aku kena buat??? - Cerita Ita                                                             aku kena buat??? Langkau ke kandungan utama

aku kena buat???

salam semua,

semalam ingat nak buat entry gembira lagi tapi gambar lak x leh nak masuk...x best entry tu kalau xde gambar...so nanti2 la ye..

hari ni aku nak buat entry berkenaan tajuk nun kat atas tu...

korang mesti pelik kan?

alkisah macam ni ceritanya...tadi ada kwn seopis aku ni haa..dia kesian tengok aku sakit kepala lagi..sampai merah2 dahi belah kiri aku ni aku tekan....sakitnya Tuhan je yang tau...last2 dia mintak nama mak aku..dia send sms kat kawan dia...

dah tu tengahari lak dia ajak aku gi kedai makan kawan dia tu..
terbukak la kisah...dia kata ada benda dalam perut aku ni haa...dia tanya aku pregnant ke? cepat aku jawab..takkkkkkk....hehe...sila lihat jawapan aku yang panjang tu konpiden ko...

pastu dia kata kalau camtu mungkin betul apa yang dia nampak..ada benda dalam perut aku yang orang hantar...orang tu org opis aku gak.....eh? aku cam pelik la...sapa nak sakit hati dengan aku...shah dah meruap2 dah marah dia...aku still cool je...aku kan cool...hehe...

pastu dia kata benda ni baru je...orang yang hantar kat aku tu dia tak bagi aku keja...dia x suka aku arah2 orang buat keja...hmmm..ye la kot..aku ni kalau nak semua ok..aku cakap je...berterus terang pun kadang2 buat kita susah gak...aku kata kat dia nape aku selalu kena bila dah bangun pagi dan peak dari kul 10 pagi sampai kul 12 tengahari..petang camni aku ok lak..cuma denyut sikit2 la..dia kata tu sebab orang tu x nak aku buat keja la...kalau sakit kan aku kena berenti buat apa2..hmmm....

susah kan jadi ketua ni....serba salah dibuatnya...

org yang aku jumpa ni kata leh ubat...dia buat air penawar untuk aku..dia suruh minum dan sapu kat kepala..insyallah dia kata dalam 3 hari leh sembuh...

kan dulu aku pernah cerita kepercayaan aku pada semua ni kan...tapi apa salahnya kita usaha selagi tak memudaratkan kan? dia pun kata dia pun tolong doakan supaya benda tu hilang tapi kalau Allah tak izinkan tak jadi gak..so aku pun kena doa gak...

then dia cakap tak nak bagitau sapa yang buat...aku pun sebenarnya tak nak tau...seriously aku jenis orang yang sangat2 pemaaf...kalau betul orang tu dah buat aku...biar je la...sekurang-kurangnya dia dah lega kan sebab dah lepaskan terbuku kat hati dia...tapi aku lak nak balas apa yang dia buat tidak sekali2...semua orang yang pernah buat aku marah pun aku x simpan dalam hati...biar je la semua tu berlalu camtu....shah lak memang marah sesangat...hehe...sifat dia memang camtu...kalau dia tau sapa sure dia serang orang tu...jadi elok la tak tau kan?
kalau fikirkan sakitnya kepala ni mesti nak balas balik..tapi kan...aku kan hati baik...hahaha...

ke korang fikir camne?

Ulasan

  1. pendapat aku... medical first... kalau doc sendiri tak boleh nak kenalpasti apa penyakit ko.. cuba ko jumpa ustaz... better mintak ustaz dari orang yang kita tak tahu.. sebab ada kes dimana konon2 nak ubatkan tapi menambahkan ada la...

    cuma pendapat aku...

    BalasPadam
  2. ermm biarlah dikk
    yg buruk pasti akan dibalas buruk ..
    kita doa jer .. biar allah yg tentukan ..

    sekurang2 nya sigat pemaaf kita tuu dah banyak mengelak kita dari berdendam dan menambah dosa :))

    BalasPadam
  3. issskkk ita...
    sama lak ngan asben aku..
    tp dia lak..
    pas kul 1630..sampai pas maghrib.
    waktu keje aje plak tu..
    waktu cuti xde lak...

    last2 aku suh check bp..
    baru tau..bp dia tinggi maa.

    aku nih...cam farid cakap la..
    check doc dulu..
    n then kalo x ok gak..
    baru tgk 2nd choice..

    apa2 pun..ko sabar aje banyak..
    nama pun ketua kan..
    mesti la nak arah2 staf...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

Menu mudah untuk Potluck berserta resepi

assalamualaikum semua, tetiba hari ni asyik dengar perkataan 'potluck' je... ntah kenapa.... dalam group whatsApp orang cerita Potluck.... dalam facebook pun sama... minggu depan pun kalau tak ada aral akan ada majlis berkonsep potluck di tempat kerja aku ni haa... dan tetiba la jadi idea nak buat entri... haha....  sebenarnya potluck ni apa maksudnya? kalau ikutkan perkataan potluck ni berasal dari perkataan bahasa inggeris yang bermaksud satu perjumpaan di mana setiap seorang tetamu dalam perjumpaan ni menyumbang sejenis makanan setiap seorang... perkataan ni mula popular pada abad ke 16 lagi tau... menarik ek? tapi asalnya perkataan tu dimaksudkan untuk makanan yang disediakan untuk  tetamu yang pada asalnya tidak diundang atau tidak dijemput... kiranya rezeki untuk tetamu yang datang secara tiba-tiba la.... dalam inggerisnya "the luck of the pot"... tapi menjelang abad ke 19 menjadi popular pulak bagi tetamu membawa makanan sendiri dan akhirnya jadilah sa

Pengunjung