Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Di sebalik purple terselit jugak pink...

assalamualaikum semua, tengah sidai kain pagi tadi....dalam hujan...alhamdulillah... tetiba aku terbelek la bunga yang kami tanam kat laman....bunga orang malas ni...tak perlu selalu siram dah senang nak tumbuh....pepagi mesti dia berbunga dengan meriahnya....terus jadi purple laman kami....tapi aku terlupa nak cari nama pokok bunga ni apa... belek punya belek....ternampak lak satu kuntum bunga yang berwarna pink....wah...cantik la....kalau semua pink mesti lagi meriah kan.... p/s meh sambung sidai baju....

Semakan keputusan bagi kemasukan ke Tingkatan Satu Sekolah Berasrama Penuh sesi 2013

assalamualaikum semua, aku cuti hari ni....legakan otak sambil kemas rumah...serabut dah rasa kepala...esok pagi pulak nak bertolak ke Kuala Lumpur... in Shaa Allah...kalau takde aral melintang... pagi ni aku dengar berita yang semakan keputusan bagi kemasukan pelajar tingkatan satu ke sekolah berasrama penuh dah mula boleh dibuat mulai Ahad ini 16 Disember 2012 ... semakan boleh dibuat di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ) ... semoga berjaya diucapkan kepada sesiapa yang bakal menyemak... p/s pagi-pagi hati dah terbakar bila kat tv ungkit pasal keputusan pengadil korea semalam...lagi panas bila jurulatih thai tu berlagak pulak...aduhai....

Keputusan Perlawanan Bola Piala AFF Suzuki : Malaysia vs Thailand

assalamualaikum semua, aku jangkakan semua penyokong Harimau Malaya hari ni amat kecewa... aku yang tengok dari tv ni pun amat kecewa....walaupun aku bukan seorang peminat bola sepak...tapi apa kan daya....rasanya semua pemain negara kita dah bermain bermati-matian...lebih kecewa lagi bila seorang pemain pertahanan Malaysia menerima kad merah...jangan tanya aku siapa....aku memang tak pernah hafal nama artis atau pemain bola...kecuali ada gosip yang terlalu hangat diorang buat sampai berbulan cerita tu asyik keluar kat tv.... seluruh tanahair akhirnya menyaksikan keputusan perlawanan memihak pada Thailand dengan 2 gol berbalas 0.....kesian pemain kita yang terpaksa beraksi dalam padang yang amat teruk kualitinya....walaupun aku tak pandai main bola tapi aku tau padang yang teruk boleh merosakkan prestasi pemain jugak....penjaga gol Thailand sendiri terpeleot bila nak buat sepakan gol.....inikan pulak pemain Malaysia.... apapun aku puji semangat pemain terutama yang kena apit dengan...

Sukan Paralimpiad Malaysia XVI di Pahang

assalamualaikum semua, mungkin ramai yang tak tau sukan Paralimpiad sedang diadakan di Pahang sekarang ni.... jangan kata korang...aku pun tak tau....yang duduk kuantan tu..... Sukan ni berlangsung dari 9 Disember 2012 hingga 14 Disember 2012.... lagi sekali diadakan semasa hari bekerja... tak dapat nak tengok... sesiapa yang nak tengok sukan ni dan tak sempat kot.... cuma acara penutup yang akan diadakan di Sukpa esok petang je.... lain-lain acara aku tak pasti.... lain-lain info boleh tengok kat SINI ... p/s sedih jugak bila tengok sukan untuk orang kurang upaya macam ni dipinggirkan... liputan kat tv pun macam takde je...

Karnival Buku PTS 2012 ...lagi pesta buku!!!

assalamualaikum semua, selepas adanya post pasal Pesta Buku The Big Bad Wolf Book Sale 2012 hari tu... hari ni ada lagi entry pasal pesta buku... kali ni Karnival Buku PTS 2012 pulak.... wah... bagi peminat buku memang berbaloi semua ni kan? aku pulak dah mula rambang mata.... mana nak cari duit gi pesta buku bebanyak ni wei......? apa pun aku nak kongsikan kat korang semua jugak... mana-mana yang ada kesempatan pergi boleh la pergi ye.... kerana membaca adalah tambatan ilmu.... wah lama tak dengar ayat tu kan? ok sedikit info yang aku dapat pasal Karnival Buku PTS ni.... akan berlangsung dari 10 Disember 2012 hingga 22 Disember 2012 ... Karnival Buku PTS 2012 bagi yang tak tau langsung pasal PTS ni takpe.... korang boleh jenguk-jenguk facebook diorang kat PTS ... pastu tak tau lagi....? boleh pergi showroom diorang kat bawah ni haaa.... peta PTS kalau ada soalan nak tanya boleh jugak call kat 03-6188 0316 kat sini aku nak letak jugak gambar-gambar se...

Hadiah buat Husna

assalamualaikum semua, ini je hadiah yang kami dapat beli untuk adik husna sempena hari lahir dia.... sepasang sepit rambut dan getah rambut...dan kek coklat yang ummi buat sendiri... husna dan getah rambut kek coklat kukus husna dengan sepit rambut maaf ye nak....ummi takde duit banyak-banyak nak sambut hari lahir anak ummi...ummi juga takde duit berjuta nak bagi hadiah special untuk adik....ummi jugak takde duit banyak nak belikan kek barbie atau kek bertingkat-tingkat untuk adik.... apa yang ummi boleh buat cuma doa untuk anak-anak ummi...semoga Allah kabulkan semua doa ummi...amin... p/s budak kecik ni payah betul nak duduk diam bila org ambik gambar dia....

Nasi Goreng

assalamualaikum semua, ni je yang sempat buat untuk bekal hari ni.... korang dah lunch? p/s hati ni macam dah ada mood untuk bercuti....letih....