Logo KBBA

Ahad, 22 Januari 2017

Adegan Teduhan Kasih ni buat aku terkenang

assalamualaikum semua,

baru je lepas tengok cerita Teduhan Kasih lakonan Adiputra dengan siapa heroin dia ni ntah.. haha maaf la aku ni kadang tengok drama sampai ke sudah tak kenal nama betul artis atau pelakon tu sapa.. sebabnya jarang nak tengok Melodi atau cerita gosip-gosip artis.. cuma tau kalau kadang-kadang dengar kawan-kawan cerita je..

jangan muntah hijau tengok gambar ni


satu je yang aku agak perati masa cerita ni tadi.. part adegan yang masa Ehsan dengan Iffa ni nak gi bulan madu tu.. masa dalam kereta tu.. ayat perbualan diorang tu yang aku teringat sangat.. masa Ehsan tanya macamana anak diorang Adam agaknya.. sebab Ehsan dah mula rasa kehilangan anak dia pulak.. padahal baru je diorang tinggalkan Adam dengan makcik tu.. siap tanya pulak.. "agaknya Adam macam tu jugak tak ye?"..

sebenarnya bukan cerita ni yang aku tengok sangat pun tapi dialog diorang tu la.. dialog yang sama aku dengan shah masa kitorang tinggalkan anak kat mak abah tahun 2012 dulu.. masa tu kami cuma baru ada 3 orang anak.. ceh cakap baru macam ada anak banyak noo kan? hahaha.. ye la maksud aku baru ada 3 masa tu.. adik hadi belum ada lagi..
aku pulak kena gi audit kat JB.. husna masa tu masih nyusu badan.. jadi memang masa tu biasanya shah akan ikut je memana aku kena kerja luar, salah satu sebabnya sebab payah shah nak handle husna malam-malam.. dia ni jenis nyusu sekejap-sekejap je tapi jadi cepatlah rasa lapar.. kalau nyusu badan kan senang kalau budak jaga nak susu boleh bagi je bebila.. tapi bayanglah kalau shah jaga kena bangun kerap panaskan susu, bagi susu pulak lepas tu.. mau bertukar jadi zombie aku rasa.. hihi..

jadi disebabkan tu shah terpaksa la ikut untuk dalam tempoh setahun pertama tu..lepas tu bila dia dah besar sikit, dia ok dah.. dan kami ke JB tu bawak kakak husna je sorang.. abg ngah dengan abg long tinggal kat rumah atuk wan dengan atuk abah dia.. tapi itulah.. yang paling aku tak boleh lupa ialah.. kami ungkapkan ayat lebih kurang sama macam Ehsan dengan Iffa tadi.. lebih kurang gini la..

lepas je tol Air Hitam menghala ke JB tu kakak husna masa tu dah tidur dah.. tinggal kami berdua je.. sunyi sepi dalam kereta tu tau.. radio pun tak bukak.. haha.. pastu aku tengok muka shah tapi shah takdelah pandang aku pasal dia tengah bawak keta.. ajer gila kalau dia tengok aku jugak..hihi.. pastu aku tersebut..

aku : "sunyi pulak anak-anak takde ni kan bang?"shah : "a'ah.. rasa macam kosong je kereta kita ni kan?"aku : "ok ke tak agaknya anak-anak tu ek bang?" (orang johor kan.. ek tu mesri tak tinggal)shah :"entahlah.. cuba la call mak tanya"

laju je aku capai hp dan telefon mak.. tapi tau apa respon mak?

mak : "dah sampai mana? ala.. bebudak ni ok je.. ni pun tengah main je ni.. tak nangis pun la.. dia tak ingat pun ummi ayah dia"

hahaha sabor je la.. kesimpulannya pesen mak bapak memang gini ek?


Cerita menarik lain

2 Luahan Ikhlas:

Nik Khazami Nik aziz berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

parents mana tak risau bila tinggalkan anak yg masih kecil

jemput singgah: Kerja dari Rumah dengan iLancee

hainom OKje berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Muka korang seiraslah Ta...

Hihi...biasalah Ta, mak mak mmg gitu, ingat anak je memanjang, tapi kita jangan perasan anak akan ingat kita hihi..... Lagilah bila depa dah ada family sendiri