Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 21 Disember 2010

upah bersalin..

salam semua,
hari ni aku lepak dengan anak2 kat umah sebab kena jaga adik...
sebenarnya malam semalam kami gi klinik ingat nak ambik nebuliser untuk adik..tup2 doc tu kata tak yah ambik tapi dia nak refer gi spital lak...haah? hospital lagi? panik tau aku dengar...
doc tu kata supaya doc kat hospital leh monitor dia sebab dia penah masuk wad sebelum ni...memula dia nak refer KSH lagi la kan...pastu aku jawab lak kami bayar sendiri yang dulu tu doc..bukan apa rasa tak sanggup lak nak melabur lagi rm4k kat situ lagi kan..

huhu yg kat atas nuu aku taip semalam...pastu adik nak susu aku terus tinggal..shah balik keja malam baru dia matikan..sib baik dia nak save draft, kalau tak jenuh nak menaip balik..
hari ni masuk 2 hari aku x keja...selsema batuk adik dah ok sikit...selsema kering...batuk kadang2 je...cuma demam tu ada lagi..sekarang ni aku bagi ubat setiap 4 jam sekali..ni dia dah tidur dah..jap lg kul 10 nak kejut lak bagi ubat demam...kul 12 kang kejut lagi bagi ubat batuk, selsema, antibiotik...kul 2 kang kejut lagi bagi ubat demam lagi..gitu la seterusnya...sian dia..memula dulu meronta- ronta dia..sekarang aku dah pandai..aku bedung dia dgn selimut tebal pastu aku cuma control muka dia je...mengalir air mata dia menangis...sian lak aku tengok tapi kalau tak buat lagi kesian kan?

eh melalut lak...aku nak bagi tau mengenai tajuk dia atas tu...
entry ni sekali dengan gambo tau..baru menarik...

sebelum tu aku nak tanya ada sapa2 kat sini penah dapat upah bersalin? angkat keyboard? kalau dari suami...bagus suami korang..aku? honestly tak penah sekali pun...tapi kali ni murah rezeki lak...tahun lepas kami ada masuk insuran untuk 1 family...so ada lak dia state kat situ dapat rm500 kalau bersalin...dan aku dah selamat claim dah..dan ini buktinya...tarra....

Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: