Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Dah 54 hari

assalamualaikum semua, pagi ni bersiaran dari kampung nan indah permai.. lama dah tak menulis..ini pun sambil meriba si kecik comel dalam cuaca pagi yang sejuk-sejuk ni..terima kasih pada yang sudi singgah dan baca serta tinggal komen walau tuan blog lama dah tak berkesempatan nak menulis.. alhamdulillah..hari ni kami dah genap 54 hari selepas tarikh bersalin aritu...aku masih lagi merangka draf untuk kisah kelahiran adik hadi..maaf ye bagi yang tertunggu-tunggu...ceeeh...ada ke? hehe... adik hadi makin sihat dan bulat sikit dari lahir aritu...dan dah 2 hari aku letak gambar muka adik di facebook..kalau sebelum ni tak letak konon-konon la eksklusif konon...haha..sila jangan meluat ok.. dan di entry ini juga akan diletakkan gambar bagi sesiapa yang belum tengok Ahmad Hadi Haris di facebook lagi tu.. selamat berkenalan buat semua dr adik Hadi.. p/s cuti2 jugak...tapi ada keja yang kena jugak submit sblm 30 hb..hmmm...

Breastpump terpakai untuk dijual dengan harga murah : Set Spectra 3 dan Unimom Allegro

assalamualaikum semua, lama tak bersiaran.. sibuk menguruskan adik hadi di rumah sekarang ni.. inshaaAllah satu hari nanti nak tulis pasal kelahiran adik hadi pulak.. tapi buat masa ni ada sesuatu kena highlight dulu.. aku nak jual breastpump aku yang ada sekarang ni.. aku nak jual dua-dua set ni dalam satu pakej yang sama..maknanya dua barang ni dengan satu harga.. ok..kita cerita detail pam ni dulu.. pam 1 : Spectra 3 spec : pam elektrik single @double usia : pam ni dah berjasa dekat 4 tahun dah pada aku dan anak-anak.. condition : keadaan pam buat masa ni masih tip top dan pembelian pam ni akan disertakan dengan 2 set breastshield terpakai jugak..maknanya boleh buat double pumping.. ;) tak ada kotak akan mengiringi pam yang dijual..harap maklum ya.. harga beli : RM499 pam 2 : unimom allegro (SOLD @ TERJUAL) spec : pam elektrik @ bateri ; single @ double usia : dah lebih 2 tahun condition : pam masih tip top dan setiap pembelian akan disertakan dengan 2 set breastsh...

Wordless Wednesday # 69

teaser.... p/s esok cukup 30 hari..baru boleh nak letak gambar penuh kot.. ;)

kami dah boleh keluar..

assalamualaikum semua, alhamdulillah hari ni genap 6 hari kami di hospital ni...dan sekarang ni syukur dah boleh keluar..leganya rasa.. dah selamat tanggal semua yang melekat kat badan adik..dan dah siap ujian telinga bagai..barang pun dah siap kemas ni.. tinggal tunggu panggil nama untuk settle bil je..harapnya boleh dapat cepat.. baju kat bawah ni dah sedia untuk tuan dia pakai..lama benor duduk hospital..baju pun ada yang tak sempat rasmi lagi ni.. p/s petang ni kalau takde aral kami terus balik ke johor dan duduk sana sampai abis cuti sekolah..dan adik akan ada susulan pada 23/9/2014 selasa akan datang..

Masih di sini..

assalamualaikum semua, hari ni dah masuk hari ke 5 adik kena masuk hospital semula.. adik kena jaundice dan demam pada hari ahad aritu..jadi adik dah kena puasa dan disebabkan takde katil kosong hari ahad maka aku kena balik malam tu dan tinggalkan adik di wad kanak-kanak SCN.. dan malam tu aku mula tak boleh nak tido..walaupun tau adik memang tak boleh menyusu tapi hati seorang ibu..tentu terasa bila anak yang dikandung 9 bulan takde di sisi.. dan esoknya hari isnin aku dah awal-awal datang ke wad untuk booking katil dan tengok perkembangan adik..alhamdulillah dapat katil jam 6 petang tu akhirnya setelah menunggu hampir satu hari.. adik datang dengan masalah demam 38°C dan jaundice setinggi 409 mmol/L..cukup tinggi dan menakutkan bila tengok badan adik yang kuning sampai ke peha.. tapi alhamdulillah bacaan makin kurang pada malamnya jadi 350 mmol/L dan terus berkurang menjadi 335 mmol/L pada pagi esoknya ..dan terus berkurang pada pagi selasa kepada 282 mmol/L dan semalam pa...

Wordless Wednesday # 68

assalamualaikum semua, p/s adik dah ada nama...dah siap daftar pun..semoga permulaan yg baik utk hidup adik..amin..

Selamat Hari Lahir buat suami tersayang..

assalamualaikum semua, ucapan hari lahir ni patut dibuat semalam sebenarnya tapi dalam kekalutan kami di hospital dan telefon yang kehabisan bateri maka entry ucapan ni terpaksa dibuat pada hari ni.. selamat ulang tahun ke 32 buat yang berbahagia abang..semoga abang dipanjangkan umur, ditetapkan iman, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik dari Allah..amin.. p/s ita dah bg hadiah baby aci kan bang? ;)