Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 3 Januari 2017

Sekitar majlis orientasi abg ngah dan dilema seorang ibu

assalamualaikum semua,

lupa pulak belum kongsikan lagi pasal majlis orientasi abg ngah hari sabtu lepas.. abg ngah dengan rasminya akan naik darjah satu tahun ni.. tak lama lagi dah.. tak sampai beberapa jam je lagi.. 

abg ngah dah naik sekolah !


terasa-rasa semakin tua pulak aku.. ditambah pulak dengan umur yang makin menghampiri ke angka 40.. memang terasa la makin tua.. dan sekarang ni tengok pulak anak kedua dah naik sekolah rendah.. lagi la terasa macam cepat sangat masa berlalu.. 

hari sabtu lepas selesai majlis orientasi untuk abg ngah dari jam 8.30 pagi hingga jam 12.00 tengahari.. alhamdulillah berjalan dengan baik walaupun dalam hujan lebat sejak malam sebelum tu..

Hujan lebat di Kuantan


kalau nak tau pagi tu ada sikit la drama, bila kejut abg ngah ajak mandi dia ok je.. tapi bila nak suruh dia sarung baju seragam sekolah lengkap mulalah dramanya.. dia tak mau pakai wei.. panik gak aku jadiknya.. ye la sebelum tu elok je dia kata nak sekolah.. tetiba taknak pulak..

sebenarnya dia tak mau pakai baju sekolah sebab tengok abg long pakai baju biasa.. terpaksa pulak terang elok-elok dengan dia yang hari tu memang cuma dia sorang je yang sekolah.. khas untuk budak tahun satu.. special!

tapi dia tetap bersedih kat tepi baju.. dari awal suruh pakai sampai dah dekat sejam dia tenung je baju tu.. alahai.. rasa macam-macam dah aku ni.. nak marah pun ada tapi aku fikirkan sebab abg ngah ni anak nombor dua yang memang selalunya special sikit jadi aku beralah..

aku cuba berlembut.. pujuk dia pakai baju elok-elok..tapi dia tetap taknak.. siap menitis airmata tau.. aduhai.. hati mak mana la tak sedih.. terus aku biarkan je dia.. aku buat benda lain sambil tinjau-tinjau dia jugak.. dan akhirnya dia sarung jugak baju dalam tangisan.. tarik nafas panjang je aku tengok adegan tu.. 

siap sarung baju nak sarung seluar dia mintak tolong..aku tolong.. sambil ajar dia macamana nak pakai.. yelah nanti kan dia akan sekolah sesi petang jadi tentunya akan pakai sendiri semuanya nanti.. aku ajar semua sampai cara pakai tali leher.. 

kalau korang yang rasa sebak sebab nak hantar anak sekolah berasrama tu ketahuilah aku dah rasa perasaan tu 3 tahun lepas bila abg long bersekolah sesi petang.. aku tak dapat nak siapkan anak-anak ke sekolah macam ibu yang lain sebab anak-anak alu sekolah sesi petang.. dan aku di tempat kerja waktu tu.. anak-anak akan berada di transit untuk siapkan diri sendiri.. perasaannya memang susah nak terangkan.. yang melaluinya je akan rasa..

tapi alhamdulillah abg long dulu jenis berdikari.. dia memang sangat berdikari.. jadi aku tak rasa sangat perasaan bersalah tu.. bukan la tak rasa.. rasa jugak cuma kurang la.. rasa bersalah kerana menyerahkan tanggungjawab sebagai ibu kepada anak tu sendiri.. ya itulah dia.. tapi sekarang giliran abg ngah.. abg ngah memang sangat istimewa.. banyak perkara memang dia akan bergantung dengan aku dan shah dan jugak abg long.. tengok aku bagi contoh pakai baju kat atas tadi pun dah boleh nampak kan? aku nak tulis ni pun airmata aku dah bergenang dah.. Allah..

dan aku dah sesiap ambik cuti esok dan lusa in case jadi apa-apa kemungkinan.. dan sebenarnya kalau ikutkan kakak husna pun tukar sekolah baru jugak mulai esok tapi aku tak la risau sangat.. memang betul agaknya anak nombor dua ni memang special.. bukan aku bezakan anak-anak atau lebihkan anak-anak pun tapi hati ibu memang kenal sifat anak masing-masing kan?

