Shopee Dapati 93% Wanita Malaysia Cari Fesyen Muslimah Inklusif - Cerita Ita                                                             Shopee Dapati 93% Wanita Malaysia Cari Fesyen Muslimah Inklusif Langkau ke kandungan utama

Shopee Dapati 93% Wanita Malaysia Cari Fesyen Muslimah Inklusif

Fesyen Muslimah Inklusif


74% Pengguna Shopee Mengutamakan Pakaian dengan Saiz, Umur, dan Jenis Bentuk Badan Berterangkum


Assalamualaikum semua, Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara & Taiwan merupakan platform utama yang menyediakan pilihan fesyen Muslimah inklusif. Kajian Fesyen Inklusif Gaya Lagi Lit oleh Shopee mendapati 93% responden mencari pakaian Muslimah dan inklusif di platform, di mana hampir semua responden (98%) menyatakan keyakinan bahawa Shopee dapat memenuhi keperluan mereka untuk gaya ini. Hasil tinjauan ini mengukuhkan kedudukan Shopee sebagai destinasi utama untuk fesyen Muslimah yang memenuhi pelbagai gaya dan jenis bentuk badan.


Hampir tiga perempat (74%) daripada responden mengesahkan pakaian inklusif yang menyediakan saiz, umur, dan jenis bentuk badan merupakan keutamaan mereka. Tambahan lagi, 16% mencari pakaian sopan yang sesuai untuk semua aktiviti, menunjukkan keperluan untuk pakaian versatil sesuai dengan gaya hidup mereka. Manakala, 10% mementingkan penggunaan bahan lestari dan pakaian bersesuaian dengan keperluan khas, menunjukkan  menunjukkan keperluan dan permintaan yang sentiasa berkembang dan berubah-ubah dalam landskap fesyen Muslimah. 


“Di Shopee, kami memahami keinginan wanita Malaysia dalam fesyen Muslimah yang mencerminkan gaya unik mereka dan memperkasakan keyakinan mereka untuk mengekspresikan diri. Kajian Fesyen Inklusif Gaya Lagi Lit kami mengukuhkan keperluan ini, dengan 99% responden menekankan kepentingan pilihan untuk pelbagai saiz dan gaya. Kami komited untuk memperkasakan pengguna dengan rangkaian pakaian yang lebih luas yang meraikan semua jenis bentuk badan,” kata Ming Kit Tan, Ketua Pemasaran dan Perisikan Perniagaan di Shopee Malaysia.


Kajian ini juga mendapati sekongan komuniti yang kuat terhadap perniagaan fesyen Muslimah tempatan Malaysia. Sebanyak 97% responden menganggap sokongan kepada PKS tempatan seperti Ariana Exclusive, Desince, Garden Store, Hany Shop, Indah Pesona, Le’Fonse, Marvelry, Muslimin dan Muslimah, dan Syifa Exclusive yang mengutamakan inklusiviti dan kepelbagaian dalam reka bentuk mereka sebagai sangat penting. Ini bukan sahaja memperkasakan perniagaan tempatan tetapi juga mengukuhkan infustri fesyen dan ekonomi Malaysia.




Memperkasa Wanita Melalui Fesyen: Koleksi #ShopeeHaul Gaya Lagi Lit





Komitmen Shopee untuk memperkasakan wanita Malaysia melalui fesyen melangkaui penawaran teras platform. Pelancaran koleksi 7.7 #ShopeeHaul Gaya Lagi Lit baru-baru ini mencerminkan komitmen ini. Koleksi pakaian kapsul yang dikurasi ini memenuhi pelbagai gaya dan personaliti, membolehkan wanita mengekspresikan diri mereka dengan yakin untuk bergaya. 


Koleksi ini menampilkan tiga gaya berbeza:


Warna Lit Lit: 

Penampilan untuk wanita yang berani dengan gaya unik tersendiri. Ia menggayakan pakaian dengan kombinasi warna kreatif untuk menyerlahkan keunikan diri.


Every Body Cantik: 

Penampilan ini meraikan pelbagai jenis bentuk badan. Ia menawarkan siluet yang mengutamakan pakaian versatil yang memperkasakan wanita dari semua jenis bentuk badan dan saiz untuk bergaya dengan yakin. 


Girl Boss: 

Penampilan ini adalah untuk wanita yang kuat, berdikari, dan bercita-cita tinggi. Ia menampilkan pakaian bergaya dan selesa, sesuai untuk kerja atau sebagai pakaian harian.


Wanita Malaysia juga menonton Shopee Live untuk mencari inspirasi pakaian dan tips gaya. Sebanyak 86% daripada responden secara konsisten berinteraksi dengan penjual fesyen Muslimah dan inklusif serta pencipta kandungan di Shopee Live di mana mereka mendapati inspirasi cara baharu untuk menggayakan pakaian kegemaran mereka dan mengekspresikan personaliti unik mereka.


Kajian Shopee ini menunjukkan gambaran yang jelas: wanita Malaysia mahukan lanskap fesyen Muslimah yang pelbagai dan inklusif. Shopee merupakan dalam landskap ini dengan menawarkan pelbagai keperluan dan gaya  melaluikoleksi seperti #ShopeeHaul Gaya Lagi Lit yang memperkasakan wanita untuk mengekspresikan keunikan dan keyakinan diri mereka. Dengan ini, Shopee mempertingkatkan pengalaman membeli-belah fesyen Muslimah dengan penghantaran tepat waktu (Jaminan Tepat Waktu) dan tempat pengambilan sendiri mudah (Shopee Self-collection). Polisi pemulangan mudah Shopee (15 Hari Pemulangan Percuma, Tanpa Soal*) memperkasakan penerokaan gaya yang pelbagai dengan yakin.


Ketahui lebih lanjut tentang tawaran fesyen Muslimah dan inklusif Shopee sambil membeli-belah RM1 Super Seringgit Fashion Deals pada 7.7 Jualan Fesyen Mega: https://shopee.com.my/m/7-7.


Ceritaita




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum