Mood Berblog Kembali
Assalamualaikum semua, dah 10 bulan aku tak menulis di blog ni. Rindu sebenarnya tapi apakan daya, banyak perkara berlaku tahun ni yang menuntut sepenuh masa dan perhatian aku. Nantilah aku ceritakan pasal apa yang berlaku.
Hari ni ntah apa mood yang datang aku tetiba rasa nak menulis blog balik. Jadi kita mulakan dengan apa yang aku paling minat iaitu memasak. Bila 2 kegemaran aku disatukan, memasak dan menulis, aku rasa lebih 'bernyawa'.
Makan Pasta Tomyam Keju
![]() |
Pasta Tomyam Keju |
Semalam aku baru balik dari berbengkel di Moonkissed by The River, Hulu Langat. Masih rasa sakit-sakit lagi badan ni. Jadinya mood nak masak masakan beria-ia tu macam ke laut jugaklah.
Tapi nak keluar makan kat luar pun rasa malas. Jadinya otak mula memikirkan nak masak makanan yang mudah-mudah je la. Terus dapat idea untuk masak pasta. Kalau setakat spaghetti bolognese tu dah biasa sangat kat rumah ni. Sebab senang dan semua ada yang sedia curah je.
Fikir punya fikir, apa kata cuba buat pasta tomyam? Jadi tetiba la aku olah masak pasta tomyam berkeju ikut apa je yang ada kat rumah ni. Meh la ku tuliskan resepinya yang mudah tu.
Resepi Pasta Tomyam Keju
Bahan-bahan
1 paket pasta Fettuccine 400 gram (aku guna jenama Kimball)
1 kotak santan 200 ml (aku guna Rasaku)
1 paket perencah tomyam (aku guna jenama Sudee)
1 pek jejari ketam (potong kecik-kecik)
4 keping keju cheddar
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu oregano
Air secukupnya
2 sudu minyak masak
![]() |
Keju cheddar |
![]() |
Rempah Tomyam Jenama Sudee |
![]() |
Santan Asli Rasaku |
Cara-cara
1. Rebus pasta fettuccine sampai masak. Dalam 10-12 minit. Dah masak toskan dan letak kat tepi dulu.
2. Panaskan minyak masak dalam kuali.
3. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang dah dikisar hingga wangi.
4. Masukkan rempah tomyam Sudee. (aku suka guna rempah ni sebab tak perlu letak garam lagi dah. Beli kat kedai Eco je korang)
5. Masukkan jejari ketam. Biarkan seminit.
6. Masukkan santan. Masukkan air dan kacau rata. Biarkan sekejap sampai kuah mendidih.
7. Masukkan keju dan kacau rata.
8. Kemudian masukkan pasta dan kacau rata. Biarkan dalam 1-2 minit. Akhir sekali tabur oregano. Sedia untuk dihidangkan.
Sedikit Pesanan
Senang je kan resepi ni? Orang tak pandai masak pun boleh buat. Sebab tak perlu nak sukat garam gula semua tu. Guna perencah sedia ada je.
Cuma nak ingatkan yang pasta ni lagi sedap dimakan waktu panas-panas lagi. Kalau dah sejuk dia akan jadi beku kering macam tu. Jadi seeloknya kalau korang nak makan sorang bolehlah masak ikut suka korang.
Tak pun boleh je bila nak makan baru curah kuah tu. Jadi kuahnya boleh dipanaskan semula kalau nak makan lagi. Macam kami anak beranak ni memang sepaket pasta untuk sekali makan. Kira ngamlah.
Itu je untuk hari ini. Kita jumpa lagi di lain masa.. doakan aku sentiasa sihat-sihat je untuk menulis lagi ya. Terima kasih.
Ceritaita




Ulasan
Catat Ulasan
Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.