ni. Kadang-kadang bila gunakan kacang soya yang gred murah kena rendam lebih dari semalam.

3. Rebus kacang soya dengan api sederhana 45 minit hingga 1 jam. Sambil-sambil tu boleh tanggalkan mana-mana kulit kacang soya yang belum tertanggal sebelumnya tu.

4. Angkat kacang soya yang dah direbus kemudian toskan airnya. Letak dalam bekas yang memudahkan kacang soya untuk kering. Pastikan kacang soya betul-betul kering sebelum digaul dengan ragi tempe.

5. Bila kacang soya sudah kering bolehlah digaul dengan ragi sehingga rata.

6. Kemudian kacang soya yang dah dicampur ragi boleh dibungkus di dalam daun dan kertas dan diikat menggunakan getah. Boleh juga gunakan plastik sandwich tapi kena pastikan plastiknya sudah dilubangkan terlebih dahulu. Cara ya lagi mudah ialah cucuk-cucuk pada plastik untuk mencipta lubang udara pada plastik.

7. Tempe yang telah dibungkus hendaklah diletakkan ditempat yang terbuka (tidak ditindih) dan panas bagi membantu proses penapaian tempe. Proses ni akan makan masa sehari dua. 


Petua Nak Kenal Tempe Yang Bagus

Antara petua yang kami gunakan untuk kenal tempe yang betul-betul jadi atau nak kenal tempe yang baik ialah dengan memegang dan melihat pada rupa tempe tu sendiri. Jika tempe dalam daun biasanya akan berasa sedikit panas apabila dipegang. Ini adalah kerana proses penapaian tempe tu menghasilkan haba pada tempe. 

Kita boleh juga menghidu bau pada tempe. Dapat dibezakan tempe yang segar atau tidak dari baunya. Jika tempe sudah tidak segar akan ada bau yang tak enak pada tempe. Baunya kami panggil bau bacin tempe atau bau busuk dari tempe tu sendiri.

Jika tempe yang dibungkus dengan plastik, ianya lebih mudah nak kenal samada tempe masih baik ataupun tidak. Tempe betul-betul menjadi apabila telah diliputi kulat putih yang cantik di sekeliling kacang soya yang digunakan untuk membuat tempe. Tempe sudah tidak berapa elok jika kulit putih ini telah bertukar warna menjadi hitam warnanya.


Khasiat Tempe

Kalau dah bercerita panjang kisah hidup aku dengan tempe, jadi tak lengkap juga kalau aku tak kongsikan dalam entri kisah tempe ni pasal khasiat tempe kan? Sebab tak guna kalau kita makan sesuatu tanpa tau apa khasiat makanan yang kita makan, terutama khasiat tempe yang tentunya banyak ni. Jadi mari aku selitkan jugak khasiat tempe aku dapat daripada pembacaan. 

Khasiat tempe


Kandungan nutrisi protein di dalam tempe dikatakan lebih berkualiti berbanding kacang soya kerana mengandungi protein yang larut dalam air dan kadar protein yang larut dalam air akan mengakibatkan meningkatnya aktiviti enzim proteolitik. Enzim ini dapat memecahkan rantaian protein menjadi zat yang dapat dicernakan dengan mudah oleh tubuh.


Tempe juga mengandungi lemak yang lebih sedikit, karbohidrat, serat, kalsium, fosfor, zat besi, tiamin, riboflavin, niacin, asid pantotenat, piridoksin, biotin, vitamin B12, dan kandungan retinol yang jauh lebih banyak dibandingkan dengan daging. Senyum orang suka makan tempe kalau baca ni.


Selain itu, tempe juga kaya dengan kalsium, mengandungi antioksidan serta dan keradangan. Lebih mengujakan, tempe juga dikatakan dapat membantu mencegah hipertensi.(Sumber Harian Metro). Ada juga pakar yang sarankan makan tempe untuk kurangkan risiko jangkitan covid kerana tempe ada kandungan serat antioksida dan lemak tidak tepu yang dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh. 


4 Golongan Yang Perlu Elak Makan Tempe 

Tapi kenalah jugak ingat semua benda tak boleh makan berlebihan jugak. Sama jugak macam tempe ni. Tempe ni berisiko akan jadi masalah utama terutama kepada 4 golongan ini:

1. Mereka yang ada masalah tiriod - makan tempe berlebihan berkemungkin menyumbang kepada masalah hipotirod.

2. Mereka yang ada masalah alergi atau alahan - banyak simptom akan terjadi apabila mereka yang ada alergi terutama alergi kepada kacang soya berlaku bila mereka makan tempe. Sebab itulah jika diperhatikan terdapat amaran produk makanan jika terdapat kacang soya dalam pembuatan produk.

3. Mereka yang ada masalah organ reproduksi - ini kerana dalam kacang khususnya kacang soya terdapat satu kandungan yang dipanggil Isoflavon, ianya berupaya meniru seperti hormon estrogen yang dihasilkan oleh tubuh sekali gus mengurangkan jumlah sperma dan kesan sampingan seksual yang lain.

4. Mereka yang mempunyai risiko kanser - ada juga perbalahan mengenai ini sebab ada yang kata tempe menggalakkan sel kanser, tetapi ada juga kajian kata tempe boleh mengurangkan risiko kanser. 

Apa pun pendapat pada aku, eloklah apa-apa yang kita makan ni kita makan seadanya dan jangan berlebihan. Itu paling selamat.


Resepi Tempe Goreng Kunyit

Resepi Tempe Goreng Kunyit Mudah


Kebetulan baru ni kan aku ada pergi pasar tani kluang. Jadi rezeki pulak dapat beli tempe yang sedap dan murah. Teruslah ku borong tempe murah sambil berangan nak masak apa. 


Kebetulan pulak kat rumah ni kalau aku masak tempe goreng kunyit macam tu je pun memang laris pada anak-anak. Sedap tempe goreng ni kata diorang sampai tak cukup! Jadi jom kita tengok apa resepi tempe goreng kunyit ni haa.. banyak betul kebetulannya.


Bahan-bahan

Tempe dipotong ikut saiz bersesuaian (biasa aku potong 4 serong-serong kalau tempe daun tu, Potong serong bukan dipandang serong)

2 1/2 sudu teh Serbuk kunyit

2 sudu teh Garam

1/2 sudu teh Ajinomoto

Minyak masak secukupnya untuk menggoreng.

Tempe yang digoreng dalam kuali


Cara-cara

1. Lalukan air pada tempe supaya tempe basah dan mudah lekat serbuk kunyit dan garam nanti. Janganlah sampai basah betul. Cukup lalukan air sekali dan toskan airnya.

2. Letakkan serbuk kunyit, garam dan ajinomoto secukupnya. Gaul rata.

3. Panaskan minyak dengan api sederhana.

4. Goreng hingga garing dan angkat untuk dihidangkan dengan sambal kicap.


Ini resepi tempe goreng kunyit paling mudah untuk dibuat. Ada jugak orang suka goreng dengan tepung atau goreng berempah. Tapi kami suka makan yang simple macam ni pun dah cukup. Selamat mencuba!


Ceritaita

Ulasan

  1. Saya suka tempe goreng dengan sambal tempe. Tidak pernah makan mentah.

    BalasPadam
  2. Payah dah nak jumpa tempe daun gitu. Cie suka tempe. Anak2 pun suka kalau Cie buat goreng dengan tepung bestari.

    BalasPadam
  3. sedapnya tempe goreng rangup-rangup makan dengan sambal kicap...surrrrr

    BalasPadam
  4. macam sedap je buat tempe goreng cicah sambal kicap hujan2 ni kak

    BalasPadam
  5. Terima kasih atas perkongsian...saya pun suka tempe, shedappp😋...mantap TOC nya.👍

    BalasPadam
  6. sedap, cuma bukan fav...sesekali makan ok..

    BalasPadam
  7. Tempe daun is the best dan terpaling sedap. Makan macam tu je dah nice. Kalau goreng gitu je actually ok. Kalau tempe plastic, tak sedap sangat. Just my opinion, sebab dari kecik memang makan tempe daun je. Bila dah besaqqq gini, baru tahu ada tempe dalam plastic hahaa. Rasa dia sangat berbza. Eh panjang pula comment saya

    BalasPadam
  8. Fav jugak tempe cicah sambal kicap sedapnye

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Menu mudah untuk Potluck berserta resepi

assalamualaikum semua, tetiba hari ni asyik dengar perkataan 'potluck' je... ntah kenapa.... dalam group whatsApp orang cerita Potluck.... dalam facebook pun sama... minggu depan pun kalau tak ada aral akan ada majlis berkonsep potluck di tempat kerja aku ni haa... dan tetiba la jadi idea nak buat entri... haha....  sebenarnya potluck ni apa maksudnya? kalau ikutkan perkataan potluck ni berasal dari perkataan bahasa inggeris yang bermaksud satu perjumpaan di mana setiap seorang tetamu dalam perjumpaan ni menyumbang sejenis makanan setiap seorang... perkataan ni mula popular pada abad ke 16 lagi tau... menarik ek? tapi asalnya perkataan tu dimaksudkan untuk makanan yang disediakan untuk  tetamu yang pada asalnya tidak diundang atau tidak dijemput... kiranya rezeki untuk tetamu yang datang secara tiba-tiba la.... dalam inggerisnya "the luck of the pot"... tapi menjelang abad ke 19 menjadi popular pulak bagi tetamu membawa makanan sendiri dan akhirnya jadilah sa

Pengunjung