Socialize

Follow my blog with Bloglovin

Jumaat, 13 Januari 2017

Hari pertama persekolahan dan hadiah hari lahir

assalamualaikum semua,

aku belum sempat lagi kongsikan pengalam hari pertama persekolahan anak-anak lagi kan ? terutamanya abg ngah yang baru je masuk tahun satu tahun ni.. kalau sebelum ni masa abg long aku memang sangat takde pengalaman tapi aku ambik cuti jugaklah sehari dulu untuk teman dia.. tapi sekejap je la..

gambar teruja nak gi kafa


tapi masa abg ngah ni aku siap ambik cuti dua hari tau.. sebab aku jangkakan abg ngah ni lain sikit.. terutama part emosi tu.. kadang-kadang emosi dia agak terlebih sikit.. anak nombor dua la katakan.. memang sangat la berbeza.. tapi berbeza tu la buat diorang unik tau ? kenapa aku cakap gitu? pasal aku pun anak nombor dua la.. hahaha...

bebalik kisah anak ni, disebabkan hujung minggu lepas aku balik kampung jenguk mak abah.. dan minggu sebelumnya kami berkampung di KL makanya banyak jugak persiapan aku yang agak last minute.. apa nak buat kan ? terpaksa la hadap jugak.. kalau mungkin ada yang kata kenapa tak beli awal-awal.. ok korang simpan je la soalan tu pasal aku malas jawab.. boleh ? hihi..

ni cerita masa hari pertama tu pulak apa jadi.. aku kan ambik cuti jadi aku uruskan la kemasukan abg ngah ke sekolah Kafa pagi tu.. semangat sangat dia.. ye la dari tahun lepas lagi dia mintak aku masukkan ke sekolah Kafa.. tapi aku rasa dia belum sedia.. sebab dia ni jenis kalau nak buat tu bukan main lagi semangatnya tapi bila dah buat jadi sekerat jalan je..

nak tau tak apa alasan dia nak masuk Kafa tu ? dan apa yang buat dia gembira sangat nak pegi sekolah Kafa ? sebabnya kalau pergi Kafa aku dengan shah bagi dia duit belanja.. gembira betul bila dapat duit dan dapat belanja apa dia nak tau.. pelik-pelik je kan alasan.. hihi.. abg ngah.. abg ngah...

balik dari sekolah tu kami hantar Kakak Husna pulak.. adik hadi tak hantar lagi ke rumah pengasuh dua hari tu sebab aku cuti dan kebetulan pengasuh dia ambik cuti.. lepas hantar kakak, kami ke hospital untuk temujanji adik hadi di klinik pakar ENT.. masih ada lagi nanah dalam telinga adik dan gegendang adik masih berlubang.. doktor bagi ubat macam biasa.. kali ni dapat titis telinga untuk antibiotik selama 5 hari, sembur hidung selama 7 hari, dan antibiotik makan sampai habis.. kesian adik.. ubat lagi..

dalam jam 12 macam tu kami berkejar pulak nak ambik kakak dan abg ngah.. abg long kami tak ambik, biar je dia kat transit sebab dia dah darjah 4 tahun ni.. jadi tak risau sangat.. masa kami tengah ambik ubat lagi dalam pukul 11 lebih gitu cikgu transit dah telefon tanya mana baju sekolah rendah abg ngah.. aku macam biasa tak boleh jawab kalau earphone takde sebab speaker hp ni rosak.. aku mesej je tanya dan maklum aku akan ambik abg ngah..

sampai transit dalam pukul 12.30 gitu.. ambik kakak terus balik rumah.. lepas tu abg ngah mandi dan bersiap, kakak pulak buat hal nak mandi jugak.. padahal aku dah cakap tak payah dulu.. balik dari hantar abg ngah nanti baru mandi.. tapi eh.. tetiba dah berjimba dalam bilik air dah.. dia ni pulak jenis mandi berlama-lama dalam bilik air.. pesen mak dia betul.. eh..hihi

siap je kakak bersiap jam dah pukul 1.10 petang.. aku tak bagi abg ngah makan sebab dia kata tadi dah makan kat transit.. lelaju shah berkejar ke sekolah.. sekali boleh sesak pulak depan sekolah.. aduh.. bertembung dengan budak sesi sebelah pagi balik pulak.. sampai je kereta kat pagar aku tengok dewan dah kosong semua budak-budak dah masuk kelas masing-masing.. masa ni dah pukul 1.30 petang dah..

abg ngah jadi panik.. maklumlah hari pertama sekolah dia kau.. berkejar aku dengan abg ngah cari kelas dia.. itu pun shah tinggalkan je aku kat depan pra sekolah tadi tau.. agak jauh jugak la kitorang menapak masuk.. sampai kat tangga bilik guru abg ngah dah nak tersalah naik tangga dah.. aku tarik dia sambil cakap kita kena jalan terus lagi.. bukan tangga yang ni..

bayang la kalau dia jalan sorang tadi.. ntah ke mana dia pergi agaknya.. lepas tu dia jalan laju je dengan tunduk.. hati dia dah risau agaknya.. dalam hati aku terasa bersalah jugak jadi mak bapak yang tak peka pada hari pertama sekolah anak.. maafkan ummi ye nak.. biasa temujanji adik abis awal.. tapi ni tadi terlambat pulak.. tu yang semua plan lari dah..

sampai kat tangga yang hala ke kelas abg ngah kami naik.. terus tanya dia mana kelas dia masa orientasi aritu.. dia diam kejap nak bagi ingat sambil tengok dalam kelas pertama dan kedua.. akhirnya dia senyum dan terus  nak masuk ke kelas kedua..  dia salam tangan aku dan menonong je masuk.. tak toleh belakang lagi dah.. sebabnya aku dah cakap kat dia dah tadi.. "abg ngah masuk kelas dan ummi balik dulu ye".. dan dia jawab ok..

padahal dia tak tau .. aku ke belakang sikit dan intai dia dari cermin belah belakang.. pada masa kejadian ni berlaku tengah banyak drama jugak di sekeliling aku tau.. ada yang menangis nak ikut mak bapak balik.. ada yang mak bapaknya yang duduk tercangguk macam taknak balik pun ada tau.. huhu..

aku tengok abg ngah laju menonong cari kerusi dia.. ada sorang budak ni elok je macam iring dia dari jauh.. sampai kat meja abg ngah elok dia tarikkan kerusi untuk abg ngah duduk tau.. pelik aku.. lepas tu budak tu duduk kat tempat dia semula kat meja belah depan.. jauh la jugak rupanya.. motif dia tolong tarik kerusi tu sampai sekarang aku tak tau.. lupa pulak nak tanya abg ngah..

aku sambung intai lagi.. dia masih tak perasan aku masih ada kat situ.. tapi aku tengok darijauh .. abg ngah duduk dengan baik di kerusi dia, tak gerak memana.. cuma senyum dengan senyuman yang tak dapat dimengertikan sambil tengok sekeliling kelas.. macam senyum bangga pun ada.. macam bawak maksud.. hmm.. akhirnya saya dah sekolah !

ok... nanti aku sambung lagi ok.. 



Cerita menarik lain

3 Luahan Ikhlas:

Adam berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Lahir awal tahun kah ni?

Tedi InterpretZZ berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

bagusnya bangga gi sekolah :)

Shahida Dzulkafli berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Shaa setuju.. anak ni dua nie sangat unik.. kerenahnya juga luar biasa.. hehehe