Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

adik hadi mencuba petua selsema

assalamualaikum semua, hari ni kami ada kat kampung, rumah mak shah.. adik shah balik kampung sekejap sempena cuti Thaipusam.. korang pun balik kampung ke? kami tak balik sebab Pahang tak ambik cuti untuk Thaipusam.. budak selsema tetap aktif walau ada kat kampung tapi aku tak lena tidur sejak semalam.. hadi selsema teruk sampai tak boleh nak letak bawah pun.. suasana yang sejuk sangat kat kampung agaknya sampai jadikan adik selsema lagi teruk.. aku dah tersengguk-sengguk sambil meriba adik hadi.. aduhai gini la kalau jadi mak-mak ni.. sebab tu bila dah ada anak baru aku tau macamana pengorbanan mak abah waktu membesarkan kami dari kecik dulu.. aku belek pulak dalam beg alat-alat kecemasan yang biasa kami angkut ke hulu hilir minyak apa-apa yang digunakan untuk kecemasan.. cuma ada vick je.. aduhai.. minyak pati batook ori dengan minyak herba asmak tertinggal pulak.. kecewa abis..  tapi aku cuba jugak la sapu kat bawah hidung, kat batang hidung, kat beti...

Tempat Menarik di Kuantan

assalamualaikum semua, aku selalu sangat dapat soalan dari kawan-kawan yang nak berkunjung ke Kuantan.. diorang tanya.. kat mana tempat menarik di Kuantan ni yang boleh pergi ? wah.. agak susah aku nak jawab soalan ni sebenarnya.. sebab ini merupakan soalan yang agak subjektif.. menarik pada aku tak semestinya menarik pada korang pulak, ye tak ? tapi selalunya disebabkan taknak menghampakan kawan-kawan aku bagi jugak la cadangan.. ABC Kelapa muda di Warung Muda Kelapa Kampung Kempadang Tempat menarik di Kuantan 1. Tempat makan  yang ni memang akan mengungguli carta la kat mana-mana pun kan.. memana kat Malaysia ni mesti akan keluar soalan "kat mana kita nak makan?" walau soalan tu ditujukan pada ketika yang bertanya soalan tu sedang menghadap puluhan deretan kedai yang hanya menjual makanan ! hahaha.. punyalah banyak pilihan sampai tak tau nak pilih kan ? kalau di  Malaysia aku rasa fenomena ni normal.. juga di Pahang atau spesifiknya di Kuantan ni.. ja...

Makan di restoran sedap di Kuantan : Leesya Corner

assalamualaikum semua, ni antara entri yang terperap dalam draf.. dah lama nak tulis.. sejak kami jumpa restoran sedap ni dulu lagi.. terus terasa nak menulis rekod dalam blog ni pasal kedai makan sedap kat Kuantan ni.. sebab apa tau ? sebab agak susah nak cari restoran sedap di Kuantan ni dengan harga yang berpatutan.. dah ada pun yang komplen katanya Kuantan Bandar Makanan Mahal.. huhuhu.. aku tak nafikan tu.. Leesya Corner tapi aku tak salahkan perniaga jugak, sebabnya macamana nak kekal harga yang berpatutan kalau semua bahan mentah didapati dengan harga yang agak mahal jugak.. memang sangat terasa la.. macam minggu ni.. harga ikan selar kuning mencecah RM15/kg, ikan kembung pulak cicah RM20/kg dan ayam pulak cicah RM8.19/kg... jadi korang rasa kalau jadi peniaga apa la agaknya pilihan yang ada kan.. tu belum lagi cerita harga sayur yang jugak boleh terkejut-kejut melihat harganya.. eh meh balik semula ke cerita kedai makan sedap ni.. nama Restoran ni ialah Lee...

