Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Cabaran sediakan bekal anak ke sekolah Part 2

assalamualaikum semua, dah hari jumaat minggu ke 4 anak-anak bersekolah rupanya... cepatnya masa berlalu... aku dah lupa nak letak entri cabaran ni dah pun... ok takpe mari kita letak je menu hari yang kita ingat...boleh gitu? boleh je la ye... disebabkan dah masuk 3 minggu ni maka aku cuma tuliskan menu je la... hari pun tak ingat dah... berterabut sebab banyak harinya memang tak sempat nak ambik gambar pun... Menu Bekal (mengikut mana yang aku ingat ye) 1. Spaghetti bolognese + kacang panggang dalam tin aduh...terliur lak tengok tetengah hari ni.. yang ni menu bantai je apa yang ada... senang kata tak cukup syarat la jugak.. janji anak bawak bekal..hahaha... macam biasa cuma sempat ambik gambar bekal aku je... 2. Nasi Goreng yang semalam takde sayur ni menu biasa di kala takde idea...tapi tak kisah sangat sebab kegemaran abg long ni... jarang tak abis.. semalam aku bawakkan lagi tapi tak letak sayur campur tu pun abis... dah la semalam aku lup...

Kalau ummi mati...

assalamualaikum semua, ni cerita malam kelmarin... perbualan masa sebelum tidur atau lebih tepat lagi masa nak tidurkan anak-anak... macam biasa akan ada sesi bercerita... kadang-kadang cerita merapu ummi reka untuk bagi anak-anak moral kehidupan.. yang penting ceritanya kena ada watak baik dan jahat... dan watak jahat akhirnya mendapat balasan setimpal atau watak baik tu mendapat balasan yang baik juga... kadang-kadang aku selitkan juga cerita-cerita Nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. cerita yang tentu menjadi panduan buat anak-anak... dan selalunya cerita haiwan menjadi kesukaan anak-anak... dan selalunya jugak aku akan suruh anak-anak pilih haiwan yang perlu menjadi watak utama... pilih la dua... kucing dengan ayam ke... gajah dengan tikus ke... ular dengan gajah ke... haaa... cerita ular dengan gajah ni abg ngah pun pandai reka cerita dia sendiri tau... tapi yang bestnya ular tu makan batu pasal mula-mula dia ada niat nak makan gajah... hahaha... pelik pengakhirannya... ...

Panggilan yang sesuai

assalamualaikum semua, tadi masa tengah bermain whatsapp dengan kawan-kawan yang masih setia dari zaman sekolah sampai la sekarang ni terbukak cerita pulak pasal panggilan yang pernah kami terima... dan aku terus teringat peristiwa yang kiranya aku dah masukkan dalam kotak memori "perkara yang tidak dapat dilupakan" cewaaah... macam la benda dahsyat sangat bunyinya tu kan? sebenarnya peristiwa ni berlaku masa shah kena denggi hari tu... tak baca lagi? oh boleh baca kat sini.. Shah kena denggi ... disebabkan dah jadi rutin menghantar shah ke klinik dan hospital untuk ujian darah maka aku macam biasa hari sabtu tu pergi la menghantar dengan anak-anak lagi berderet...dengan bawak orang sakit... tapi masa tu aku rasa penampilan aku ok lagi la... tak la sememeh sangat pun... baju blouse dengan seluar dan tudung instant dua muka aku masa tu... bila dah lalu pendaftaran bagai dan  macam biasa kena pergi ambik darah dan hantar ke makmal dalam klinik tu jugak untuk pemeriksaan...

Giveaway Cash RM500 Jan 2016 by Emas Putih

assalamualaikum semua, Giveway January Cash RM500 by Emas Putih | Salam. Dijemput join GA uzu ni. GA pertama untuk tahun 2016. Sila tekan banner kalau nak join GA ini. Terima kasih. [Tekan Banner Di Atas Untuk Join] Ini ada satu produk baru yang membantu menghilangkan jerawat dalam masa 24 jam iaitu REFINITY Acne Hydrogel ! Ada 6 sebab kenapa anda perlu mencuba hilangkan jerawat anda dengan cepat iaitu : 1. PANTAS BERTINDAK Formulasi Acne Hydrogel FOKUS pada rawatan jerawat dan bekas jerawat bagi menjadikan wajah anda kembali licin bersih berseri. 2. SENANG & MUDAH Hanya sapu 2 kali sehari dan tunggu hasilnya. Cepat meresap dan kering tanpa rasa kesan minyak. 3. SESUAI UNTUK KULIT SENSITIF p/s lupa nak masukkan entry cabaran bawak bekal anak..dah minggu ke 3 abis..alhamdulillah...

Wordless Wednesday # 95 : Comel

assalamualaikum semua, semoga Allah permudahkan urusan kita semua...amin... comel tak saya?  p/s hari2 pasang azam untuk jadi lebih baik dari semalam...berjuanglah ita!

Putu Piring Sedap di Kuantan

assalamualaikum semua, dah lama aku nak kongsikan antara tempat makanan sedap di Kuantan ni... aku pernah cerita Pasal Sate Sedap dulu kan? haaa kami masih lagi setia dengan sate tu cuma kali ni nak kongsikan makanan yang agak jarang nak dapat di Kuantan ni... kalau dulu kami nak makan apa-apa jenis putu ni mesti kena tunggu balik johor baru boleh beli... bukan takde jual di Kuantan ni bermacam jenis putu.. ada je kat merata-rata pasar malam pun boleh jumpa... putu bambu..putu mayam... tapi putu piring memang sangat susah nak jumpa... haaa...kalau putu piring memang kena tunggu balik johor je la jawabnya.... di kuantan ni putu bambunya agak berbeza dengan putu bambu yang dijual di johor... kalau tempat lain aku tak pasti la... aku ada kongsikan jugak Putu Bambu Sedap di Johor  atau lebih spesifiknya di kluang satu masa dulu... jemput la singgah baca....tapi nak tekankan ye... ni cuma ulasan tekak aku je...kalau tak menepati selera korang janganlah salahkan aku pu...

Bila anak terhantuk kepala

assalamualaikum semua, hari ni kerja dengan hati gundah gulana...mana tidaknya... anak dara kecik kami ditimpa musibah... ceritanya begini... husna tidur depan tv malam kelmarin... tengah-tengah tidur yang memang sangat lasak tu boleh pulak dia tergolek dan kepala dia terhantuk ke kaki almari tv yang besar bagak tu... alahai... bunyi tak kuat mana pun tapi tetiba timbul pulak kesan bertanda kat tengah-tengah dahi dia... tapi kesan memang tak ketara sangat la... cumanya yang buat aku risau ni jadi naik bengkak pulak dah...bengkak kami mula perasan pagi semalam tapinya nampak tak berapa serius... takde pun kesan lebam kat mana-mana pun kecuali la tanda kat tengah dahi tu aje... dan petang semalam jadi lagi teruk... sampai abg long dah kata muka husna jadi hodoh...aku panik jugak.. tapi tak la panik sangat sebab dia tak muntah atau buat aktiviti yang luar biasa pun... jadi aku fikir mungkin esok (hari ni) akan jadi ok... tapi tetiba pagi ni aku tengok bengkak tu macam melarat ke...