Online Games Tanpa Iklan dan Kalkulator Kalori Senaman - Cerita Ita                                                             Online Games Tanpa Iklan dan Kalkulator Kalori Senaman Langkau ke kandungan utama

Online Games Tanpa Iklan dan Kalkulator Kalori Senaman

Cabaran Anak-anak Masa Kini


Assalamualaikum semua, aku nak tanya ibubapa yang ada anak yang sedang membesar ada tak yang alami keadaan macam aku. Zaman sekarang ni anak-anak dah terdedah dengan video di youtube terutamanya permainan game yang dikongsikan oleh gamers online.


Bukanlah aku nak kata semuanya tak bagus tapi sebagai ibubapa susah juga kita nak kawal anak-anak sepanjang masa.. jadi akan ada masa kita sebagai ibubapa akan terlepas pandang. Kalau beri main online games tu selalunya akan ada iklan yang tak sesuai untuk anak-anak juga. Memang biasanya aku payah la nak bagi. Kecuali game yang offline je.













Online Games Vs Offline Games


Keburukan game online ni salah satunya ialah iklan yang tak terkawal tu la. Tapi bukan juga aku nak kata offline games ni takde keburukan. Ada juga, sebab bila download offline games biasanya dia akan makan ruangan dalam telefon bimbit atau tablet atau apa-apa gajet yang lain la. Gajet pun lama-lama jadi berat sebab penggunaan ruang yang terhad.


Jadi kalau ikutkan aku lebih suka anak-anak main online games je supaya jimat ruang dalam telefon bimbit yang kami guna. Maklumlah telefon cuma ada satu je, itulah jugak digunakan untuk simpan segala macam aplikasi untuk kegunaan harian, itu juga la digunakan untuk hiburan anak-anak sekali sekala.


Online Games Sambil Belajar


Sebenarnya kalau nak gunakan online games untuk pembelajaran anak-anak boleh je.. syaratnya dengan pemantauan ibubapa jugalah. Ada satu website ni aku suka bagi anak-anak main permainan dalam tu. Ada banyak game dalam ni yang boleh dimainkan oleh anak-anak.



Macam contoh di bawah ni online games ni dimainkan oleh anak-anak kami. Game memasak Spongebob atau Nickelodeon Cooking Contest . Ianya menguji kesabaran anak-anak bagi menyediakan makanan mengikut kehendak juri. Ianya juga menguji kecekapan anak-anak memahami setiap arahan. 




Online Games Tanpa Iklan


Game online dalam tu mengasah pemikiran anak-anak dan paling best tiada iklan. Jadi takdelah iklan online yang bukan-bukan keluar dari game online tu masa anak-anak main. Kalau game biasa tentu je ada keluar iklan yang tak sepatutnya untuk anak-anak.

 

Kalkulator Penggiraan Senaman


Bukan hanya online games je ada dalam website ni tapi boleh juga mak-mak gunakan sebagai untuk tempat mengira kalori setiap aktiviti senaman yang dijalankan. Contoh macam aku kira aktiviti senaman yang aku biasa buat macam kat bawah ni. Ianya mudah boleh masukkan terus mengikut jenis senaman yang disenaraikan dan ianya akan dikira menggunakan kalkulator yang disediakan. Workout calculator. 




Bukan hanya pengiraan je dia boleh buat tapi bersekali dengan ilmu dia bagi. Mana nak cari kan? Senang sangat aku guna ni. Contoh yang aku dah buat untuk rutin harian aku. Kira kalori yang terbakar melalui aktiviti berbasikal di dalam rumah. 







Ada dwifungsi macam ni, hiburan dan ilmu untuk anak-anak dan juga ilmu untuk ibubapa juga, aku rasa sangat bagus untuk dikongsikan bagi mereka yang perlukan ilmu macam ni. Jadi korang bolehlah cuba sendiri untuk keluarga korang jugak.


Ceritaita





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...