Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

najmi update

salam semua, lama dah tak bersiaran panjang2 kan? bulan puasa ni cam padat sikit jadual, masa rasa cam cepat sangat berlalu. terkejar2 je hari2...tetiap pagi start kul 3 dah bangun bagi najmi susu, masak untuk sahur, pam susu, sahur terus tak tidur sampai la gi keja..letih teramat tapi bila tengok muka anak2 tambahan lak tengok adik najmi yang makin sihat terus hilang penat semua entah ke mana...tapi aku make sure kul 10 mlm dah tidur. eh..meleret-leret lak cite sal aku ek? meh2 kita cite sal perkembangan adik najmi... pagi ni aku bawak najmi kat tempat keja, dia elok je tidur dalam carrier dia jadi boleh la aku buat keja, lepas tu kul 11 pg kami gerak gi hospital pasal appointment dia kul 11.30pg...sampai je tak sampai setengah jam dah panggil untuk timbang, lepas tu tak lama gak tunggu dah dapat jumpa doc...ni yang aku suka camni...hehe... bila timbang tadi, berat adik dah naik ke 4.7kg! hah terperanjat ummi...naik 900gm dalm 2 minggu tu..patutlah aku rasa cam dah tak larat nak taha...

tangisan ummi..

salam semua, bagi korang yang kenal aku dari zaman sekolah mesti terkejut dengan tajuk kali ni kan? ni luahan rasa aku..hari isnin ni buat pengetahuan korang semua kami akan bawak adik najmi sekali lagi ke HTAA untuk susulan pakar. kali ni untuk tau fungsi buah pinggang dan hati adik..berat rasa hati nak melangkah ke hospital rasanya tapi apakan daya, kena la jugak kuatkan semangat.. ummi amat berharap adik tak apa2...tapi siapa boleh lawan ketentuan Tuhan kan? ummi cuma boleh berharap je..  tadi aku luangkan masa sementara pam susu untuk adik sambil baca blog - blog ni, doa buat alanna dan fajar seluas angkasa. menitis air mata aku tengahari ni...tabah sungguh mereka2 ni menghadapi dugaan...dan sekarang aku pun berada antara mereka ni.. semalam aku dan shah menhadap adik tengah tidur, mata kami sama2 bergenang bila tengok adik tidur, tenang je tapi muka adik makin hari makin pucat amat merisaukan kami. kami cuma boleh bagi adik ubat yang dr bagi, apa daya kami lagi nak tolo...

kena tinggal!

salam semua, hari ni aku gi keja dari umah mak mertua aku..sebabnya aku kena tinggal 2 orang buah hati aku tu kat kg hari ni...aku kena gi putrajaya lak hari ni..bulan posa lak diorang buat program...nak buat camne kan keja.. hakimi ok je kena tinggal..leh salam2..babai2..najmi lak aku cium banyak kali la...cian dia lambat la hari ni dapat nenen ummi dia..sabar ye nak.. k aku nak gerak jap lg ni..nak pam susu lak ni..babai...

berehat sekejap..

salam semua, hari ni banyak noo report yg aku kena buat sebenarnya tp aku berehat sekejap la..tak larat dah nak tengok kertas berlambak2 kat atas meja ni haa.. aku nak cite lak pasal anak2 aku.. hakimi aka abg long: dia dah makin besar dan sihat..ye la budak dumex la kan..hehe...sukanya bila dia ceria.. abang long sangat sayang dengan adik..sampaikan kalau mak tok dia acah2 pegang adik nak suh tinggal kat umah dia pun abg long leh pakat nangis beria2...dan paling penting dia dah pandai cakap macam2...kalau aku berbual dengan shah pun dia pandai menyampuk..mesti dia akan tanya sesuatu, kalau masuk keta je mesti tanya kita nak pegi mana ni... pendek kata kalau dok rumah tu mulut dia tak penah diam la..kecuali bila tengok ultraman, tekun ko..kena consentrate...hehe... kalau aku cuti lak..kalau aku pagar je pintu, dia mesti mengekor aku ke mana je aku gi sambil mulut tak berhenti panggil ummi...ummi..ummi..aku rasa lebih seratus kali sehari kot.. sudahnya aku bukak pagar..dia capai beskal....

pam susu

salam pagi ramadhan semua, hari ni dah masuk bulan ramadhan pun, aku harap sangat tahun ni dapat puasa penuh...insyallah rasanya sbb sampai ke hari ni aku lum kena period lagi, mungkin sebab masih susukan najmi agaknya..alhamdulillah... hari ni aku nak cite pasal rutin pam susu aku kat opis ni.. selalunya aku start pam dlm kul 10am, 1pm dan 4pm..satu sesi lagi aku buat kat umah..pepagi buta la biasanya...dlm kul 2-3 pg la gitu... tapi bila bulan puasa ni rutin aku cam dah tukar sikit kot.. sebab najmi menyusu awal, dalam kul 4 pg..pastu aku bangun sediakan makanan sahur..lepas sahur dalam kul 5 tu aku pam nak menunggukan subuh kan.. hari ni la start rutin baru aku dan ni la hasil aku pagi tadi...tarra... banyak kan? ni yang nak buat aku makin semangat nak mengepam untuk najmi ni...tapi aku masih top up dengan susu formula gak.. yang ni hasil aku guna pam manual medela tu...bagus kan? selama ni aku pakai spectra 3 yang elektrik tu..cam tak bape sesuai dengan aku kot...dapat sikit je...d...

gambar terbaru anak2...

ni gambar abg long tgh sibuk dgn board baru dia... ni lak gambar adik dgn bantal baru dia...adik dah ada isi sikit kan?

late entry

salam semua, yg aku nak post ni semua entry yg aku dah lama taip dlm phone cuma x sempat nak upload dlm ni je...k layan ye... 27.7.2010 salam semua, hari ni merupakan tarikh keramat yg amat menyedihkan bg aku.  Sebabnya? Hari ni aku start bg susu formula utk najmi. Sedih yg amat. Masa aku taip entry ni pun menitis air mata aku. Sory ek ter'emo' pulak. Tp aku mmg sedih sgt2 sbb aku harap sgt boleh susukn najmi sepenuhnya sampai 2 thn. Tp baru 2 bln aku dah tak mampu.  Korang mesti nak tau kan apa sebabnya. 2 perkara ni yang buat aku ambik keputusan terpaksa bg susu formula jugak. Pertama ingat tak masa najmi masuk wad sebab demam aritu. Masa tu susu badan aku xde tp aku paksa anak aku hisap sampai dia demam.  Aku cuma top up dgn susu formula sikit je. Kedua, berat bdn dia x naik2 dari lahir sampai sekarang. Dan darah pun tak cukup. Dan aku rasa sebab utama semua tu jadi pasal dia 'TAK CUKUP SUSU'. Satu hakikat yg aku tak sanggup terima. Malah sebabkan aku rasa sedih yg ...