Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

Ketupat segera dan sup kambing dan Ekspo Buku Islam 2013 Kuantan Pahang

assalamualaikum semua,

lama cerita ita tak berupdate minggu ni kan?

maaflah..betul-betul sibuk minggu ni..dari isnin ada mesyuarat..rabu dan khamis ada kursus...dan hari jumaat pun ada kursus di Salak Tinggi...sesiapa yang membaca entri sebelum ni pasti tau kan?

semalam pulak sibuk seharian dengan order biskut dan anak-anak...tapi sempat aku sediakan juadah ringkas untuk sarapan pagi, makan tengahari dan terus sampai ke makan malam...pelik ke? hahaha...tak pelik la untuk kami ni...juadahnya ialah ketupat segera dan sup kambing.. mudah kan? anak-anak lagi suka benda yang simple macam ni..jadi lebih baik penuhi selera anak-anak dari buat yang grand-grand tapi anak-anak tak makan pun...

semalam kami sempat gi tinjau Ekspo Buku Islam Pahang di Kuantan Parade..sebenarnya ekspo tu dah mula lama dah dari 27 September 2013 lagi dah mula dan akan habis esok 6 Oktober 2013..

aku cuma sempat berkunjung semalam je dengan shah dan anak-anak...alhamdulillah ekspo tahun ni lebih besar dari tahun lepas dan lebih bermanfaat..tahun lepas banyak booth cuma bagi diskaun paling tinggi pun 20 peratus je..tapi tahun ni lebih dari tu..ada yang beri 50 peratus dan ada jugak sehingga 70 peratus.. pilihan booth pun lebih banyak dari tahun lepas..

alhamdulillah..terima kasih pada penganjur..dapat la jugak satu dua buku yang bermanfaat untuk kami beli semalam dengan harga jauh lebih murah..sebagai contoh buku Hidup Bersyariat tulisan Ustaz Ismail Kamus cuma berharga RM44 je dari harga asal RM55.. kami beli poster dakwah dengan harga RM10 untuk 5 poster..

terlupa pulak nak cari buku tulisan Ustaz Pahrol...hari ni shah dah kerja malam tentu tak sempat nak pergi lagi..takpe la mungkin tahun hadapan pulak..inshaaAllah..

p/s Koleksi CikTa nak bukak booth menjual produk koleksi CikTa ni...berita lanjut kat KOLEKSI CIKTA

Ulasan

  1. Balasan
    1. tq... mmg sedap.. tak cukup sekali mkn.. hehe.. bertambah-tambah..

      Padam
  2. Ita, buku hidup bersyariat tu di karnival buku hasani , SP cuma rm39.90 je. dulu kak beli rm50 jugaklah harganya (2@3 tahun lalu)..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye ke kak? ruginya jauh dari SP... tp di sana mmg majlis ilmu byk kan? seronok..

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus