Follow my blog with Bloglovin

Sabtu, 14 Januari 2017

Hari pertama persekolahan dan hadiah hari lahir Part 2

assalamualaikum semua,

ingat tak entri pasal hari pertama persekolahan abg ngah semalam ? sebenarnya ada sambungan dari cerita tu dan hari ni aku nak sambung.. kisahnya apa yang berlaku pada waktu rehat hari pertama persekolahan dia..

hari ni kisah kakak pulak..



bersambung dari kisah aku mengintai dia tu.. dalam 2 minit jugak la aku berdiri mengintai dia dari luar.. tapi kali ni disebabkan aku kelam kabut jadinya aku tertinggal hp dalam kereta dan tak dapat nak curi-curi ambik gambar dia.. tapi masih tak boleh lupa senyuman dia hari tu.. kalau aku dapat ambik gambar dan simpan tentu dia malu tengok bila dia dah besar nanti.. hehe..

kemudiannya tak lama dia perasan yang aku ada di balik tingkap.. dia senyum dan lambai.. ceria sangat wajahnya.. terus terbayang masa ni.. nikmat Allah yang mana yang hendak kau dustakan ita... sejuk hati seorang ibu tengok senyuman gini.. kemudian aku lambai balik dan buat gaya aku nak pergi dari situ.. dia angguk je sambil senyum.. manisnya senyuman tu Ya Allah.. rugi shah tak dapat tengok sekali..

lepas tu aku bergegas turun tangga.. kat tangga terserempak pulak dengan seorang mak yang tengah mengadu yang anaknya tak mau pakai tudung pergi sekolah.. hihi.. macam-macam ragam kan..

aku sampai kat luar elok shah dah parking sambil tunggu dalam kereta dengan adik hadi dan kakak husna.. kami kemudiannya gerak ke Mydin nak cari kelengkapan sekolah kakak pulak.. rupanya aku baru tau kena bawak semua barang macam alat tulis dan pensel warna ke sekolah.. terpaksa pulak pergi cari.. eh lupa nak cerita hari pertama sekolah kakak pulak.. 

kakak ni dia lain pesen sikit.. dia jenis berdikari.. memang anak ketiga selalu perangai macam ni eh? berdikari sungguh.. masa aku hantar je dia pagi tu dia terus salam aku dengan shah dan menonong masuk kelas terus tuju tempat bermain.. capai hand puppet dan main sorang-sorang.. pelik aku.. aku tegur dia suruh letak beg baru dia gi cari kerusi dan letak beg.. lepas tu sambung balik main.. langsung tak peduli yang ada budak menangis ke nak lari balik ke.. langsung tak tau.. aku dengan shah yang tercegat kat luar tu pun dia buat tak tau je.. padahal ni sekolah baru untuk husna tau..

aku pulak sibuk layan adik hadi nak main gelungsur kat luar pulak.. ni lagi satu masalah si kecik ni.. tak nak balik.. berusahalah memujuk.. ada satu yang aku perhatikan masa kat sekolah ni.. ada budak yang memang tak boleh tengok mak bapak dia.. bila tengok je nak ajak balik.. masalah anak tu satu hal la kan.. tapi yang jadi masalah sebenarnya ialah mak bapaknya tu.. dah anak meragam gitu dan cikgu sampai suruh mak bapak balik.. kau balik je la.. kesian tau bila tengok cikgu nak kawal anak kau yang dekat dua puluh kali nak peluk kau je sebab kau masih tak balik-balik.. haha..

lepas tu aku gerak dan tak tau la apa jadi.. kami berkejaran pulak untuk temujanji adik pukul 9..  tengahari lepas hantar abg ngah tu kami ke Mydin tu yang siap jumpa biskut gery saluut malkist aritu tu.. dah memang rezeki agaknya.. kawan aku cari lepas tu dah takde dah..

aku sambung lainkali ye.. letih dah menulis ni.. hehe..
Cerita menarik lain

4 Luahan Ikhlas:

Shahida Dzulkafli berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Bagus kakak Husna..
Kalau ikut pengalaman Sha, yup.. anak ketiga memang lebih berdikari..

Jun Zie berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

alahai comel ny kakak =D
mbesar dgn sehat & mjadi anak solehah kpd ibu & ayah ya.. amiin =)

Unni Anje berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

comelnya dia..moga jadi anak y soleha.. selamat menuntut ilmu

Lisa Nurulain berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sekolah dah... heheeh biasanya mak lebih exciteed ari anak