Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 2 Mei 2017

Jalan-jalan tengok sale di JPO

assalamualaikum semua, hujung minggu lepas kami balik kampung.. sempat la menyinggah kat Johor Premium Outlets yang tengah sibuk sale.. sesaja la jengah JPO ni.. maklumlah.. walau kami ni orang Johor tapi agak jakun jugak nak menyinggah tempat macam ni.. hari tu kami singgah banyak jugak butik.. tapi satu ni yang agak menggugat iman jugak..

kali pertama jejak kaki di JPO


Butik Padini tengah promosi jualan murah selama 4 hari aritu.. banyak jugak la yang murah.. baju budak ada yang dijual dengan harga RM9 je.. ada jugak baju yang cantik-cantik berharga RM13-19.. memula tu aku macam teruja jugaklah nak memilih tapi bila aku tengok je barisan orang yang nak membayar tu hati terus jadi tawar.. 

sebabnya kami sebenarnya nak ambik mak dengan abah kat hospital.. itu tujuan utama sebenarnya datang ke JB ni.. tapi ternampak pulak status kawan kata ada sale jadi singgahlah kejap nak tengok.. tapi ye la sebab dah nak hari-hari kemudian ni agaknya pilihan dah tak banyak sangat untuk saiz yang limited jugak.. 

macam shah dapat jugak awalnya belek seluar yang cantik.. harga pun ok tapi bila tengok saiz, cuma warna yang agak pelik-pelik je yang tinggal.. jadinya tak jadi la nak membayar jugak.. eh ke memang sekaramg punya masa orang memang tengah sibuk fesyen seluar dengan kaler yang agak pelik?


dengan adik bongsu AZZA


antara hiasan di JPO

panduan butik yang terdapat di JPO


kalau yang nak cari baju raya anak aku rasa memang agak sesuai la..  cuma masa hari tu kami tak bawak anak yang lagi 3 orang.. jadinya tak seronok sangat nak membeli.. sudahnya kami cuma jalan dan window shopping je la.. kurang-kurang bila orang tanya pasal JPO tak la melopong nak membayang tempatnya kan? hahaha.. tapibrata-rata butik kat JPO ni ada sale sehingga 70% tapi aku tak pastilah sampai bila ni.. 
Cerita menarik lain

4 Luahan Ikhlas:

Nurzakiah Hanum berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

syoknya

nohas berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

bestnya..blom pernah lg ke sini..menarik tempatnya..

Haneeza Mohamad berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

walaupun anak jati johor tapi belum pernah singgah jpo :') sobssss

Ana Suhana berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Nak singgah sini satu hari nanti. To betul kak, padini kalau buat sale mmg murah sungguh. Sebab tu ramai yg sanggup berhimpit2. Hehe.