Follow my blog with Bloglovin

Sabtu, 13 Mei 2017

Cara Mudah Cari Link Blog dalam Whatsapp

Cara Mudah Cari Link Blog dalam Whatsapp

assalamualaikum semua, dah tengah malam dah pun.. tadi aku janji dengan Lynda nak kongsikan cara mudah cari link blog dalam whatsapp.. dan aku janji nak ceritakan malam.. tapi masih aci kan lynda walau dah tengah malam ni.. masih dipanggil malam kan? ke macamana.. hehehe.. 

sumber gambar -Google


korang yang mana belum tau tu.. meh follow rapat-rapat dan belajar ok.. aku nak mula kelas dah ni.. bestnya.. dulu penah la jugak berangan nak jadi cikgu tapi tak lepas kpli sampai 3 kali interview tau.. nak mintak guru sandaran pulak asyik la kroni je yang dipanggil.. huhuhu.. bertabah je la..

ok jom sambung pasal cari link blog dalam WhatsApp group ni.. kalau masa aku join kumpulan blogger yang aktif tepek-tepek link kat group WhatsApp ni.. aku rasa sangat la menganggu kalau ada yang merapu pulak lepas tu sampai hilang link kawan yang dah bagi tu sampai tak daya aku nak scroll pulak.. sudahnya kadang terus tak tertengok dan terjenguk pun lepas-lepas tu.. antaranya sebab kita kadang baca sekali lalu je kan.. bukan 24 jam hadap hp pun kan.. lelagi kalau waktu tengah keja.. al maklum la blogger sambilan gini la.. bukan blogger sepenuh masa.. ada yang sama macam aku tak keadaannya? kalau ada meh terus baca ok.. duduk dendiam.. cikgu rotan nanti.. kalau yang terasa nak gi tandas pun duduk je dendiam dulu tau!

aku nak bagi contoh dengan bergambar ni.. maaf ye kalau ada screenshots yang korang tak suka aku paparkan kat sini.. nanti bgtau ok.. aku gantikan dengan yang lain atau aku edit nanti.. ok cuba pegang hp masing-masing dan ikut langkah di bawah ni ye.. 

3 Langkah untuk Cara Mudah Cari Link Blog dalam Whatsapp

1. Cuba buka nama group dari ruangan chat.

klik kat nama yang dah aku letak kucing-kucing comel atas tu


dalam gambar bawah ni atas sekali di sebelah anak panah tu dan aku dah letak kucing comel tu ok.. klik yang nama group kat atas tu ok..


2. Bila korang klik nama group tu dia akan keluar macam kat bawah ni..

pastu tengok part ni dan baca kat bawah


nampak tak ada tulisan media tu? korang tengok kat tepi sekali ada tanda > tu kan? cuba tengok kejap.. yang aku tandakan anak panah dalam bulatan merah tu.. haa cuba tekan tu pulak..

3. Lepas je korang klik yang tepi tu dia akan keluar rupa paras macam ni.. 

ok baca penerangan kat bawah ye


biasa aku gak orang akan tengok kat media tu je.. tapi kali ni tengok pulak bahagian tepi sekali belah kanan yang aku merahkan macam kat atas tu.. haaa.. ada tulis link kan? cuba tengok apa ada kat situ? link blog je kan? 


jadi.. korang rasa mudah tak nak cari link blog dalam WhatsApp group? senang kan? cuma klik-klik dan jumpa.. sekarang korang tinggal scroll je nak baca yang mana satu ok..  ok janji dah ditunai.. kalau korang cakap cikgu ita ni ajar susah nak faham.. nanti aku rotan tau..hahaha.. selamat mencuba cari..



Cerita menarik lain

6 Luahan Ikhlas:

Amanda Suria berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Oooo senang jaaaa.....ok2 pandai dh

Lea Azleeya berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

terbaik kak ita.. Tq share tuto ni..

Dedaun Comel berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Macam tu rupanya.. terima kasih.. tak perlu la saya terkial2 nak scroll2 sampai atas sekali :D

TQ

CikLa Shahril berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Wah.. Baru tau.. Senang nya.. Hihi thanks Kak for sharing...

atiehilmi dot com berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

a.. gitu ke ? hahahaha~ ktie gigih la nak scroll sampai ke penghujung.. adoi.. buta IT btol..

adianiez AIDA berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hmmmm nice sharing :)
nak godek jap lg...