3 perkara yang selalu syaitan bisikkan untuk kita sibuk.

assalamualaikum semua, aku asyik la terlupa nak kongsikan ilmu yang aku dapat dari dengar Radio Nasional FM masa balik kampung baru ni.. masa tu aku sibuk nak siapkan pau untuk dijadikan makanan anak-anak serta adik-adik yang ada kat rumah mak..  Tazkirah jumaat sambil buat pau sambil dengar slot ceramah seorang ustaz di radio.. maaf ustaz.. saya selalu lupa nama orang.. dan sekarang ni saya terlupa pulak nama ustaz yang sampaikan ilmu berguna macam ni.. tapi saya masih tak boleh lupakan suara ustaz yang tegas menyampaikan isi ceramah tu.. insyaAllah akan ingat jugak apa isinya tanpa menulis ketika itu.. ustaz mengingatkan tentang hasutan dan bisikan syaitan.. katanya syaitan tak pernah berhenti dari memperdaya manusia.. ada saja jalan yang dicarinya.. antara usaha syaitan ini yang nyatanya ialah dia nak kita lupa pada perintah Allah s.w.t  dengan melalaikan kita dengan bermacam godaan.. dan kata ustaz lagi ada 3 perkara yang selalu disibukkan kita dal...

Kami beriadah di Laman Teruntum

assalamualaikum semua,  aku nak kongsikan satu tempat tarikan terbaru kat Kuantan ni.. bukan la baru sangat pun.. tapi masih dikira baru la oleh penduduk Kuantan.. ianya tak lain tak bukan Laman Teruntum.. mula dibina masa sibuk-sibuk nak adanya lawatan dari Majlis sebuah daerah di Negara China ke Kuantan pada tahun 2015 kalau aku tak silap..  comel tak model Laman Teruntum ? dan kami baru je dapat berkunjung ke sini pada awal tahun ni.. dah agak terlambat dari tarikh perasmian dia sebenarnya.. hehe.. dan dah ada sebahagian kemudahan yang dah mula rosak dah pun.. bukan sebab rosak dimakan hari tapi rosak oleh sebab sikap pengunjung ke Laman Teruntum ni sendiri..  kedudukannya sebenarnya ialah di tapak lama stesen bas Bandar Kuantan sebelum bertukar ke Terminal Sementara berdekatan Pasar Besar Kuantan.. dekat sangat dengan kek yang menjual kek keju mangga popular Kula Cakes... biasanya orang akan parking kereta di bahagian dalam sebelum Lam...

Masalah rambut lelaki : gugur sampai botak!

assalamualaikum semua,  kalau ada orang yang cakap rupa penampilan tu tak menjadi ukuran tapi pada aku lain pulak.. aku memang dari awal letak beberapa ciri-ciri yang aku taknak.. haha.. bukan yang aku nak ok.. tapi yang aku taknak dan kalau boleh aku nak elakkan.. antaranya ialah Lelaki Botak ! Masalah rambut lelaki : gugur sampai botak! masalah gugur rambut sampai jadi botak pada lelaki ok maaf bukan nak merendah-rendahkan sesapa pun.. aku tak kata pun orang botak tak hensem.. itu pandangan masing-masing dan itu cuma matlamat aku nak dapat teman yang ada rambut cantik.. tu je.. bukan semua pun yang kita nak kita dapat kan? jadinya dah ada jodoh yang sempurna dan sayang kita tu terima la seadanya dan bersyukurlah.. dan sekarang ni padanlah dengan muka sebab shah dah seminggu ni botak sebab tukang gunting rambut salah gunting... hmmm.. kau rasa ? Masalah Rambut Suami Tersayang ok balik pada cerita masalah rambut lelaki ni.. tak lain tak bukan aku nak cerita pasal ma...

GIVEAWAY : INI BLOG SIAPA?

assalamualaikum semua, tetiba hari ni nak join pulak satu segmen giveaway yang agak santai.. untuk orang yang suka sangat menulis merapu macam aku sangat sesuai ok.. hehe.. terima kasih buat hawa yang sudi anjurkan giveaway ni.. klik gambar untuk join bila ditanya soalan ini blog siapa? tak susah kot aku nak jawab pasal kat tajuk blog pun dah terang-terang tulis Cerita Ita.. ok ini sebenarnya blog yang ditulis oleh seorang  blogger yang pada asalnya menulis untuk simpanan peribadi dan bacaan teman-teman yang jauh di mata.. dan blogger itu tak lain tak bukan ialah aku sendiri yang diberi nama Rozita oleh arwah atuk ayah satu masa dulu (ambik punya la panjang intro..haha) aku bermula menulis pada zaman adanya platform friendster pada masa dulu.. kalau generasi baru blogger mungkin tak tau.. ada banyak catatan pengalaman aku kat situ tapi sayangnya dah terpadam pulak dah... dan aku bermula di platform blogspot pada tahun 2008 apabila dikenalkan oleh kawan rapat ak...