Follow my blog with Bloglovin

Isnin, 22 Mei 2017

Luka Abg Long Hari Pertama dan Kedua

Luka Abg Long Hari Pertama dan Kedua

assalamualaikum semua, hari ni aku nak update pasal luka abg long lepas kemalangan hari Jumaat aritu.. bermula kelmarin dan semalam.. amaran.. kalau rasa ngeri tak payah la korang teruskan baca ye..

Acriflavine ~ Ubat Luka


setakat ni abg long ok, tak menangis atau mengadu sakit yang teruk-teruk.. cuma terbunyi ah.. ah.. je bila kami cuci luka tu.. aku cuma bersihkan guna cecair normal saline je yang memang ada kat rumah ni masa nak guna buat cuci luka shah lepas pembedahan dulu.. masih ada banyak bakinya.. "Dressing set" untuk cuci luka pun masih ada.. jadi tak perlu beli jugak.. cuma kami dibekalkan dengan ubat luka untuk sapu pada luka abg long macam gambar kat atas ni..

ubat luka yang kami guna ni ialah Acriflavine, mudah meresap dan cepat keringkan luka.. biasanya orang guna jugak ubat luka ni untuk keringkan luka jahitan lepas bersalin.. dan alhamdulillah nampaknya lepas penggunaan 2 hingga 3 kali sehari semalam dan hari ni dah nampak luka tu macam kering jugak.. aku tak lap tapi aku bubuh kat kapas dan perah cecair acriflavine tu bagi kena betul pada luka abg long.. macam kaedah jirus dengan ubat la gitu.. 

cuma abg long mengadu sakit lagi kakinya bila cuba berpijak.. kami pun masih tak benarkan dia berjalan dan bergerak banyak dulu buat masa ni dan masih suruh dia bertongkat kalau nak ke mana-mana.. cuma ye la.. dah namanya budak.. yang biasa tak dikongkong tetiba kena duduk diam terasa la jugak dia bosannya.. itu belum bersunat lagi tu.. kalau bersunat nanti agaknya macamana la..

tadi pun dah sibuk nak mengikut shah isi minyak kereta.. shah bawaklah jugak sebab kesian.. makan berpantang pun dah buat dia tarik muka tadi.. bertabahlah anak.. eh balik semula pada kisah luka abg long.. ini luka dia pagi semalam..

hari pertama selepas cuci 


dan ini pulak keadaan luka abg long hari ni..

hari kedua sebelum cuci


mujur jugak 2 hari ni cuti, jadi luka dapat kering dengan baik tanpa banyak bergerak.. esok aku dah rancang nak hantar di ke sekolah dan uruskan dengan cikgu sekejap awal pagi tu.. abg long masih ada 2 hari lagi peperiksaan di sekolah rendah dan tengahari aku kenalah jemput untuk hantar ke kafa pulak untuk peperiksaan di kafa pulak petangnya.. peperiksaan di kafa baru nak bermula esok.. semoga urusan kami dipermudahkan Allah la untuk minggu ni..





Cerita menarik lain

10 Luahan Ikhlas:

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Semoga cepat sembuh Abang Long.. seriua juga Acik Sue tengok luka tu..

atiehilmi dot com berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ngee-- ngilu perut acik tengok luka tu banglong ooi.. cepat elok ye anak..

Shahida Dzulkafli berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Semoga luka abang long akan cepat baik..
Bagus juga ubat luka tu ye.. Memang kering luka abang long tu..

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Bengkak lagi Tu yg sakit bila pijak. Kesian Abang long

Anil Wanina berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

lahaii siannya... semoga cepat sembuh yeee

Lea Azleeya berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

alomok.. takutnya.. adehh.. Moga abg long kak ita cepat sembuh.. :)

Ana Suhana berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Semoga dipermudahkan segala urusan kak ita sekeluarga.semoga cpt sembuh abg long dan semoga berjaya .

Bonda Zahra berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Semoga cepat sembuh abg long. Aina scroll laju2 dkt gambar luka tu, seriau nak tgk

Amanda Suria berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Adoiiiii....terasa kaki akak ni ha...

CikLa Shahril berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Semoga abg long cepat sembuh...