Follow my blog with Bloglovin

Khamis, 18 Mei 2017

Menang Voucher Sushi King dari Broframestone!

Voucher Sushi King dari Broframestone!

assalamualaikum semua, alhamdulillah rezeki yang tak dijangka.. aku dah selamat terima voucher Sushi King dari Broframestone! syukur.. rezeki tak dijangka ni namanya.. nak tau macamana aku boleh menang voucher ni meh terus baca ye..

voucher Sushi King


sebenarnya hari tu, Broframestone ada mintak orang join untuk giveaway dia.. senang sangat syarat dia.. cuma share status dia kat facebook dan komen kenapa aku patut dapat voucher Sushi King tu.. jadi aku pun cuba nasib la share status dan kongsikan kenapa aku patut dapat voucher Sushi King tu.. dan alhamdulillah syukur.. rezeki aku ada kat situ.. dan akhirnya dapat la voucher Sushi King bernilai RM50 kat tangan.. rezeki kan? bukan selalu pun dapat peluang gini..

yeay aku menang!


kebetulan pulak kami sekeluarga memang tak pernah lagi makan Sushi King ni tau.. walaupun kami memang penggemar Sushi.. kalau gi mana-mana dan terjumpa sushi memang tak sah la kalau tak beli.. tapi selalunya kami beli sushi yang murah atau berpatutan harganya macam kat Aeon Big atau Aeon Jusco tu je la.. kalau yang mahal-mahal macam Sushi King yang siap ada landasan sushi bergerak tu memang tak pernah masuk la.. seram bila memikirkan takut duit dalam poket nanti tak cukup pulak.. hahaha

terutama bawak 3 orang budak yang jugak hantu sushi.. sapa lagi kalau bukan abg ngah, kakak husna dan adik hadi.. sekarang ni memang aku dengan shah tak merasa sangat la.. kadang-kadang beli sushi kat Aeon Big sampai berbondong-bondong plastik pun boleh habis.. bertabahlah.. aku dengan shah cuma boleh makan yang diorang taknak je.. 

ada jugak sesekali abg ngah ajak masuk ke Sushi King.. katanya teringin sangat nak makan sushi bergerak-gerak.. hehe.. tapi serius aku risau je kalau dah masuk tu tetiba bilnya akan terlebih bajet kan.. mau menangis kat situ kang.. hahaha.. jadi dapat voucher ni aku harap boleh la cover sikit bajet nanti.. tunggu gaji la dulu kot.. tak pun tunggu payment job yang mana belum dapat lagi ni.. cuma nak tanya korang, ada cadangan tak apa patut kitorang cuba kalau nak makan kat Sushi King ni apa je yang patut kami cuba?

Cerita menarik lain

9 Luahan Ikhlas:

Ana Suhana berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Tahniah sis. Ana suka sushi king sejak 3 tahun yg lps. Sedap. Selamat bersushi :)

Aziela berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Wah Ita....tahniah. Unting betul dapat voucher tu. Boleh pergi ECM lah nnt, makan sushi king.

Akk suggest, boleh la kalau nak order salmon sashimi, unagi bento set, atau soba. Yg lain2, sambar jer drpd belt bergerak tu...hehehe

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Wah Tahniah ita. Murah rezeki ko anak beranak. Aku x reti nk suggest makan apa sebab aku g sushi king on org belanja. Tapi yg pentingnya jgn ambil yg mcm sotong sambal Tu.. mmg entah. Menahan la kalau nk telan tu

atiehilmi dot com berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ehem.. tanak ajak kita ke ? hahahaha~

Amanda Suria berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ok kalau x ajak SA pun x pe..SA x ngumpat sbb SA x makan sushi..hahahha

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Kak Sue tak makan Sushi, tak pandai nak makan.. hihihi..

Azlinda Azman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

1st of all, tahniah kak ! saya suka Sushi King :)

adianiez AIDA berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

best nyer.
best makan situ.
dpt makan sushi fresh!
tahniah!!!

Bonda Zahra berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Tahniah k.ieta:)