Logo KBBA

Jumaat, 28 Oktober 2016

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua,

aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang...


inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe


macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu..

aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum lagi sibuk dengan urusan ibubapa yang anakya sudah sedia ada dalam sekolah pada ketika itu.. nak pesan macam-macam la kan.. biasalah.. waktu tu je pun kadang waktu yang ada untuk berjumpa dengan cikgu.. aku pun macam tu jugak..

tapi alhamdulillah.. walaupun cikgu sedang sibuk tapi cikgu tetap meluangkan masa untuk ibubapa yang bermasalah macam aku pagi tu.. aku syukur sangat urusan dipermudahkan.. dan aku dapat berjumpa serta bercakap dengan cikgu.. dan dari cikgu tu aku dapat la tau macamana pemilihan dibuat dan apa sebenarnya punca permohonan kakak husna tidak berjaya..

Antara sebab permohonan ke Pra Sekolah tidak berjaya ialah :


1. permohonan terlalu ramai 

~ kalau mengikut info yang diberi oleh cikgu Pra hari tu.. tempat bagi murid 6 tahun cuma ada 75 tempat sahaja tetapi permohonan mencecah 92 permohonan.. jadi mereka ke tapis melalui kelayakan pulak..

2. kelayakan dari segi pendapatan keluarga

~ yang ni dia akan tengok pada pendapatan perkapita keluarga.. ada kiraan la keluarga mampu atau tidak..

3. kelayakan dari segi umur murid

~ biasanya Pra Sekolah akan dahulukan murid yang berumur 6 tahun dan jika ada kekosongan barulah mereka akan selitkan tempat kosong tu untuk kemasukan murid berumur 5 tahun pulak..

4. kelayakan mengikut tempat tinggal

~ haa.. yang ni pun diorang akan tengok jugak sebab akan ada je permohonan yang sebenarnya rumah mereka berada jauh dari sekolah yang dimohon.. dan tempat tinggal yang berdekatan dengan sekolah akan diberi keutamaan dulu..


dan selepas berbincang dengan cikgu Pra pagi tu, cikgu akhirnya mengambil nama penuh kakak husna dan cuba untuk buat rayuan.. menurut cikgu, sebenarnya kalau ikutkan dari permohonan yang berjaya pun belum tentu kesemuanya akan terima tawaran kemasukkan tu.. adakalanya ada ibubapa yang hantar permohonan ke 2-3 sekolah pada masa yang sama.. jadinya jika dapat mereka akan terima sekolah yang berdekatan dengan mereka.. ada jugak yang menolak disebabkan dah berpindah ke tempat lain.. 

jadinya kami kena la tunggu pulak keputusan rayuan selepas ni.. kalau ikut jangkaan cikgu aritu keputusan akan tau dalam akhir bulan Oktober bermakna minggu ni atau minggu depan.. apapun hati aku macam tak yakin je kakak husna boleh dapat mengisi kekosongan yang ada.. dari 92 permohonan tu mungkin ada yang lebih layak berdasarkan kategori no 2 yang aku tulis kat atas tadi.. apapun tak salah berdoa moga ada rezeki kakak husna kan....? mana la tau ada rezeki dia..

ada sesuatu yang agak mengusik hati dan terus rasa bersalah.. bila cikgu kata ada ibu bapa yang telah isi borang permohonan untuk 2-3 buah sekolah lain-lain pada masa yang sama.. terus terfikir kenapa la aku tak buat macam tu jugak.. sedikit sebanyak rasa menyesal tu timbul kerana kami mungkin akan menyebabkan anak kami ketinggalan dalam persaingan mengejar ilmu... maafkan ummi dan ayah ye nak...

Cerita menarik lain

5 Luahan Ikhlas:

Ummi Nani berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

mungkin ada rezeki lain yang allah swt dah aturkan, bnykkan doa

Norhayati Mohd Isa berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Rezeki ilmu itu dimana2 Ita..
Berdoa semoga Allah beri tempat yang terbaik utk Husna menuntut Ilmu..

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

insyaAllah.. ada rezeki yang lebih baik untuk kakak

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

insyaallah.. itu yg kami pesan pada diri sendiri jugak.. tp sebab kita yang tentukan hidup anak2 di kala usia ni.. terkilan tu tetap ada..

Kakzakie Purvit berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Kalau yg dah pernah kena atau ada terdengar kisah macam ini meamng tahu Ita. Tapi yg tak pernah memang beranggapan kalau abg dpt kenapa tak kakak.

Semoga harapan kakak Husna tercapai. Kesian pulak kalau tak dapat kan.

Tapi itulah biasa memang dia utamakan parents yg pendapatan rendah dulu.