Cabaran Menulis Day 9 : Write About Your Happiness - Cerita Ita                                                             Cabaran Menulis Day 9 : Write About Your Happiness Langkau ke kandungan utama

Cabaran Menulis Day 9 : Write About Your Happiness

Tuliskan Tentang Kegembiraan Kamu

Assalamualaikum semua, cabaran menulis dah masuk hari yang ke 9 pulak kali ni.. Kalau sesiapa yang perasan dalam senarai aku tulis aritu tertinggal hari yang ke 9 ni.. Tapi aku masukkanlah jugak. Cabarannya meminta aku menulis mengenai kegembiraan aku.



Bila baca tajuk ni, otak semua jadi blank.. Apa nak cerita ek? Apa yang aku nak tulis pasal kegembiraan? Dia macam terus jadi takde idea. Padahal sepatutnya ianya menjadi sesuatu yang sangat mudah ditulis, betul tak? Bukan cerita benda sedih pun.. tapi benda yang gembira. Kenapa pulak aku jadi macam susah nak tulis kan?

Happiness untuk Gembira atau Bahagia?

Dari awal lagi macam ada sedikit kekeliruan bila kita direct translate dari bahasa Inggeris ni. Ada yang kata happiness tu untuk kegembiraan, ada yang kata ianya lebih merujuk kepada kebahagiaan. Korang rasa yang mana satu? Kalau tanya aku, aku lebih suka guna gembira.. sebab bila kita gembira kita akan rasa bahagia jugak kan?

Banyak Detik Gembira

Sebenarnya yang buat aku lagi susah nak menulis ialah sebab banyak benar detik gembira dalam hidup aku yang buat aku rasa bahagia. Jomlah senaraikan satu-satu biar ianya menjadi ingatan yang baik dalam blog ni. Sekurang-kurangnya bila aku rasa sedih atau datang saat tak mengembirakan tu aku boleh baca untuk ingatkan diri aku sendiri ada banyak perkara gembira dalam hidup aku yang aku tak boleh ketepikan.

1. Dapat masuk sekolah asrama

Ini merupakan detik gembira pertama dalam hidup aku dulu, sebab aku memang berangan nak masuk sekolah asrama sejak baca buku-buku cerita pasal kehidupan di asrama. Tapi sedikit terkejut la sebab buku yang aku baca tu buku pasal kehidupan di asrama yang lain dari yang aku pergi rupanya. 

Sedikit kejutan budaya berlaku, ye la kita ni mana pernah berpisah dengan orang tua dan hidup sendiri. Biasanya ada mak yang aturkan hidup kita seharian. Apa nak buat.. macamana nak buat.. semua benda la.. syukur juga mak dah ajar juga beberapa kemahiran hidup, cukuplah untuk aku berdikari. Cumanya orang introvert pada asalnya macam aku ni amat payah juga nak sesuaikan diri. 

Seminggu pertama duduk tu aku dah call mintak mak abah datang dengan nangis-nangis suruh bawak aku balik..Macam drama la..tapi abah kuatkan semangat, suruh juga aku teruskan. Alhamdulillah juga.. kalau tak ntah jadi apa aku sekarang ni ntah.

2. Dapat masuk Universiti dan jurusan yang aku suka

Bila dapat pemberitahuan melalui surat yang aku dapat masuk Universiti adalah sesuatu perkara yang amat menggembirakan dalam hidup. Sebab yang utama ialah sebab aku bukannya antara pelajar yang pandai dan cemerlang pun. Biasanya keputusan aku cuma cukup-cukup makan. 

Jadi bila dapat peluang macam ni dalam hidup, dapat pula jurusan Veterinar yang memang aku impikan sejak dari tingkatan 4 dulu. Siapa sangka aku akan ada peluang macam ni. Aku sendiri pun tak pernah menyangka.

Syukur pada peluang yang Allah berikan pada aku ketika tu.

3.  Dapat anak pertama

Antara perkara yang menggembirakan lagi dalam hidup ni ialah kenangan melahirkan anak yang pertama. Tentunya sebagai seorang ibu ianya akan sentiasa menjadi kenangan menggembirakan yang tidak dapat dilupakan dalam hidup.

Saat bila aku dapat pegang insan yang bernama anak buat kali pertama, tak dapat digambarkan bagaimana perasaannya. Bercampur baur, rasa nak menitis air mata kegembiraan juga waktu tu. Ianya sentiasa akan jadi kenangan terindah dalam hidup.

4. Kereta dan Rumah pertama

Bila ditanya pasal harta dunia lain yang memberikan kebahagiaan ialah saat aku beli kereta pertama dulu. Sebuah Proton Wira sedan yang masih ada sampai sekarang. Dia pun rasa gembira tu tak boleh nak cakap la rasa macamana.

Macam tu juga waktu aku beli rumah pertama kami. Senyum sampai telinga waktu malam pertama lepas pindah rumah tu. Seronoknya rasa. Sampai kami gigih buat kenduri kesyukuran jemput keluarga dan kawan-kawan.

5. Kebahagiaan di hujung usia

Waktu sekarang ni walaupun ada yang kata umur aku masih belum mencecah umur warga emas lagi.. Tapi aku dah rasa macam kadang-kadang aku berada di hujung usia. Jadi bila makin meniti umur yang makin bertambah, kebahagian pada aku memberi erti yang sedikit berbeza. 




Kalau dulu kebahagian dan kegembiraan adalah berkisar tentang apa yang aku rasa. Tapi sekarang ni aku rasakan apa yang dirasakan bahagia dan membawa kegembiraan kepada orang yang aku sayang memberi makna lebih besar dan ianya memberi rasa gembira yang luar biasa juga kepada diri aku. Betul la aku dah semakin tua rasanya.

Apa pun kebahagian dan kegembiraan aku dalam hidup ini, ianya banyak disumbangkan oleh orang-orang di sekeliling aku tanpa sedar dan juga dalam sedar. Terima kasih semua yang pernah hadir dalam hidup aku selama ni. 

Ceritaita



Ulasan

  1. Bila teringat perkara gembira boleh buatkan kita tersenyum kan. Hihi

    by the way jemput join Cie ada buat segment giveaway :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat