Follow my blog with Bloglovin

Ahad, 14 Mei 2017

Selamat Hari Ibu Buat Semua Ibu dan Bakal Ibu

Selamat Hari Ibu Buat Semua Ibu dan Bakal Ibu


assalamualaikum semua, hari ni dah 14 Mei 2017 dah pun.. sekejap je masa berlalu.. tetiba dah menghampiri setengah tahun dah pun.. terasa kiamat makin menghampiri bila masa terasa makin singkat.. tapi apa je bekalan yang dibawa ke sana nanti? hmm.. sebenarnya aku nak ucapkan Selamat Hari Ibu kat korang semua ibu-ibu yang hebat tapi bila sebut je hari ibu terus rasa macam tersentuh pulak..

Happy Mother's Day
selamat hari ibu ~ sumber whatsapp


ye la kalau ikutkan status diri sendiri sebagai seorang ibu berkerjaya ni memang tak lari la dari ujian dalam membesarkan anak-anak mengikut acuan sebenar yang diajar oleh Islam.. banyakkk sangat ujian dia.. antaranya masa yang ada untuk anak-anak sepanjang hari.. itu yang buat hati ni mudah betul tersentuh bila ada yang beri ucapan Selamat Hari Ibu.. persoalan macam berjayakah aku sebagai seorang ibu yang sempurna pada anak-anak, selalu sangat bermain di fikiran..

semalam aku ada kongsikan di facebook pasal tarikh sambutan hari ibu.. aku pernah terbaca yang sambutan Hari Ibu diraikan setiap tahun di seluruh dunia pada Hari Ahad minggu kedua bulan Mei setiap tahun.. jadi tarikhnya akan sentiasa berubah-ubah la.. jadi apa hadiah hari ibu yang korang dapat atau yang korang bagi pada ibu korang sempena sambutan hari ibu ni?

aku tetiba pulak teringat tadi aku baca kisah seorang ibu yang kuat berulang alik menghantar dan ambik anaknya untuk dialisis ke HTAA dengan hanya menaiki motor.. suaminya pulak baru je kena strok.. Allah.. ujian Allah yang hebat hanya buat individu yang hebat.. aku sangat percaya tu..

teringat jugak satu masa dulu.. tahun 2015, waktu abg long terpaksa dimasukkan ke wad atas masalah buah pinggang.. aku antara mak yang dah rasa lemah sangat dengan masalah anak.. tapi aku tak dapat peluang jaga abg long di waktu malam di wad sangat.. banyak masa shah yang jaga, sebab adik hadi belum berumur setahun pun waktu dan masih menyusu badan.. siang biasanya aku akan ambik alih jaga abg long.. dan bukan kisah abg long dan kami yang aku nak ceritakan.. tapi kisah seorang ibu yang sangat kuat berada di depan katil abg long pada waktu tu..

ibu ni ada anak yang lain jugak, tak ingat pulak berapa orang anaknya.. namanya jugak aku dah tak berapa ingat, maaf kak saya memang ada masalah nak ingat nama orang selalunya.. tak kisah la pasal tu.. cuma gambaran si ibu dan anaknya tu sampai sekarang aku masih boleh ingat rupanya.. apa kisah yang istimewa sangat tentang akak atau ibu istimewa ni sampai aku nak kongsikan? teruskanlah baca dan nilaikan sendiri..

si ibu ini datang bersama anaknya yang jugak anak istimewa yang sedang menghidapi masalah buah pinggang jauh nun dari Temerloh.. setiap hari Isnin si ibu akan berkelana menaiki bas dari Temerloh pada awal pagi supaya mereka boleh sampai ke HTAA, Kuantan pada waktu sebelum tengahari.. dan anaknya akan terus dimasukkan ke wad dan menjalani rawatan dialisis setiap hari dari Isnin hingga Jumaat.. dan setiap pagi Jumaat si ibu ni akan nampak sangat ceria sebab akan balik bersama anaknya pulang semula ke Temerloh untuk bercuti serta bersama keluarga mereka yang lainnya.. begitulah rutin si ibu sampai mereka ni cukup dikenali oleh seluruh penghuni wad di Tingkat 6 HTAA terutama oleh staff HTAA sendiri.. sehingga kini menurut shah yang bekerja di HTAA, si ibu ni masih setia mengulangi rutin mereka saban minggu.. 

ok, aku sebak ok.. masa menaip ni pun aku masih terbayang ibunya.. betapa mereka sekeluarga sangat kuat dengan ujian Allah.. sedangkan aku sendiri yang doktor cuma diagnose abg long menghidap gangguan buah pinggang sementara tu pun aku dah tak tentu arah macam apa.. tak terbayang kalau diuji seperti si ibu ni.. tentunya aku lagi rasa tak mampu.. terbayang lagi wajah si ibu yang masih mampu tersenyum walau apa pun yang menimpa mereka.. sangat hebat! 

semoga Allah kuatkan semangat ibu-ibu seperti ini dan ramai lagi ibu-ibu di luar sana yang hidupnya berkorban tanpa dapat satu pengikhtirafan dari sesiapa pun atau mungkin tak pernah ada sekali pun ada yang memandang.. kalian sememangnya insan hebat.. dan ketahuilah dedikasi hari ibu yang sebenar adalah buat kalian wirawati yang tak didendang.. Selamat Hari Ibu!



Cerita menarik lain

6 Luahan Ikhlas:

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Selamat hari ibu ita

Eeca Shyaa berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Selamat hari ibuuuu! <333

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Selamat hari Ibu Ita.. menarik cerita yang Ita kongsi 😊

Azlinda Azman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Sebak baca...anyway SELAMAT HARI IBU !

atiehilmi dot com berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

selamat hari ibu kak ita !! hee~ semoga dunia akhirat milik akak..

Bonda Zahra berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Selamat Hari Ibu k.ita. semoga ibu itu terus tabah:(