Follow my blog with Bloglovin

Ahad, 4 Disember 2016

Cerita Anak Demam .. Cuit-cuit ke usik-usik ?

assalamualaikum semua,

baru ni kan aku bawak kakak husna pergi pejabat pasal masalah bawah mata dia yang tetiba je naik bengkak tapi tak tau apa puncanya tu.. tapi semua orang sibuk nak ikut termasuklah abg ngah.. abg long pulak nak tinggal kat transit aje.. tapi tetiba pulak abg ngah kena demam masa kat pejabat aku.. dah gelabah jugak aku.. ye la ubat demam pun tak bawak untuk sedia keadaan macam ni kan..


sedih je muka budak demam



dan aku bagitau shah tapi dia tengah sibuk pulak nak bawak abg ngah pegi klinik.. jadinya aku cuma jelum je la kepala dan badan dia dengan kain basah sampai demam tu agak kebah sikit.. sebenarnya memang abg ngah dah mula selsema dan batuk sejak dua tiga hari lepas.. tapi nampak agak terkawal dan suhu badan pun tak panas jadinya kami rasa ok je la.. sampai tetiba pulak jadi demam gini .. panik la jugak..

mujur jadinya masa dengan aku kan.. jadinya sebagai mak ni pepandai la nak bagi badan anak tu tak panas sangat.. usaha je la apa-apa yang boleh.. budaknya pun sedap je tidur.. mungkin jugak sebab tak tahan duduk dalam bilik yang ada penghawa dingin agaknya..

dan balik dari kerja petang tu kelam kabut kami bagi dia makan dan bagi ubat.. kononnya nak bawak abg ngah ke klinik lepas maghrib malam tu ke.. tapi alhamdulillah agak lega sikit bila menjelang jam 8 malam.. bila tanya abg ngah lepas tu pulak dia pun tak nak dah pegi klinik bila panas badan dia dah surut dan boleh bermain dengan adik beradik yang lain.. 

disebabkan kami dah rancang nak keluar lepas maghrib pada awal lagi maka aku tak sempat nak masak.. dan bila dah tak jadi tu shah ajak la jugak makan kat luar.. dan budak demam tu pulak mintak nak makan KFC.. kesian pulak menengoknya.. 

tapi sempat la aku cakap masa naik kereta tu.. 

aku : kita boleh pegi makan kat luar tapi kita je la.. abg ngah tak boleh..
abg ngah : kenapa pulak ?
aku : sebab abg ngah demam.. kena la makan ubat dan rehat je..
abg long : saya tau ummi cuma cuit-cuit abg ngah je kan ? (sambil berbisik)
aku : cuit-cuit ? hahaha.. usik-usik la nak.. bukan cuit-cuit..
abg long : eh tak sama eh... ?

lepas tu dah pakat gelak je la.. sambil nak baca doa naik kenderaan pun lupa tau...abg long.. abg long... 

Cerita menarik lain

4 Luahan Ikhlas:

Tanpa Nama berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Mesti comel je kan dgr dia ckp cuit-cuit.. Moga sempat buh Abg ngah..

husna zahidi berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hahaha comel je cuit-cuit.. yakin je abg long..

Fatin Days berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Comel je anak-anak tersalah guna perkataan kan? Buat kita tergelak bila dengar :)

http://www.fatindays.com

Jun Zie berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

semoga cpt sembuh =)
smgt da abg ngah dgr mkn kat luar =D