Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 29 Oktober 2013

Hukum Berurut dalam Islam dan Ungkep ubi kayu

assalamualaikum semua,

apa kabar korang hari ni? harap semuanya sihat-sihat je la ye... tengok tajuk kat atas tu macam takde kaitan je kan... tapi sebab aku nak cerita dua benda satu masa... kira ok je la ye...

aku terasa macam sakit belakang pulak dua tiga hari ni... banyak duduk masa buat biskut kot...
terasa nak cari tukang urut la... dapat urut satu badan ok gak kan? eh sesiapa yang tau hukum berurut dalam Islam ni ye? meh la kongsikan...

ini yang aku dapatkan dari pembacaan..

Apakah pandangan Islam terhadap rumah urut dan khidmat urut yang dijalankan? Perkara pertama adalah hukum asal kepada menyediakan khidmat urut.

Secara asasnya, hukum asal mengurut dan menjalankan khidmat urut adalah harus kerana membantu orang yang memerlukan. Tetapi dengan adanya penawaran-penawaran lain yang bercanggah dengan nilai Islam maka ia menjadi haram.
Apabila wanita mengurut lelaki atau sebaliknya, ia melibatkan hukum aurat dan pergaulan lain jantina dalam Islam. Sebagai seorang Islam, kita beramal dengan apa yang diajarkan dalam al-Quran bahawa lelaki dan wanita mempunyai batas pergaulan yang perlu kita patuhi. Kecuali dalam keadaan darurat, seperti tujuan berubat, orang patah atau sakit dan ketika itu hanya ada tukang urut lain jantina, maka Islam memberikan kelonggaran kerana adanya keperluan mendesak.
Inilah yang dimaksudkan dengan kaedah fikah, ‘Darurat mengharuskan yang haram’. Namun begitu persentuhan dan urutan itu pula sekadar tempat yang perlu sahaja.


Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0305&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm#ixzz2j4UyjdKU
© Utusan Melayu (M) Bhd 


maknanya dibolehkan tetapi kenalah jaga batas dalam proses mengurut tu sendiri..

ok...habis cerita berurut...

nak sambung kisah ungkep ubi pulak...

Ungkep ni nama sejenis masakan dalam sebutan jawa... walaupun aku ni anak jawa tapi aku tetap tak faham apa maksud ungkep tu... dan terpaksa la aku google cari jawapan dia...

Ungkep bermaksud tutup dalam jawa (sumber). sebab proses nak masak tu kita kena tutup sampai dia masak..
ada bermacam jenis ungkep yang selalu orang jawa masak... kalau mak aku sendiri selalu masak ungkep ayam, ungkep ayam kampung, ungkep hati lembu, ungkep daging...dan biasanya bahan utama adalah daging la... dan yang paling sedap ialah ungkep hati lembu... wallaaa... tak terkata bila makan... dan selalu menjadi hidangan wajib bila hari raya...

selalu dah aku buat ungkep daging atau ayam...tapi kali ni aku cuba buat sesuatu yang lain pulak.. ungkep ubi kayu..menarik kan?


Ungkep Ubi Kayu 


meh kita tengok resepi dia...

Ungkep Ubi Kayu
disediakan oleh Cerita Ita

Bahan-bahan:
2 kg ubi kayu (dibuang kulit dan dibersihkan, dipotong sepanjang 1 jari dan dibelah 4)
3 sudu besar Minyak masak
garam secukup rasa
gula secukup rasa (org jawa jarang letak)
air secukupnya

Rempah:
1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit
1 batang serai
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili padi ( kalau nak pedas boleh letak lebih)
Segenggam ikan bilis/udang kering (ini hanya untuk ungkep ubi sahaja)

Cara-cara:
1. Kisarkan kesemua rempah.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis rempah sehingga naik bau.
3. Masukkan garam dan gula..gaul rata.. kemudian masukkan ubi yang siap dipotong dan gaul rata.
4. Tutupkan kuali dan buka sekejap-sekejap untuk kacau supaya dia masak rata.
5. Tutup api apabila ubi sudah empuk.
6. Boleh dihidangkan ketika masih panas.
satu yang kena tau pasal ungkep... masakan ni ala-ala rendang ye.. dia kering sikit.. dan bila nak buat ungkep daging atau ayam kena tambah 1 cawan air asam jawa ok..

Cadangan hidangan:
1. Boleh dimakan begitu saja.
2. Boleh dimakan dengan nasi atau roti.

Selamat mencuba!


korang tengok je la ye...aku tolong makankan.. hehehe.. 


p/s sesiapa yang terasa nak order dari Koleksi Cik Ta elok buat cepat ye... Cikta rasanya nak bercuti panjang bulan depan... bukan nak kawin lagi ye... hehe.. tapi kena pegi kursus 3 minggu inshaaAllah...



Cerita menarik lain

14 Luahan Ikhlas:

Nurzakiah Hanum berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ubi2

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sedapnya ungkep!!

akak lak takut berurut.. dan segannnnn...

:: Mrs.Eady :: berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

alohhhh sedap nyer ungkeppp!

Nasuha berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

menarik...sy kali pertama dengar nama makanan ni..

Busyra Bt Takiyudin berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

first time dngar. ungkep. :)

ANIM berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ta, ubi ungkep akak simple je. tak de letak jintan, serai bagai. hanya tumis bawang merah, bawang putih dan ikan bilis aja. Perisakan dengan garam saja. Cam ita kata, gula tak letak:-))

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

anum sedap ni.. ;)

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hihi.. mmg sedap kak.. pedas2 sikit..

akak takut? abis tu lepas bersalin x urut kak?

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

izwa..mmg sedap..pass2 kat kwn2 opis..licinnn...

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

alhamdulillah..nasuha belajar sesuatu yg baru hari ni kan.. sedap ni..cuba la buat dgn daging.. tp ambik masa dalam 1 jam lebih gak kot..

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

busyra sama mcm nasuha kot.. bukan orang jawa..jadi tentu tak tau..yg jawa2 je biasa dengar.. :)

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kak anim, ada byk versi kan kak.. ada yang letak serai ada yg x letak.. tp kalau saya semua nak letak sebab nak rasa rempah tu yg sedap.. ala2 ubi goreng berempah tp lembut gitu...

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Salam rozita...k.atie pon suka berurut klu badan sakit2/tak sht TP biasanya k.atie urut kat dlm bilik..cuma k.atie ngan tukang urut jer didlmnnya.Lps urut mmg sedap rasa badan :)

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sedap kan kak... lama x berurut..last sekali masa dlm pantang..anak dah dekat 2 tahun dah pun..