Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 23 Mei 2017

Sambutan Hari Lahir Abg Ngah

assalamualaikum semua, semalam secara rasminya kami meraikan hari lahir abg ngah macam yang aku dah janjikan dalam entri sebelum ni.. disebabkan semalam baru ada kesempatan nak belikan kek dan raikan sambutan hari lahir abg ngah..

semua ceria tunggu kek dipotong


suka tengok muka dia ceria pun aku dah seronok sangat.. balik sekolah dah terlonjak-lonjak sukanya dia bila nampak aku keluarkan kotak kek.. siap jerit-jerit cakap, "Ini kek saya kan?".. tentunya dengan muka yang sangat ceria.. tak dapat nak gambarkan gembiranya abg ngah waktu tu.. 

nampak tak siapa yang pegang pisau kek?


senang sangat sebenarnya nak bagi anak-anak rasa gembira macam ni.. kalau anak-anak kami ni la.. luangkan masa untuk memasak makanan kegemaran diorang pun diorang dah rasa sangat gembira.. lagilah kalau raikan diorang dalam majlis yang jarang sangat kami buat macam ni.. seronok muka masing-masing.. walau yang diraikan tu abg ngah tapi yang lain pun ikut gembira sangat..


kek untuk abg ngah


terutama adik hadi la.. sibuk nangis berguling nak suruh potong kek sementara abg ngah tengah mandi sebab baru balik dari sekolah.. hahaha.. bertabah la.. ada request dari abg ngah pulak ni nak bawak kek ke sekolah potong dengan kawan-kawan di transit.. insyaAllah nak.. doakan rezeki kita semua murah ye nak.. mana tau ada orang tetiba nak bagi duit job kat ummi ke kan.. hehehe.. 

tapi ada jugak kisah di sebalik kek ni tau.. nampak tak abg long tutup muka dengan baju sekolah atas sofa kat gambar tu? haa.. tu muka budak merajuk pasal tak boleh makan kek.. hehehe.. kami tak bagi pasal luka dia baru sangat dan masih berjahit.. biarlah pantang dulu makan makanan yang ada telur atau makanan yang gatal-gatal.. kena pujuk pulak semalam.. "lepas ni kita beli kek lain ye lepas abg long sihat ye.." siap dia jawab balik.. "saya nak satu kek untuk saya sorang!"... hai la anak.. hehehe




Cerita menarik lain

3 Luahan Ikhlas:

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Seronok kan, bila kita tengok anak-anak seronok macam nie.. Sabar ya Abang Long, nanti dah sihat nak makan apa pun boleh ya nak.. 😍

Bonda Zahra berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Alhamdulillah. Selamat Hari Lahir Abg Ngah;)

Azlinda Azman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

happy birthday