Follow my blog with Bloglovin

Jumaat, 26 Mei 2017

Amalan Nabi Muhammad SAW ketika malam menjelang Ramadhan

Amalan Nabi Muhammad SAW ketika malam menjelang Ramadhan

assalamualaikum semua, bersempena kehadiran bulan Ramadhan yang mulia serta ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam di dunia.. semoga kita semua dapat berjumpa dengan bulan Ramadhan dan sihat sepanjang bulan Ramadhan supaya kita dapat beribadah sebanyak mungkin.. 

Sumber info dan gambar dari Laman Rasmi Mufti WP


dan di sini aku nak kongsikan amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW ketika malam menjelangnya bulan Ramadhan.. antaranya ialah doa yang dilakukan oleh baginda iaitu:

Ya Allah Ya Tuhanku, naungilah kepadaku dengan kedatangan Ramadhan ini, dengan kebaikan, keamanan, dan juga keimanan dengan keselamatan dan juga keislaman, Tuhanku dan Tuhan kamu (wahai anak bulan Ramadhan) adalah Allah.
dikongsikan oleh S.S. Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri


Cara Menyambut Ramadhan 

(Info dari Laman Web Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan)

Terdapat beberapa cara untuk kita menyambut kedatangan Ramadhan agar kedatangannya memberikan rahmat dan keberkatan buat kita. Antara yang dapat kami nyatakan di sini ialah:

1. Perbaiki Niat

Tanpa niat maka ianya tidak dikira sebagai ibadah boleh jadi hanya menjadi adat kebiasaan sahaja. Persiapkan niat kita untuk mengahadapi Ramadhan ini hanya kerana Allah ﷻ. Jika jantung hati telah terfokus hanya untuk mencari keredhaan Allah ﷻ maka amal perbuatannya selepas itu akan menjurus kepadanya juga.

Memperbaiki niat bukanlah sesuatu yang mudah semudah mengucapkannya di bibir, para salaf juga tidaklah terlepas dari kepayahan ini. Sufyan al-Thauri Rahimahullah meskipun dengan kehebatan ilmu dan kewarakannya juga pernah berkata: “Tidaklah pernah aku merawat sesuatu yang paling sukar melainkan niatku (untuk ikhlas kepada Allahﷻ)”. Jika beginilah keadaannya Sufyan al-Thauri apatah lagi kita?


2. Berdoa

Al-Imam Ibn Rejab al-Hanbali Rahimahullah di dalam kitabnya, Lataif al-Ma’arif menukilkan daripada Ma’la bin al-Fadhl: “Adalah mereka (golongan salaf) berdoa kepada Allah ﷻ selama enam bulan supaya disampaikan kepada mereka bulan Ramadhan dan enam bulan lagi supaya Allah ﷻ menerima daripada mereka amalan mereka”.

Beliau juga menyebut daripada Yahya bin Abi Kathir iaitu di antara doa para salaf itu ialah: “Ya Allah, selamatkanlah (sampaikanlah) diriku hingga ke bulan Ramadhan, terimalah (pahala) Ramadhan untukku dan perkenankanlah amalanku di bulan Ramadhan”.


3. Memperbanyakkan Membaca Al-Quran

Ramadhan adalah bulan yang amat istimewa. Di dalamnya diturunkan Al-Quran yang menjadi petunjuk buat sekalian manusia. 


4. Bersedekah & Memberi Makan

Banyaknya Nabi bersedekah pada bulan Ramadhan menunjukkan bahawa bersedekah pada bulan ini terdapat kelebihannya yang tersendiri. Begitu juga dengan memberi makan dengan menyediakan juadah berbuka puasa kepada orang lain. Ianya juga adalah dari jenis sedekah bahkan mempunyai ganjarannya yang tersendiri.

5.Qiyam

Qiyam yang dimaksudkan di sini ialah dengan menghidupkan malam hari di bulan Ramadhan dengan beribadah kepada Allah . Disunatkan bagi kita untuk menunaikan solat sunat yang dikenali dengan Solat Taraweh secara berjemaah ataupun bersendirian. Terdapat sebuah hadith yang menceritakan tentang ganjaran bagi mereka yang menunaikan qiyam. 


Semoga kita tergolong dalam golongan seperti golongan salaf yang terdahulu menyambut Ramadhan dengan taubat nasuha kepada Allah dan kembali kepada-Nya dengan mengerjakan ketaatan, memperbaiki diri sama ada dalaman dan luaran, bersedia dengan bersungguh-sungguh untuk melakukan ibadah puasa, solat, membaca al-Quran, berzikir dan semua jenis ibadat.. amin..



Cerita menarik lain

2 Luahan Ikhlas:

Ana Suhana berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Salam ramadhan kareem kak. Selamat menjalani ibadah puasa dan semoga sentiasa sihat. Semoga ramadhan kali ni lebih baik dr sebelumnya. InsyaAllah.

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tq ita untuk peringatan ni. bulan puasa ni badan tak terasa penat walaupun tenaga kita guna berganda kan