sambung cerita orientasi abg ngah.. kami sampai sekolah abg ngah dah terlewat sikit.. dalam 8.45 pagi macam tu disebabkan hujan lebat.. sampai sekolah pun masih hujan lebat lagi.. agak rumit bila nak uruskan pendaftaran dalam hujan lebat.. sebabnya kawasan sekolah ni agak kecil.. pendaftaran pulak dibuat di kawasan kantin dan di tepi dewan terbuka sekolah..

kalau hari tak hujan mungkin tak masalah sangat tapi disebabkan hujan jadi agak kelam kabut.. macam aku yang datang ni disebabkan tak nampak jelas kat mana bermula pendaftaran maka aku pegi je la cari tang ada tulis nama kelas abg ngah mengikut surat tawaran.. bila dah siap bayar yuran bagai tu barulah tau rupanya ada satu kaunter pendaftaran untuk ambik tag nama dan fail-fail lain.. itupun bila cikgu tanya mana fail merah untuk isi semua borang dia..

berpusing semula la dengan berpayung ke kantin sekolah untuk mendaftar.. dapat tag nama dan fail peribadi kesihatan bagai kena cari pulak tempat nak mengisi nama dan butiran di fail tu.. macam masa abg long dulu semuanya dah dibagi masa kami beli buku jadi kena isi dan tampal semua salinan Dr dokumen di rumah siap-siap.. sampai situ cikgu tinggal periksa dan hantar je.. ni jadi 2 kali keja pulak.. dengan tak bawak gamnya lagi.. adeh.. mungkin jugak cikgu nak mudahkan.. mungkin masa guna sistem dulu ada je yang tak bawak masa hari pendaftaran mungkin.. aku cuba menjadi positif..

dan masa aku siap-siap isi semua dan daftar tu rupanya abg ngah dah selamat dibawa bersama murid lain ke kelas.. dan kami ibubapa diberi penerangan dan ucapan dari pengerusi PIBG, guru besar dan HEM merangkap guru disiplin sekolah.. satu je yang menarik perhatian dari banyak intipati ceramah yang aku dapat.. title sekolah iaitu sekolah amanah diulang sampai 3 kali oleh semua yang bagi ucapan ni tapi takde sorang pun terangkan apa sebenarnya konsep sekolah amanah ni.. atau mungkin aku yang terlepas dengar agaknya.. jadinya aku terpaksa google pulak apa sebenarnya sekolah amanah ni.. yang tu nanti aku cerita balik ye..

yang pentingnya bila majlis selesai dan ibubapa boleh ambil anak masing-masing tergambar kelegaan di wajah ibubapa semua.. hihi.. dan yang lebih leganya aku dengan shah la sebab sambut muka abg ngah yang sangat ceria.. siap ada ayat tambahan.. "best ummi.. saya belajar baca doa.. cikgu yang ajar..kita belajar menyanyi jugak".. "cikgu bagi semua orang roti dengan air, tapi saya lapar..jadinya roti tu tak cukup la".. hahaha.. abg ngah.. abg ngah.. 


siapa tak lega bila tengok muka ceria macam ni kan? 


buat cikgu terima kasih ye layan anak-anak kami dengan baik.. apa saja yang saya tulis di atas tu tak lain tak bukan supaya ianya dapat diperbaiki di masa akan datang.. semoga kita semua sama-sama kuat dan tabah untuk sama-sama menjadikan anak-anak ni hebat dalam bidang masing-masing.. insyaAllah !


Cerita menarik lain

4 Luahan Ikhlas:

Nurzakiah Hanum berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

semoga semua urusan dipermudahkan

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Ita nak tahu tak masa Iman tahun 1 dulu, akk nmpk sorang ibu tu menangis2 kat tepi tangga, yg anaknya menangis2 dlm kelas, parah betul.. hahahaha

Lisa Nurulain berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sama2.. cikgu ucapkan terimakaih juga hahaha

CikLa Shahril berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Wah... anak kita sebayalah sis....Walauapapun, Selamat memulakan sesi persekolahan ya abg Ngah.. bljr rajin2 tau...