Follow my blog with Bloglovin

Isnin, 7 Oktober 2013

Kursus lagi..

assalamualaikum semua,

hari ni aku sibuk dengan kursus internal audit ISO.. esok pun ada lagi..

mesti korang nak kata kerja dengan kerajaan ni asyik kursus je kan..

nak buat macamana..kursus ni kitorg dah rancang sejak tahun lepas lagi..dan akhirnya alhamdulillah terlaksana jugak..

tapi bila dah kursus bermakna masa nak berblog terhad...dan aku dah semakin tak sihat..dah mula batuk-batuk sejak Sabtu..ini makin teruk dan suara pun dah hilang...kesian anak-anak tak dapat dengar suara ummi dia..

tadi pun adik husna siap bawak pamplet ada gambar tunjuk kat aku suruh bacakan..alahai anak.. badan pun dah rasa sengal-sengal je ni..macam nak demam pun ada..

dah amalkan minum air kayu manis dengan madu..alhamdulillah bagus untuk batuk tapi suara pulak yang makin tak ada..

nak tau petua legakan batuk dengan air kayu manis?

senang je..ada blogger ajar dulu..

caranya rendam kayu manis dalam segelas air panas..biar dia suam-suam baru letak sesudu teh madu..kacau dan minum..buat je bila terasa nak minum..inshaaAllah lega batuk tu..

ok..nak tidur dah ni..semoga hari esok lebih baik dari hari ini dari segi amalan dan kebaikan yang kita buat sepanjang hari..selamat malam..

p/s ada orang yang order untuk CikTa ChipNuts Kukiss untuk raya ni...ada yang nak tumpang order?.. order boleh ambik khamis ye..jumaat inshaaAllah cikta dah balik kampung..

Cerita menarik lain

1 Luahan Ikhlas:

Nurzakiah Hanum berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

assalamualaikum & very good moning