Follow my blog with Bloglovin

Jumaat, 29 April 2016

Resepi Mee Goreng Paling Sedap dan Mudah Di Dunia

assalamualaikum semua,

lama dah tak kongsikan resepi kan? banyak sebenarnya aku dah cuba selama tak kongsikan dengan korang dan hari ni tetiba je baru teringat nak kongsikan resepi mee goreng tersedap yang pernah aku rasa... memang best gila la.. sampai teringat-ingat tau... sebelum kongsikan resepi meh aku bagi korang terliur dengan gambar dulu... hahaha...lama dah aku tepek gambar ni kat instagram aku.. meh follow meh..

mudah dan sedap
mee goreng sedap dan mudah






aku ambik resepi asal mee goreng ni dari  blog popular Cik Mat Gebu si pemilik Dapur Tanpa Sempadan... dan aku kongsikan pulak di blog aku ni ye... meh kita tengok apa je bahan yang perlu... opppsss.. lupa bagitau.. resepi ni tak perlu guna garam atau bahan perasa lain tau.. memang rasa dia dah cukup dan sedang-sedang je semua rasanya... dengan kata lain memang sedap la!


Resepi Mee Goreng Sedap dan Mudah

olahan : Cerita Ita

Bahan - bahan

400-600 gram mee kuning ( kalau ikut resepi asal dia guna 600 gram tapi aku guna bungkus 400 atau 500 gram masih tak lari sangat rasa dia) - mee ni kena basuh dan toskan.. aku biasa buat celur sikit dengan air panas sebab nak bagi dia hilang rasa pahit mee kuning tu dan buat bila dah dekat nak masukkan je sebab taknak dia kembang sangat..
Udang ikut suka la berapa banyak nak letak
Sotong pun boleh jugak.. ikut jugak berapa banyak nak letak
Sayur-sayur macam sawi, taugeh boleh jugak masukkan dan potong sesiap sawi tu asingkan batang dan daun.
Tauhu - yang ni biasa aku ramas-ramas je untuk bagi hancur (mak aku punya petua - tauhu sedap hancur untuk mee kuning dan hiris nipis dan goreng untuk bihun)
*2 biji bawang besar 
*3 ulas bawang putih
*1/2 inci halia
*Lada kering dalam segenggam ( boleh juga ganti cili boh sesudu besar)
semua bahan bertanda * ni dikicar halus dalam blender
2 biji telur
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
4 sudu besar kicap lemak manis
1 kiub ayam
Tomato dipotong ikut suka
sedikit air







Cara-cara 


1. Letak minyak masak dalam kuali dalam sesenduk kecil pastu tumis semua bahan yang dikisar sampai naik bau..
2. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram dan kiub ayam. Kacau rata.
3. Masukkan batang sawi, udang, sotong dan biar seketika dalam seminit.
4. Lepas tu masukkan pulak telur dan biar seketika dan hancurkan. Lepas tu masukkan tauhu yang diramas-ramas hancur. kacau rata.
5. Masukkan kicap lemak manis, kicap pekat dan sedikit air. Biar air mendidih sekejap dan masukkan mee kuning. Kacau rata.
6. Biarkan mee masak dengan sekata. tambah air jika terlalu kering. 
7. Masukkan semua daun sawi, taugeh dan tomato dan kacau rata lagi.
8. Biar mee masak sekata dan rasa. jika ok dah boleh padam api dan hidangkan

Tips : 
1. kalau nak hidangkan dengan daun bawang, limau kasturi atau bawang goreng pun boleh.
2. kalau nak tambah air pada masakan yang sedang dimasak kena guna air panas supaya masakan tu sekata masaknya.

cuba tau nanti... rugi kalau korang tak cuba... aku sekarang macam ambik subkontrak dah kat rumah mak kalau balik kampung.. itu gara-gara mak dah rasa mee sedap ni la.. nampak tak dia punya penangan.. hahaha.. orang tak pandai masak pun gerenti la boleh buat..dan ini adalah salah satu cara aku kat rumah ni nak memikat selera anak-anak.. resepi mee goreng ni aku olah jadi resepi untuk megi goreng dan kue tiaw goreng jugak.. alhamdulillah anak-anak memang suka..


p/s pagi ni kami ada aktiviti mengindahkan taman di kala jerebu... ooo no...


Cerita menarik lain

6 Luahan Ikhlas:

Fida Fie berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Hai Ita...saya sangat tertarik dengan resepi mee goreng ni...sebenarnya resepi yang awak hantar ni hampir menyamai mee goreng yang selalu saya buat..
Cuma ada sedikit teknik yang berbeza dari saya yang menambahkan lg sedap mee ni
1. Masa masukkan minyak, goreng dulu setengah masak atau sekejap semua bhn2 seperti udang,so tong, ayam,fish cake or fish ball. Then angkat dan ketepikan. Tujuannya nak dapatkan air minyak gorengan yang sedap. Pastu barulah tumis bahan2 yang dikisar.
2. Tambahkan sedikit dalam banan-bahanyang dikisar seperti lada hijau besar 1/2 potong shj...setengah lagi simpan untuk dihiris. Lagi satu tambahkan secubit ikan Bills atau udang kering kisar.jgn byk sebab nti masin.ini boleh kurangkan penggunaan kiub ayam. Saya pon gunakan kiub tapi suku shj.
3. Masukkan secubit lada hitam.
4.lebih sedap guna chili kering yang dimesin sendiri dlm sesudu shj.
5.ketuk 2 biji telur ayam masa kita tengah gaul mee(Masa ni bahan-bahan yang di goreng separuh masak dan sayur dah terus di masukkan sekali) masukkan telur kat tengah2 kuali (buat cam lubang sikit or alihkan mee ketepi sikit)bila dah mcm separuh masak gaul cepat2 mee dan telur.
6.pastikan dia mcm basah sikit mee tu.tapi x terlalu berkuah.
7.tabur bawang goreng sikit,lada hijau separuh tadi, daun sup Dan daun bawang serta setengah biji tomato yg telah dipotong 2. Gaulkan.
8.saya gunakan kicap manis kipas udang,sos tiram, sos cili (hy sesudu)...

Perghhh...sy ramai yang puji mee goreng saya terlajak sedap...
Penyebab mee goreng awak sedap sebab bwg putih mmg kene byk dari bawang merah...halia itu membangkit selera dan menambah bau mee yg enak...itulah yg menambah2 tu...hehe

Semoga dapat memikat hati org yang tersayang dengan air tangan kita Ita....all the best..

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

terima kasih fida sudi share... alhamdulillah... saya suka sgt... insyaAllah nanti nak cuba..

nadhie wueen berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Wahh.. sedapnya. tqq for sharing :)

Adam berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Baca entry ni buat saya paling lapar di dunia.

Kak Long berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Mekasih sudi share.
Bole la try buat utk buke harini ^^

Uyul Rosli berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sedappnyaa ya allah kecur tgk
Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan