Follow my blog with Bloglovin

Sabtu, 30 April 2016

Selamat Hari Veterinar Sedunia

assalamualaikum semua,

rasa macam-macam bila menulis entri ni...Entri mengenai hari istimewa... Hari Veterinar Sedunia...rasa yang paling penting dan sangat menyerlah ialah rasa sangat bangga berada dalam kerjaya yang jarang sangat orang nak pilih ni...kecintaan kepada kerjaya ni insyaAllah akan berada dalam hati sampai bila-bila... biarpun banyak halangan dan dugaan...apa pun yang berlaku niatkan kerjaya ni untuk Allah dan untuk pembangunan umat Islam sejagat... semoga dipermudahkan segala..



hari veterinar sedunia
Hari Veterinar Sedunia



kalau setiap tahun kerjaya lain menyambut hari kerjaya masing-masing dengan pelbagai cara sambutan.. tak terkecuali buat kami yang berada di bidang veterinar ini.. kalau di Malaysia sambutannya tetap dijalankan walau tidak mengikut tarikh yang tertentu tapi di dunia telah disambut pada hari terakhir pada bulan April setiap tahun...namun sambutannya akan dibuat di Perancis pada penghujung bulan Mei 2016.. dengan temanya pada tahun ini  :

CONTINUING EDUCATION WITH A ONE HEALTH FOCUS


tema ini dipilih untuk menghargai jasa yang ditunjukkan oleh veterinarwan yang memainkan peranan dalam kesihatan serantau...dengan adanya pelbagai cabaran penyakit terutamanya penyakit yang berpunca dari haiwan dan berpindah kepada manusia atau lebih dikenali sebagai penyakit zoonotik.. tema ini dipilih untuk mengenalpasti para veterinarwan yang diberi latihan untuk meningkatkan kepakaran mereka untuk menghasilkan fokus kesihatan yang satu..sebagai contoh penyakit zoonotik, kerintangan antibiotik (antibiotik resistant), keselamatan makanan dan juga cara mereka berkerjasama dengan sektor lain terutamanya perubatan manusia bagi mengawal semua isu ini..

sambutan hari veterinar sedunia


dan sempena hari yang istimewa ni ada sedikit ucapan buat semua yang berada di bidang yang sama..buat rakan-rakan seperjuangan yang membaca blog ini secara senyap... dan juga rakan-rakan seperjuangan yang rajin memberi komen...juga buat raka-rakan seperjuangan yang juga seorang blogger..Eintan Nurfurzie... terima kasih kerana anda selalu berada di hadapan hadapan bagi menghadapi apa jua bencana... terima kasih atas kasih sayang yang anda limpahkan kepada semua haiwan yang anda rawat... terima kasih atas semua usaha anda untuk menyelamatkan nyawa insan yang tidak mampu bersuara...  Selamat Hari Veterinar untuk Anda!

APA JUA YANG ANDA LAKUKAN, LAKUKAN IA DENGAN SEPENUH HATI KERANA 'MEREKA' SENTIASA MEMERLUKAN ANDA


dan untuk pembaca lainnya..terutama pencinta haiwan.. terima kasih kerana sudi menyokong kami dalam apa jua cara... tanpa pencinta haiwan siapalah kami.. Selamat Hari Veterinar juga untuk anda!


p/s aku dah kat kampung menikmati suasana bersama keluarga.. ada baby baru bersama kami :)





Jumaat, 29 April 2016

Pokok Dukung Anak dan khasiatnya

assalamualaikum semua,

terlebih rajin hari ni nak ceritakan khasiat satu pokok yang biasanya kehadirannya tak disedari oleh orang pun... Pokok yang aku maksudkan adalah pokok dukung anak.. ada jugak orang panggil pokok kelek anak...kalau ejaan lama jadi pokok dokong anak... eh ye ke? hahaha... memandai je ita... tapi ejaan tu tak menjadi hal la.. yang penting kena ceritakan apa khasiat pokok ni dulu... yang ni memang patut kongsi..

tapi sebelum kita nak kongsikan khasiatnya dah tentu kita kena kenal dulu pokoknya kan? jadinya aku adalah buat sedikit kajian dari google dan blog Khasiat herba yang banyak membantu... aku rumuskan je la hasil carian ok...

pokok kelek anak
pokok dukung anak - gambar google


Pokok Dukung Anak
Nama Saintifik: Phyllanthus Niruri
Famili: Eurphorbiaceae
Nama Biasa: Dukung Anak
Nama lain: Kelek anak, meniran(indonesia),Bhuaionla, kiranelligida(india)
Lokasi dijumpai: Di tepi longkang dan di kawasan pertanian

asalnya dulu orang banyak ceritakan kegunaan daunnya pokok dukung anak ni untuk kes bayi yang mengalami demam kuning atau jaundice.. cara yang digunakan adalah memandikan bayi yang kena demam tu dengan air rebusan pokok dukung anak ni.. aku sendiri tak pernah cuba jadi tak tau la menjadi ke tak... tapi menurut blog khasiat herba memang ada kajian yang dibuat untuk mengkaji fungsi pokok ini melindungi hati..
ada jugak khasiat lainnya yang digunakan orang untuk merawat luka, asma, dan hepatitis B.

Banyak jugak rupanya khasiat pokok yang cuma tumbuh melata dan selalunya orang tak perasan pun ianya wujud ni... dan hari ni aku nak cuba kongsikan khasiat yang mungkin masih ada yang orang yang tak tau... khasiat pokok dukung anak dalam merawat penyakit darah tinggi...

yang ini sebenarnya hasil dari percubaan mak aku sendiri la... yang mana kalau korang nak tau mak aku adalah penghidap penyakit 3 serangkai yang amat popular di Malaysia... dah puas jugak berulang alik ke hospital... Penyakit 3 serangkai yang mak aku tanggung adalah kencing manis, darah tinggi dan jugak sakit jantung... buat masa ni mak memang kena makan semua ubatan mengikut jadual...

sejak tahun lepas mak dah mula rasa tak sedap badan akibat penggunaan ubat yang banyak.. jadi mak aku cuba cara perubatan lain yang boleh... antaranya mak pernah minum susu 'mahal'...minum jugak pati delima... dan berbagai herba lain la... dan yang terbaru mak cuba cadangan dari kawan dia yang suruh dia cuba minum air rebusan dari pokok dukung anak...

ini sepokok dengan akarnya

nampak tak anak yang didukung tu?  ;)


resepi ramuan pokok dukung anak bagi penyakit darah tinggi yang mak aku cuba ni sangat senang sebenarnya... korang ambik je pokok dukung anak tu sepokok dengan akar-akarnya sekali..cuci bersih dan kemudiannya rebus bersama 2 gelas air... rebus sehingga air tu jadi segelas air dan minum la air tu selepas disejukkan.. tapi ada pesanan dari mak aku.. Cik Jemah pesan yang air rebusan ni cuma boleh diminum setiap 2 minggu sekali je... bukan apa..risau nanti darah turun terlampau pulak kang...

dan setakat ni alhamdulillah lepas mak cuba darah tinggi mak dah kurang banyak dari sebelum ni.. kalau dulu doktor suruh mak makan ubat darah tinggi sampai 1 1/2 biji sekali makan.. sekarang ni cuma tinggal 1/2 biji je sekali makan.. nampak berkesan dan bagus untuk mak..alhamdulillah.. setelah sekian lama mak mencari penawar...

bagi yang nak cuba...silakan... tapi ingatlah setiap ubat tu bukanlah ubat tu semata yang menyembuhkan tapi Allah jualah Yang Maha Penyembuh.. ubat tu merupakan usaha kita untuk sembuh tapi untuk sembuh bukan semata-mata bergantung dengan ubat... semoga ada yang dapat manfaat dalam perkongsian ini ye... kalau ada orang yang tau pasal tumbuhan ini dan kesan sampingannya tolong kongsikan juga ye... tolong tinggalkan komen...maaf jika salah info yang aku beri ni.. aku bukan doktor tumbuhan... cuma doktor haiwan picisan.. huhuhu...


p/s alhamdulillah gotong royong berjalan lancar... insyaAllah boleh dapat hasil bumi percuma selepas ni... hehehe..

Resepi Mee Goreng Paling Sedap dan Mudah Di Dunia

assalamualaikum semua,

lama dah tak kongsikan resepi kan? banyak sebenarnya aku dah cuba selama tak kongsikan dengan korang dan hari ni tetiba je baru teringat nak kongsikan resepi mee goreng tersedap yang pernah aku rasa... memang best gila la.. sampai teringat-ingat tau... sebelum kongsikan resepi meh aku bagi korang terliur dengan gambar dulu... hahaha...lama dah aku tepek gambar ni kat instagram aku.. meh follow meh..

mudah dan sedap
mee goreng sedap dan mudah






aku ambik resepi asal mee goreng ni dari  blog popular Cik Mat Gebu si pemilik Dapur Tanpa Sempadan... dan aku kongsikan pulak di blog aku ni ye... meh kita tengok apa je bahan yang perlu... opppsss.. lupa bagitau.. resepi ni tak perlu guna garam atau bahan perasa lain tau.. memang rasa dia dah cukup dan sedang-sedang je semua rasanya... dengan kata lain memang sedap la!


Resepi Mee Goreng Sedap dan Mudah

olahan : Cerita Ita

Bahan - bahan

400-600 gram mee kuning ( kalau ikut resepi asal dia guna 600 gram tapi aku guna bungkus 400 atau 500 gram masih tak lari sangat rasa dia) - mee ni kena basuh dan toskan.. aku biasa buat celur sikit dengan air panas sebab nak bagi dia hilang rasa pahit mee kuning tu dan buat bila dah dekat nak masukkan je sebab taknak dia kembang sangat..
Udang ikut suka la berapa banyak nak letak
Sotong pun boleh jugak.. ikut jugak berapa banyak nak letak
Sayur-sayur macam sawi, taugeh boleh jugak masukkan dan potong sesiap sawi tu asingkan batang dan daun.
Tauhu - yang ni biasa aku ramas-ramas je untuk bagi hancur (mak aku punya petua - tauhu sedap hancur untuk mee kuning dan hiris nipis dan goreng untuk bihun)
*2 biji bawang besar 
*3 ulas bawang putih
*1/2 inci halia
*Lada kering dalam segenggam ( boleh juga ganti cili boh sesudu besar)
semua bahan bertanda * ni dikicar halus dalam blender
2 biji telur
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
4 sudu besar kicap lemak manis
1 kiub ayam
Tomato dipotong ikut suka
sedikit air







Cara-cara 


1. Letak minyak masak dalam kuali dalam sesenduk kecil pastu tumis semua bahan yang dikisar sampai naik bau..
2. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram dan kiub ayam. Kacau rata.
3. Masukkan batang sawi, udang, sotong dan biar seketika dalam seminit.
4. Lepas tu masukkan pulak telur dan biar seketika dan hancurkan. Lepas tu masukkan tauhu yang diramas-ramas hancur. kacau rata.
5. Masukkan kicap lemak manis, kicap pekat dan sedikit air. Biar air mendidih sekejap dan masukkan mee kuning. Kacau rata.
6. Biarkan mee masak dengan sekata. tambah air jika terlalu kering. 
7. Masukkan semua daun sawi, taugeh dan tomato dan kacau rata lagi.
8. Biar mee masak sekata dan rasa. jika ok dah boleh padam api dan hidangkan

Tips : 
1. kalau nak hidangkan dengan daun bawang, limau kasturi atau bawang goreng pun boleh.
2. kalau nak tambah air pada masakan yang sedang dimasak kena guna air panas supaya masakan tu sekata masaknya.

cuba tau nanti... rugi kalau korang tak cuba... aku sekarang macam ambik subkontrak dah kat rumah mak kalau balik kampung.. itu gara-gara mak dah rasa mee sedap ni la.. nampak tak dia punya penangan.. hahaha.. orang tak pandai masak pun gerenti la boleh buat..dan ini adalah salah satu cara aku kat rumah ni nak memikat selera anak-anak.. resepi mee goreng ni aku olah jadi resepi untuk megi goreng dan kue tiaw goreng jugak.. alhamdulillah anak-anak memang suka..


p/s pagi ni kami ada aktiviti mengindahkan taman di kala jerebu... ooo no...


Khamis, 28 April 2016

Tragedi Kemalangan Kami 26 April 2016

assalamualaikum semua,

terasa nak tulis pasal kemalangan ni dari hari pertama ianya berlaku... tapi akhirnya ada kekuatan cuma pada hari ketiga selepas kejadian... alhamdulillah masih lagi diberi peluang melihat dunia dan insan tersayang...

pada pagi hari kejadian kami keluar rumah seperti biasa dengan bawa motor dari rumah... rutin dimulakan dengan menghantar kuih pau ke kedai bersama abg long ke sekolah... kemudian shah pusing semula ke rumah dan ambik kesemuanya sekali untuk dihantar dengan kereta.. tapi pada hari kejadian tu kami terpaksa hantar anak-anak dengan motor juga kerana adik hadi dah buat drama berguling di dalam garaj sebab nak naik jugak motor ke taska...

kalah dengan drama anak..maka kami terus naikkan adik hadi, abg ngah dan kakak husna ke atas motor bersama beg untuk dihantar ke sekolah masing-masing... selesai je menghantar anak-anak kami terus menuju ke tempat kerja masing-masing... memang jadi rutin shah akan hantar aku dulu ke tempat kerja sebelum dia sendiri ke tempat kerjanya...

jam sudah menunjukkan hampir ke pukul 8 pagi...kami bergerak di kelajuan dalam 50 ke 60 km sejam di atas jalan Tanjung Lumpur.. dan setibanya di hadapan Restoran Anak Ikan Bakar Petai segalanya berlaku... sekelip mata tayar belakang motor kami kempis secara tiba-tiba... aku boleh rasakan ada yang tak kena... kalau selalunya kalau jadi perkara macam ni aku akan terus laju bertanya... kenapa bang? ...tapi tidak hari ni... fikiran jadi kosong...aku terus peluk shah kuat-kuat dan bersedia dengan apa saja yang nak terjadi...

mujur shah tak panik... dia cuba layankan gerakan motor selepas melepaskan pulasan minyak... kami dah rupa orang yang sedang berlumba di litar dan sedang hilang keseimbangan diri... kami ke kiri dan ke kanan di atas jalanraya yang sedang sibuk dengan kenderaan nak ke tempat kerja macam kami jugak... pemegang motor tu dah makin jejak ke atas jalan sambil cuba shah stabilkan... Allah... tak terbayang kalau kami jatuh ke atas jalan tu dan kereta yang sedang laju menanti di belakang kami...

dan akhirnya... shah dah hilang kawalan... motor kami menghala ke tepi jalan dan terus melanggar batu yang terdapat di tepi jalan tu... mujur juga ada batu.. kalau tak rasanya kami akan terus melanggar penghadang besi di tepi jalan tu...


di tempat kejadian - nampak penghadang besi tu.?



dan selepas kejadian tu ada seorang hamba Allah yang bekerja dengan TNB datang menolong... dia menolong mengangkat dan mendirikan motor... namun ayatnya membuat kami berdua kemudiannya terdiam lama...

" Abang ok?... saya perhati abang dari tadi... lama dah abang layan je tayar tu... mujur abang boleh layan.. kalau tak jatuh lama dah bang... pastu kereta belakang abang tadi laju pulak tu..."

Allah... hati tak terkata apa lagi dah... terus bersyukur yang amat...Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu...

dan Allah mudahkan kami lagi... tak sampai pun setengah jam kami menunggu di tepi jalan adik ipar shah dan kawan sekerja shah dah datang menolong... kawannya menolak motor kami sampai ke stesen Petronas berdekatan dan adik ipar shah hantar kami berdua balik ke rumah.. dan disebabkan aku tak nampak kecederaan serius berbanding shah maka aku la yang bawak kereta untuk kami ke klinik pagi tu jugak...

dan syukur juga kerana kami cuma cedera ringan...shah tertindih motor pada lutut sebelah kiri dan terlipat tapak kaki kirinya... dan lebih teruk sebab lutut kiri tu pernah ada kesan kemalangan terdahulu masa dia bujang... dan alhamdulillah aku cuma melecet di lutut kiri dan terkehel di tapak tangan kanan je sikit.. syukur...bila dah reda dari debar sikit tu...kami sempat welfie di tempat bersejarah tu... (#sila jangan kecam kami)..dan tengahari tu aku teman shah makan ikan pais patin di Restoran Mabiq Tanjung Lumpur...

gambar orang masih berdebar..


Patin Pais di Restoran Mabiq



lega yang amat bila masih dapat melihat wajah-wajah tersayang lagi hari tu... bila bagi tau anak-anak, ummi dan ayah jatuh motor pagi tadi semua berebut-rebut nak tau cerita.. terpaksa la ummi bercerita dengan penuh gayanya petang tu... dan masing-masing nak tau kat mana kami jatuh tadi.. maka terpaksa la buat rombongan melawat kawasan pulak dah... tapi paling sentap ayat abg long la... nak tau apa dia cakap?

"Ummi...saya tengah rasa magic ni...Ummi dengan ayah jatuh tapi ummi tak mati eh?"

huhuhu... ko rasa? ini kes banyak sangat tengok berita kemalangan la ni...

dan kisah ini aku ada ceritakan di facebook... terima kasih pada yang mendoakan...



p/s dah masuk hari kedua baru badan rasa sengal dan lebam mula keluar di hari ketiga...sakitnya...









Rabu, 27 April 2016

3 Serangan Fungus, Diagnosis dan Rawatan

Assalamualaikum semua, 

Serangan Fungus 1


hari ni nak kongsikan pengalaman kisah benar yang berlaku pada diri aku sendiri ni... aku sebenarnya dah banyak kali terkena serangan kulat ni... serangan kulat atau sering dipanggil fungus..

kali pertama kena dulu adalah ketika aku baru je bekerja di jabatan veterinar ni... dan masa tu aku duduk berjauhan dengan shah.. aku ditempatkan di kota bharu pada awal perkhidmatan... dan masa tu aku kena sakit telinga secara tiba-tiba... sakitnya macam ada benda masuk dalam telinga dan mengigit-gigit dalam telinga tu... puas la aku suruh shah tengok dan intai apa yang ada dalam telinga masa tu... sebab sakitnya cuma Tuhan je yang tau...

dan selepas diagnosis oleh "doktor pakar" shah tak berjaya aku ke HTAA jugak untuk check... dan... ini part paling seram... ada fungus hidup riang gembira dalam telinga aku masa tu... aduhai.. aku nak taip semula cerita ni pun rasa meremang ok... dan doktor sahkan ada kumpulan Aspergillus spp. yang membiak dengan jayanya... 

contoh fungus atas media - ihsan wiki

apa dia Aspergillus spp. ni?

ianya adalah sekumpulan fungus yang boleh terdapat di mana-mana dalam apa jua cuaca di dunia... Kalau dalam haiwan biasanya akan menyebabkan masalah penafasan... Dan puncanya daripada sumber makanan yang telah tercemar dengan Aspergillus spp. ni.. 


dan selepas dari pengesahan doktor tu aku pun diberi pelbagai rawatan macam sedutan dalam telinga atau dipanggil suction (ketahuilah bahawa ianya sangat...sangat menyakitkan ok... :(  )...aku jugak diberi ubat penahan sakit dan ubat titis telinga bersifat antifungal.. alhamdulillah ianya sangat membantu...keadaan aku pulih dalam masa tak sampai seminggu... ini kejadian tahun 2006... 

aku percaya mungkin kerja-kerja rencam aku masa tu mempengaruhi kot macamana aku boleh dapat penyakit Otomycosis ni.. aku bekerja dengan bermacam spesis haiwan.. mungkin ada satu dua yang boleh menjangkiti manusia bila keadaan manusia itu sendiri mengizinkan.. dengan kata lain selalunya bila kita dalam keadaan tertekan berbagai penyakit pun boleh datang...masih boleh ingat lagi ayat doktor pada masa tu... "Nasib baik awak datang awal..kalau tak gegendang telinga awak dah bocor dah"...huhuhu...

inilah rupa dalam telinga aku masa tu.. -google

Serangan Fungus 2


dan jangkitan kedua yang aku dapat adalah pada tahun 2007... tak sampai setahun dari jangkitan pertama... kali ni lebih menyeramkan... aku kena sakit mulut yang berpanjangan... masa ni aku baru je dapat pindah dari Kota Bharu ke Kuantan... kononnya seronok la kan dapat duduk dengan suami yang selama ni berjauhan... tapi bila diuji sakit mulut macam ni.. nak senyum pun payah wooo... 

aku kena sakit tu dekat 2 minggu jugak la... berasa sakit mulut nak telan dan kunyah makanan.. dan di akhir jangkitan tu aku memang dah sampai tahap tak boleh bercakap serta makan dan minum... aku cuma minum susu khas untuk orang yang tak boleh makan dan minum yang biasanya digunakkan di ICU je tu... tapi tak boleh nak cakap azabnya bila nak menelan susu tu walaupun aku gunakan straw pada masa tu...

setelah 3 kali berulang alik ke klinik dalam masa 2 minggu tu..dan diberi pelbagai antibiotik dan aku sampai tahap hanya menggunakan kertas dan pen untuk bercakap...abg long pun sampai dah tahap demam-deman sebab tak dengar suara ummi dia....akhirnya di minggu terakhir tu aku diminta untuk buat ujian saringan HIV.... ajer... ko rasa tak seram ke? maunya kan... aku dah ketar-ketar lutut je tau bila tau kena buat ujian saringan HIV pulak... masa tu hati memang tertanya-tanya la... kenapa? kenapa? kenapa? aku dah la sakit mulut...disuruh pulak buat ujian saringan HIV... bagi je la ubat je kan... bukan aku nak kahwin baru pun sampai nak kena buat ujian saringan HIV bagai...

dan ujian saringan HIV pun dijalankan...bukan sekali ok... 2 kali ok... setelah ujian saringan HIV dan dijalankan dan keputusan adalah negatif baru la doktor nak berbincang dengan aku apa sebab musababnya... dan akhirnya aku dapat la tau jawapannya... doktor kata mereka dapat asingkan fungus dari kumpulan Candidia spp. dari mulut aku... masa tu aku cuma terlopong ok... haaa... Candidia spp. boleh tumbuh dalam mulut aku? huwaaa... macamana ni?

Candidiasis - google
biasa kita tengok keadaan ni dalam kes budak kecik atau selalunya bayi bawah usia 2 tahun kena macam ni kan.. ? atau selalunya orang panggil oral trush.. aku pernah ceritakan masa abg ngah kena dulu... anak-anak aku memang semua la dikatakan kena...

apa dia Candidia spp ni pulak?

Candidia spp. ni adalah sejenis fungus yang hidup di merata dunia jugak tapi ianya jarang-jarang menyebabkan penyakit pada manusia kecuali orang yang ada masalah dengan ketahanan badan mereka macam pesakit immunocompromised (maaf tak tau nak terjemah dalam melayu) seperti pesakit yang menghidap HIV...

ok...nampak tak kesinambungan kisah ujian saringan HIV dengan kes sakit mulut aku yang disebabkan oleh Candidia spp. ni?... Kalau penyakitnya dipanggil Candidiasis... dan akhirnya aku sembuh dari penyakit ni dengan diberi rawatan antifungal selama seminggu... ubat melalui mulut yang aku kena minum dan berkumur selama paling kurang seminit dan telan... alhamdulillah aku sembuh dalam masa tak sampai 4 hari pun.. 

mula-mula nak berkumur tu memang rasa sakit tu jangan cakap la... Tuhan je yang tau... rasa nak luruh semua gigi ni tau... dan ada jugak ayat doktor yang mencuit rasa masa tu..."Nasib baik dapat kesan awal dan diberi rawatan awal.. kalau tak dengan gusi awak pun abis..." ...huwaaaaa...

Serangan Fungus 3


dan kes yang terbaru berlaku ni pulak... ingat tak aku ada cerita kisah aku ambikkan Daun Betik untuk rawatan demam denggi shah dulu? haaa... bertitik tolak daripada tu la sebenarnya ni... aku mula ada kesan gatal-gatal di ibu jari kiri sejak ambik daun tu.. aku sangkakan aku cuma kena getah betik yang sememangnya kalau orang yang kalah akan rasa gatal... jadi aku cuba buat tak tau dengan keadaan tu sehingga dia berlanjutan sampai ke bulan 4 ni haaa... bayang la kes dari bulan 12 tahun lepas hingga bula 4 tahun ni... dah dekat 5 bulan dah pun... masih tak baik tangan aku tu... 

aku dah cuba guna ubat krim antibiotik tapi masih tak berubah.. dan yang terbaru aku gunakan krim alovera untuk kononnya dan kurangkan kesan pada tangan aku tu... tapi apa tau kesannya... bekas kawasan terkena getah daun betik tu makin melarat dan makin membesar... hati aku jadi tak tenteram... dan bila ada pulak saranan dari seorang pengawai teknikal makmal yang senior yang aku panggil Kak Odah suruh periksa untuk kehadiran fungus... huwwaaa... mimpi ngeri berulang lagi... maka aku bertekad... balik makmal lepas dari bengkel di Salak Tinggi masa tu terus nak hantar untuk ujian....

dan akhirnya aku hantar sampel kikisan kulit dari kawasan yang dijangkiti... dan selepas 7 hari dalam pengeraman... akhirnya hari ni staf dari makmal bakteriologi mengesahkan memang ada fungus yang tumbuh dari media... huwaaa... ketakutan akhirnya terjawab... dan lebih sedih sebab ada 2 kumpulan Fungus yang menjangkiti.... satu adalah Aspergillur niger dan satu lagi adalah Penicillium spp.

nak aku tunjukkan hasil dari media tu?


aspergillus niger dan penicillium pada media


dan dalam mikroskop rupanya adalah seperti berikut...


aspergillus niger


penicillium spp.

cantik kan? hehehe....


jadinya misi selepas ni ialah berjumpa dengan doktor kemudian beritahu keputusan makmal dan minta doktor bagi preskripsi ubat yang sepatutnya aku gunakan...insyaAllah..moga kali ni pun cepat sembuh...

moral dari cerita aku ni sebenarnya...dalam banyak kes jangkitan Fungus adalah berpunca dari penggunaan antibiotik... bila antibiotik digunakan maka secara tak langsung kita bagi ruang untuk fungus membiak dengan lebih sempurna tanpa halangan dari bakteria...dan dalam kes terakhir ni jugak tak mustahil Penicillium spp. tu berasal dari antibiotik yang aku pernah guna sebabnya ianya adalah bahan utama dalam pembuatan antibiotik... huwaaa...

p/s badan masih sakit-sakit dari peristiwa semalam.. tapi kerja banyak untuk audit minggu depan...


Jumaat, 22 April 2016

Hari Terbuka dan Sambutan Ulangtahun RTM yang ke 70

assalamualaikum semua,

hari ni sempat la nak cerita sikit pasal majlis yang sedang berlangsung di bangunan jiran sebelah pejabat kami ni.. pejabat kami ni bersebelahan dengan pejabat RTM Pahang yang bertempat di Jalan Sri Kemunting, Kuantan, Pahang... dengarnya dari radio bila kami buka pagi-pagi tu ada info majlis hari terbuka dan sambutan ulangtahun RTM yang ke 70 tahun... lama betul dah RTM ni ye.. dari tahun 1946 hingga sekarang ni tahun 2016...alhamdulillah masih lagi melahirkan rancangan yang berinformasi dan memikat pendengar.. cuma tak tahan bab iklan orang jual ubat dengan tilam tu je la.. huhuhu...


hari terbuka dan ulangtahun rtm
antara aktiviti yang dijalankan


dan sempena menyambut ulangtahun istimewa ni RTM Pahang tak lepas juga peluang menjalankan aktiviti menarik mulai hari Jumaat 22 April 2016 hingga ke 23 April 2016... acara dimulakan pada jam 8 pagi sehingga jam 11 malam, kalau tak silap aku la.. dari info yang kami dengar dari radio Pahang FM tu... 

banyak jugak acara yang disediakan untuk pengunjung...meriah bunyinya... antaranya adalah.. pertandingan kucing tercantik, pertandingan mewarna, pertandingan memasak, sukan rakyat, juara karaoke, dan tak lupa jugak ada sesi ujibakat sebagai penyampai radio rtm serta pembaca berita tv dan radio... menarik kan? tak abis lagi tau... ada lagi pertandingan bintang kecil dan bintang P. Ramlee... lebih menarik lagi ada gerai jualan dan pameran untuk semua pengunjung...

kami dah lama teringin nak ke RTM ni... pernah juga rasa nak pergi tengok secara langsung program Pertandingan Akhir Bintang Klasik satu masa dulu... tapi disebabkan rasa risau dengan anak kecik yang takut meragam kami lebih suka kalau nak pergi melawat program santai seperti ni... semoga ada kelapangan kami untuk jenguk program ni nanti.. insyaAllah rasanya nak jengah waktu malam kerana lebih sejuk dan santai untuk membawa anak-anak...lebih menarik kabarnya malam ni akan ada forum memenuhi acara... wah teruja... RTM Pahang...tunggu..kami datang.. hehehe...


sambutan ulangtahun dan hari terbuka RTM ke 7



untuk yang berminat jangan lepaskan peluang...bukan senang kalau nak masuk bangunan RTM Pahang ni... siap perlukan kad masuk khas... dulu-dulu pernah la masuk masa abg long kecik sebab hantar taska di RTM tu... sekarang dah tak dah... hish.. macam banyak pulak aktiviti hujung minggu ni... ada juga aktiviti di PETROSAINS kuantan yang ni tau...jangan lupa... masa yang paling best adalah masa berkualiti bersama keluarga...

p/s sekarang ni pun hati lebih rasa teruja bila kami dengar bunyi-bunyian yang menggamit dari bangunan sebelah tu.. huhuhu...

Rasionalisasi Perkhidmatan Awam bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia

assalamualaikum semua,

fuh tajuk punya la panjang kan? hehehe... sebenarnya lebih kepada nak ceritakan pasal Pekeliling Perkhidmatan Bil 1/2016 yang terbaru dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) pada 7 April 2016 yang lepas... dan aku pulak baru je sempat tengok dan hayati apa yang terkandung dalam pekeliling ni sebenarnya... banyak yang dimuatkan dalam pekeliling baru ni.. sesuai dengan tajuknya.. Rasionalisasi Perkhidmatan Awam bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia... ok mari kita tengok apa dia yang terkandung dalam pekeliling ni..

pekeliling perkhidmatan bilangan 1 tahun 2016
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016


Apa yang aku nampak sebanyak dari 252 skim perkhidmatan yang terlibat dalam kajian dan selepas kajian terdapat beberapa jawatan yang telah ditambahbaik, dijumud dan dimansuhkan... dan selepas pekeliling ni berkuatkuasa sebanyak 240 skim yang digunapakai dari 252 skim perkhidmatan yang dikaji...

Sebenarnya apa faedah dari pekeliling ini? Dari pembacaan dan pemahaman aku, terdapat pembaharuan mengenai gaji minimum yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu Gaji Permulaan Terendah dimulai dari RM1,200 dan juga penambahbaikan Jadual Gaji Minimum - Maksimum..alhamdulillah sekurang-kurangnya ada berita baik untuk semua penjawat awam yang terlibat terutama di kumpulan sokongan..




dan sebenarnya skim aku Pegawai Veterinar termasuk dalam pekeliling ni.. tapi belum diterangkan dengan lebih jelas lagi cara perlaksanaanya...harapnya memberi harapan dan cahaya kepada kami.. persatuan kami MyVoice telah memperjuangkan tentang skim kami sejak ditubuhkan dulu.. semoga usaha persatuan tak sia-sia untuk memastikan sijil yang kami perolehi selama 5 tahun di Universiti dihargai sebagai salah satu Kumpulan Profesional setaraf Kumpulan Profesional yang lainnya... insyaAllah...

Senarai Skim Perkhidmatan yang ditukar Kod Gaji dari Kod Gaji Asal

di dalam jadual di atas ni menunjukkan Kod gaji bagi 19 skim perkhidmatan yang telah ditukar kepada kod gaji yang baru.. ini adalah salah satu dari penambahbaikkan skim yang telah dibuat. skim aku sekarang ni termasuk dalam skim yang ke 6 dalam senarai ini iaitu Pegawai Veterinar kod gaji G ditukarkan kepada GV..terdapat juga perubahan pada gaji permulaan dan gaji minimum dan maksimum seperti jadual di bawah ni..

Gaji Gred GV 2016
banyak yang diterangkan di dalam pekeliling perkhidmatan berjumlah 47 mukasurat ini... antaranya penerangan tentang jawatan yang dijumudkan dan opsyen yang disediakan.. yang itu aku tak reti nak terangkan.. cuma aku nak lampirkan jadual bagi sesiapa yang terlibat dalam perubahan Jadual Gaji Minimum dan Maksimum macam skim aku Pegawai Veterinar ni..

ini penerangan yang diberikan...




dan ini pula jadual yang disertakan...


Seperti yang terdapat di dalam jadual di atas terdapat 19 skim perkhidmatan yang terlibat dalam penindaan kod gaji dari kod gaji asal ini...

19 skim yang terlibat di dalam Pindaan Kod Gaji adalah seperti berikut :

Bil
                         Skim Perkhidmatan
Kod gaji
Sedia ada
Baru
1.
Pemeriksa Kereta Motor
A
AB
2.
Pegawai Laut
A
AL
3.
Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang
A
AT
4.
Pemeriksa Kapal Terbang
A
AT
5.
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
F
FA
6.
Pegawai Veterinar
G
GV
7.
Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera
J
JA
8.
Jurubahasa
L
LA
9.
Penguasa Penjara
KX
KA
10.
Penolong Penguasa Penjara
11.
Pegawai Penjara
12.
Pegawai Pergigian

UG
13.
Pegawai Farmasi

UF
14.
Akauntan
W
WA

Penguasa Kastam
W
WK

Penolong Penguasa Kastam
17.
Pembantu Penguasa Kastam
18.
Pegawai Penguat Kuasa Maritim
        
XA
      
      T
19
Pegawai Lain-lain Pangkat Penguat Kuasa Maritim



























diharap entri ni dapat membantu pemahaman sesiapa yang terlibat dan untuk panduan lengkap tentang Pekeliling Perkhidmatan Bil 1/2016 ini boleh rujuk di laman Web JPA atau klik SINI untuk pekeliling lengkap...ada juga disertakan kategori mengikut skim yang terlibat mengikut kod skim...serta lampiran yang diperlukan... bagi jadual gaji minimum dan maksimum di atas boleh merujuk pada LAMPIRAN D ini...

*untuk makluman pekeliling adalah berkuatkuasa mulai 1 Julai 2016.


p/s untuk maklumat lebih lanjut silalah merujuk kepada EO atau CC di tempat bertugas anda.. hehehe....

Rabu, 20 April 2016

Wordless Wednesday # 103 : Parut

assalamualaikum semua,

entri hari ni ditulis atas sebab nak tunaikan hasrat salah sorang pembaca dan pengomen setia blog cerita ita...Kak Sari nak tengok parut kesan dari digigit lipan dulu...parut tu dah tak jelas sangat..sebab kisah tu dah lama tapi masih boleh nampak la kalau tengok dekat-dekat.. aku ada cerita kisahnya kat SINI.. ada jugak petua orang lama dikongsikan..


parut dia kat tanda putih betul-betul atas tulisan tu





p/s hari ni lemau je nak gi keja.. badan masih letih..huhu..

Ahad, 17 April 2016

Selamat Hari Lahir Yang ke 9 Abg Long Sayang!

assalamualaikum semua,

9 tahun yang lalu masa ni aku tengah menanggung sakit bersalin buat pertama kalinya...baru kenal erti pengorbanan bagi seorang ibu... 3 hari 3 malam berjuang untuk melahirkan seorang permata hati...dan akhirnya kesabaran itu dibalas dengan kelahiran seorang bayi comel pada jam 9.04 malam.. aku pernah kongsikan kisah kelahiran itu di sebuah blog yang telah dipadam kewujudannya...insyaAllah akan cuba ditulis semula nanti..

selama 9 tahun ini membesarkan abg long merupakan satu pengalaman baru untuk aku dan shah..terutama bila semuanya berdasarkan pengalaman kali pertama... pelbagai ujian yang ditempuhi... tapi alhamdulillah... abg long atau anak yang diberi nama Ahmad Haziq Hakimi sangat-sangat membantu kami yang sentiasa cuba menjadi ibu bapa yang sempurna...

birthday boy - Abg Long

doa ummi untuk abg long sempena hari yang istimewa ni ialah semoga Abg long terus berjaya di dunia dan akhirat...dapat berbakti untuk agama suatu hari nanti...dan diberkati hidup sepanjang masa serta dilimpahi rahmat Allah..semoga Abg long menjadi anak yang tidak meninggalkan solat.
menjadi anak yang soleh...serta bakal menjadi pemimpin yang beriman ke jalan Allah serta mempunyai isteri yang solehah kelak..amin..

teruslah cemerlang jasmani dan peribadi wahai anak..
semalam pun dia yg ingatkan hari lahir dia ni..sudah besar kau wahai anak... :'(



p/s menulis di tengah pagi sunyi ni betul2 menjadikan hati sebak..

Sabtu, 16 April 2016

5 Sebab Wajib Pergi ke Karnival Matematik di Petrosains

hari ni aku nak kongsikan program yang dianjurkan oleh Petrosains... Karnival matematik ni memang sangat menarik untuk dikongsikan..khasnya buat mereka yang berada di kawasan berdekatan supaya tak terlepas peluang..

sebenarnya petrosains atau petrosmart di kuantan ni merupakan tempat yang dah selalu kami pegi sampaikan sukarelawan yang ada kat situ pun ada yang dah kenal muka kami... huhu... al maklumlah pertosmart dengan rumah kami cuma sepelaung je... tak sampai 5 minit perjalanan kalau jalan kaki dah sampai... tapi tak kuasa la aku nak pegi berjalan kaki dengan anak berduyun kan.. hehehe... ada aku ceritakan pasal Petrosmart ni kat dalam entri lain... boleh rujuk sini dan kalau nak lebih mudah korang taip je petrosmart dalam kotak carian kat tepi bahagian atas tu haa... lagi banyak yang keluar nanti..

Petrosains atau lebih dikenali dengan Petrosmart Kuantan ni sebenarnya berada di dalam bangunan Yayasan Pahang.. jadi sesiapa yang berminat nak kunjungi Petrsmart ni bolehlah mencari bangunan Yayasan Pahang.. lebih mudah nak cari.. kalau dari Bandar Kuantan korang kena ikut jalan tanjung lumpur ke arah Bandar Pekan kemudian korang akan jumpa lampu isyarat pertama..dan ada bangunan besar di sebelah kiri korang...haaa... itu la bangunan Yayasan Pahang..senang je kan...? kalau nak makan sedap boleh lajak sikit ke depan dan makan tengahari di Restoran Mabiq... eh makan la pulak.. hehe..

karnival matematik petrosains playsmart


Petrosmart ni memang selalu buat program mini di hujung minggu dan lebih meriah biasanya di waktu cuti sekolah... dan kali ni Karnival Matematik yang pernah dianjurkan dulu diadakan semula.. tak sabar nak bawak anak-anak... ini mak bapak yang lebih teruja ni sebenarnya... kekeke... tapi kalau korang dah pergi mesti rasa teruja jugak... nak tau kenapa? haaa mari aku senaraikan 5 sebab kenapa korang wajib pegi ke Karnival Matematik ni...

1. PERCUMA


haa... ni yang utama... takde bayaran tiket ok... semuanya PERCUMA... diulangi... PERCUMA... hahaha... apa yang lebih best dari benda percuma dalam dunia ni... haa.. jadi ibubapa jangan teragak-agak bawa anak anda ok...

2. Bukan sekadar nombor


dari dulu kita dah tersemat dalam fikiran yang asal sebut je matematik mesti kita akan jumpa benda bernombor dan menyakitkan mata dan minda kan? hahaha... itu untuk orang macam aku la yang tak berapa suka matematik... tapi percaya la bila korang dah pegi karnival ni.. persepsi korang pasal matematik akan berubah..

3. Bermain dengan bebas


dekat petrosmart ni .. terutama kuantan la.. anak-anak boleh bermain dengan bebas... sebabnya diorang kenakan peraturan tanggalkan kasut di luar dewan besar dia... jadinya anak-anak terutama anak kecil boleh berlari dengan gembiranya... mak-mak lagi suka la kan... boleh duduk-duduk di mana saja.... ada karpet ko... haha...


4. Aktiviti bersama keluarga


petrosmart juga menyediakan aktiviti sepanjang hari... biasanya akan ada 4 slot sehari... 2 waktu pagi dan 2 waktu petang... aktiviti ni boleh dibuat oleh semua ahli keluarga.... itu yang menariknya... biasanya aktiviti melibatkan penghasilan kraftangan yang kreatif mengikut tema.. dan mewarna mengikut tema... dan biasanya semua peralatan disediakan oleh Petrosains dan secara percuma... hahah...sangat menarik kan? lepas tu hasil kraftangan tu korang boleh la bawak balik...kami dah ada banyak hasil dari sini.. lampu... wau... hish .. banyak lagi la...

5. Hadiah dan cenderahati


haa... part ni paling menarik sekali... kalau korang sertai aktiviti yang macam kat nombor 4 tu korang boleh menang pelbagai hadiah tau... ada juga cenderahati comel untuk sesiapa yang tak menang.. yang penting ada sesuatu untuk dibawa pulang....


jadi selepas aku senaraikan 5 sebab di atas tu... korang rasa korang patut pegi tak? ajer rugi kalau tak nak kan? hehehe... jadi untuk warga Kuantan sila la datang ke Petrosmart Kuantan pada 22 April hingga 24 April ni... kalau di johor bahru ada juga pada 27 April hingga 1 Mei dan seterusnya di Kota Kinabalu pada 6 Mei hingga 8 Mei... jadi jangan lepaskan peluang....

p/s jom kemas barang... kita balik kampung sekejap hari ni...