Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 29 November 2016

Hari Konvokesyen PASTI ILMI 2016

assalamualaikum semua, 

hari ahad lepas kami semua luangkan masa kat Inderasempurna Resort di Inderasempurna Kuantan untuk hari konvokesyen PASTI ILMI tahun 2016.. dan tahun ni merupakan tahun terakhir anak-anak berada di PASTI ILMI ni.. sebab tahun depan kakak Husna akan ke Tabika Perpaduan dan abg ngah akan naik darjah satu insyaAllah di SK Kempadang...


konvokesyen PASTI ILMI


tapi walaupun dah tak menyambung pelajaran di PASTI ILMI lagi, anak-anak akan tetap transit di PASTI sebelum ke sekolah KAFA AL-FAWWAZ pada sebelah pagi dan petang.. ini untuk abg ngah.. dia akan ke KAFA dulu pada sebelah pagi kerana bersekolah kebangsaan sesi petang.. dan abg long masih meneruskan persekolahan macam tahun ni dalam darjah 4 pulak nanti.. untuk kakak husna.. kami masih merancang rancangan lain untuknya.. nanti la aku ceritakan pulak..

sebenarnya anak-anak memang dah tak sabar nak sampai ke hari penyampaian sijil dan konvokesyen ni.. hari- hari menyebut.. asyik la bertanya soalan macam.. bila harinya.. tinggal berapa hari lagi ? dan aku kena jawab soalan tu tiap kali.. haha.. bertabah la..

dan masa hari tu tiba pun dah bingkas bangun pagi-pagi untuk ke konvo.. gembira agaknya hati.. dan sibuk dalam kereta sepanjang perjalanan ke resort tu menghafal nyanyian yang akan diorang persembahkan nanti.. berbunga hati mak bila tengok anak-anak seronok macam tu..

aku pulak dah sesiap masak awal sebab perancangan kami akan terus balik ke rumah mak shah bila abis je acara nanti.. lauk hari tu special sikit disebabkan kami baru balik pasar besar pagi semalamnya.. ada kerang rebus dan siput sedut masak lemak.. best kan ? haha.. tapi lupa ambik gambar...

mari sambung cerita konvo.. memula kakak husna buat persembahan.. lagu Zikir dari Heliza Helmi.. kakak tak berapa hafal sangat lagunya.. tapi kakak husna tetap menyanyi dan menari dengan gembira.. macam biasa la..

dan sampailah giliran anak-anak 6 tahun naik pentas untuk ambik sijil.. masa ni hati abg ngah tak berapa best sebab baju dia lain dari lain.. jubah untuk budak lelaki sebenarnya warna hijau tapi disebabkan dah lambat sampai cuma tinggal jubah merah maka abg ngah disarungkan dulu jubah warna merah ni.. sedih rupanya dia.. hehe..


gambar dengan jubah merah



dan sebenarnya bila nak naik pentas cikgu dah tukarkan dengan pelajar lain yang dah abis giliran.. alhamdulillah.. selamat la dapat baju 



dah ada jubah hijau pulak.. hehe.. 


 

Bergambar dengan Adun Tg Lumpur Ustaz Rosli Jabar - siap ustaz betulkan kopiah tu lagi..




selesai penyampaian sijil ada pulak persembahan dari pelajar 6 tahun dengan 2 lagu.. yang aku tau cuma lagu kami sayang cikgu tu je.. aku sebagai ibubapa pun terasa sebak pulak bila dengar anak-anak 6 tahun ni menyanyi.. lagikan cikgunya agaknya.. maklum la tahun depan dah tak berjumpa lagi.. semoga anak-anak ni akan ingat sentiasa jasa antara guru terawal yang mendidik mereka ini..

tapi hari ni sangat mencabar sebenarnya.. pertama sebab kena kawal adik hadi yang sangat baik pada hari ni.. rata dia pegi wei.. huhu.. sampai ke depan pentas pun dia jengah.. adeh adik.. tengok je la gambar bawah ni untuk bukti kecergasan adik.. 

adik hadi memanjat kerusi



dan cabaran kedua ialah kakak husna, bangun-bangun je dari tidur..  bawah mata kakak husna dah bengkak.. entah digigit apa masa tidur agaknya.. ada kesan gigitan tapi kami tak dapat agak apa yang menggigit.. dan aku cuma letak minyak pati batook ori je untuk legakan kawasan gigitan tu.. kesian pulak tengok rupa kakak macam ni bila naik pentas.. hampir-hampir dah dia tak mau naik pentas petang tu.. lepas aku pujuk dia ok sikit...


mata kakak husna yang bengkak



dan anak-anak sibuk pulak bila nampak orang semua sibuk mandi manda kat kawasan resort ni.. memang ada kolam disediakan dan boleh masuk bukan hanya untuk penginap hotel malahan untuk pengunjung luar jugak.. bayaran cuma rm9.99 untuk dewasa dan rm6.99 untuk kanak-kanak.. menarik kan ? 


ok la kan.. gambar dari website Inderasempurna Resort


tapi disebabkan kami nak berkejaran balik ke kampung petang tu terpaksa la cakap dengan anak-anak kita akan pegi satu masa lain esok-esok.. dan tahun ni takde gamabr guru PASTI yang kami sempat ambik.. kami bergerak masa majlis belum selesai sepenuhnya lagi.. 

terima kasih diucapkan atas jasa baik warga PASTI ILMI terutama barisan guru-guru yang sentiasa bersabar dalam mendidik anak-anak kami mengikut landasan Islam.. semoga Allah merahmati dan memberi balasan setimpal atas jasa baik cikgu ini.. amin..

Cerita menarik lain

2 Luahan Ikhlas:

hainom OKje berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Wah...legalah hati ibu, anak anak dah grad ...lepas ni boleh cari kerja dah Ita haha...

Biasalah Ita budak lelaki yg tgh melasak tu. Mmg kena sabar jerlah mak paknya menjaga.

Alahai kesian mata kakak...kena apa agaknya bengkak cenggitu yeh. Gigit lipas ke Ta?

Unni Anje berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wow dpt coklat.. bestnya dpt mcm ni