Catatan terkini

Kisah Tempe dan Resepi Tempe Goreng Kunyit

Imej
Assalamualaikum semua, ada ke kalangan pembaca blog aku ni seorang peminat tempe macam aku juga? Kalau ada korang komenlah nanti ya korang suka makan tempe dalam masakan yang macamana. Kot-kot la resepi tempe goreng kunyit aku ni nanti terlalu biasa je kan..manalah tau. Contents Tempe Tempe daun Tempe adalah makanan berasaskan kacang soya yang melalui proses penapaian untuk menjadikannya satu makanan yang sedap. Ada yang kata tempe dengan tauhu ni keluarga yang sama. Semuanya gara-gara diperbuat dari kacang soya.Tapi sebenarnya tempe sangat berbeza. Ia lebih keras dan berbau kuat. Korang suka tempe goreng ke, atau suka tempe dimasak sambal pedas tempe goreng yang garing-garing tu ke? Atau korang suka tempe dimasak dalam bentuk kuah macam asam rebus tempe atau masak singgang tempe atau masak lemak tempe atau masukkan je tempe dalam ramuan lain jadi macam kuah lontong. Hish, aku yang tulis ni yang terus rasa macam nak makan tempe. Asal Usul Tempe Tempe berasal dari

Bila anak terhantuk kepala

assalamualaikum semua,

hari ni kerja dengan hati gundah gulana...mana tidaknya... anak dara kecik kami ditimpa musibah...

ceritanya begini... husna tidur depan tv malam kelmarin... tengah-tengah tidur yang memang sangat lasak tu boleh pulak dia tergolek dan kepala dia terhantuk ke kaki almari tv yang besar bagak tu... alahai... bunyi tak kuat mana pun tapi tetiba timbul pulak kesan bertanda kat tengah-tengah dahi dia...

tapi kesan memang tak ketara sangat la... cumanya yang buat aku risau ni jadi naik bengkak pulak dah...bengkak kami mula perasan pagi semalam tapinya nampak tak berapa serius... takde pun kesan lebam kat mana-mana pun kecuali la tanda kat tengah dahi tu aje...

dan petang semalam jadi lagi teruk... sampai abg long dah kata muka husna jadi hodoh...aku panik jugak.. tapi tak la panik sangat sebab dia tak muntah atau buat aktiviti yang luar biasa pun... jadi aku fikir mungkin esok (hari ni) akan jadi ok...

tapi tetiba pagi ni aku tengok bengkak tu macam melarat ke pangkal hidung dan mata... mata dia jadi sepet dan pangkal hidung dan dahi dah memang bengkak betul dah... memang dah macam rupa ikan flowerhorn je dah aku tengok....

shah nak sedapkan hati aku maka dia cakap mungkin sebab dia nangis pagi tadi masa suruh mandi jadikan mata dia macam tu... tapi aku serius rasa macam ada tak kena la... susahnya la hati ummi ni nak oiii...

tapi aku fikir ye la elok aku tunggu je la petang ni tengok macamana keadaan dia.. kalau tak ok jugak kami kena la fikirkan sesuatu... hantar klinik atau hospital mungkin... Allah... harapnya takde apa yang serius la...risau betul... buat keja pun rasa tak senang duduk...

eh aku cerita panjang-panjang tapi tak bagi korang tengok gambar husna ek.. lupa la...

aku letak gambar dia sebelum dan selepas la... karang korang nilai la sendiri....




sebelum
selepas

ada kawan bagi petua suruh tuam dengan daun gandar rusa... dia suruh layurkan daun tu dan tuam kat kawasan bengkak tu...dah tanya kawan opis ni ada yang tanam...balik kang nak singgah ambik kat rumah dia... marilah kita berusaha... apa-apa hasil aku kongsikan nanti ye....



p/s kelmarin makan kek coklat dengan aiskrim... peh..merbeles... (ummi ni anak sakit pun masih ingat makan ;) )

Ulasan

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus