Follow my blog with Bloglovin

Rabu, 3 Mei 2017

Temuduga COTI dan soalan yang ditanya

assalamualaikum semua, ok hari ni nak cerita pasal sesi temuduga untuk Program Pembangunan Eksekutif di NHI Korea yang aku pegi petang tadi.. maaf la demam korea tak abis lagi.. hahaha.. ni pun masih lagi dalam perjalanan balik ke Kuantan ni.. hujan renyai dan dah terserempak dengan 2 kemalangan sepanjang jalan ni tadi..

bangunan JPA


ok kita sambung cerita Korea.. eh cerita interview nak ke Korea.. sebenarnya kalau ikutkan sesi aku ni belah petang.. mula jam 1.45 petang sampai 2.15 petang.. macam sekejap je kan? aku dengan konpidennya datang awal la.. kami gerak dari Kuantan jam 8 pagi.. berhenti sarapan sekejap.. aku sempatlah makan roti canai banjir sebab nanti kat Korea takut terindu-rindu.. eh.. feeling macam dah dapat pegi la pulak kan? berangan itu perlu ok.. hahaha..

roti canai banjir


lepas je makan kami sambung perjalanan balik ke Putrajaya.. dan alhamdulillah perjalanan agak lancar.. aku sempat la membaca info pasal Korea dan pasal Dasar Pandang Ke Timur sikit.. sempat tertidur pun tadi.. haha.. ngantuk wei malam tadi hadi tak tidur lena..

aku sampai kat Jabatan Perkhidmatan Awam dalam pukul 12 tengahari macam tu.. tu pun dah pusing kat pejabat Jabatan Perdana Menteri pasal Google Maps halakan suruh ikut jalan belakang.. sampai situ kena halau pak guard.. terkial-kial pulak kami patah balik dan berpusing ikut round about besar gila dan sampai kat JPA dengan jayanya.. yeay!

tapi elok je aku salin kasut dan turun kat bangunan C1 dan tanya.. tempat interview kat sini ke? dan elok je pegawai sekuriti tu jawab.. eh kat sebelah sana, C3 kan? aduhai.. jauh pulak tu menapak dengan kasut tumit tinggi ok.. berpeluh ko.. tengah-tengah hari rembang pulak tu.. adeh.. sampai je kat Blok C3 tu, elok la ada notis sana sini tunjuk tempat temuduga tu kat mana.. tapi memang pejabat kat Putrajaya ni sunyi sepi eh? nak jumpa orang pun sangat susah rasanya.. aku pun naik la ke tingkat 4.. pegi tandas dulu dan selesaikan apa yang patut dulu.. kemudian masuk kat kawasan temuduga tu.. cuak dah masa ni.. rasa macam tak bersedia pun ada..



kebetulan masa tu ada la beberapa orang pun dah sampai awal.. sempat la aku tegur-tegur masing-masing.. tapi bila dengar tempat bertugas masing-masing.. aku terus rasa sangat kerdil tau.. mereka semua hebat-hebat.. kagum betul tau aku dengar.. siap ada yang datang pakai pakaian seragam lagi.. smart sangat.. terus rasa macam ada harapan ke aku ni.. huhuhu.. 

masa tu aku habiskan dengan baca sikit-sikit nota dan google info yang patut tau.. ada pulak yang cerita pasal 'blue ocean strategy'.. ok tambah blur pasal aku cuma tau asas dia je.. dan menjelang jam 1.15 petang ada pegawai temuduga yang keluar.. dia kata sesi petang mula lewat sikit dalam jam 2.30 petang.. jadi sesiapa nak solat boleh solat dulu.. aku agak sesi pagi lambat habis kot sebab tu sesi petang mula lambat sikit.. bagi peluang panel berehat dulu..

bilik no 3

sekodeng sikit


dan aku pun ambik keputusan pegi surau dan solat dulu.. bagi tenang sikit hati.. eh sebelum tu aku gi tengok dulu senarai nama untuk sesi petang.. aku tengok nama aku duduk kat no 38 dari 54 calon.. lambat la lagi.. lepas tu ada nampak nombor kat belakang nama.. no 3.. aku agak mesti bilik no 3 tu.. gi la ambik feel tinjau dulu bilik temuduga tu.. hahaha.. mana tau boleh kasi lagi lancar lagi ayat.. lepas tu aku pun gi solat.. masa ni tak terasa la nak makan pun.. pukul 2 aku naik semula ke aras 4.. masa ni semua orang dah ambik tempat duduk dan dah daftar dah pun.. aku pun pegi daftar.. dia mintak sijil kegiatan luar yang dia pesan suruh bawak.. masa ni aku terlupa pulak bagi salinan buku rekod perkhidmatan sekali.. masa nak masuk bilik temuduga tu baru aku teringat nak tanya dan bagi.. jangan ikut macam aku ok..

sesi taklimat


ada taklimat ringkas sebelum temuduga dan aku dapat sesi kedua pulak tu.. ada 3 orang calon yang dipanggil dulu untuk masuk ke bilik no 3 tu.. jadi aku kena tunggu dulu untuk sesi seterusnya.. masa ni ramai jugak yang berbincang tentang apa kemungkinan yang nak ditanya.. ada jugak yang kongsikan tips macam-macam.. ini la yang aku suka bila datang temuduga apa pun.. ilmu yang dapat secara bersahaja yang dikongsikan oleh orang lain.. aku pulak bila dah cuak tak boleh nak baca dah aku telefon mak.. bagi hati tenang.. dan mintak mak doakan..

ok meh aku ceritakan pasal temuduga COTI ni dan pengisiannya.. aku dapat masuk dalam pukul 3.20 petang macam tu.. kami dipanggil secara berkumpulan.. ada 3 orang semuanya termasuk aku.. 2 perempuan dan seorang lelaki.. seorang perempuan ni dari teknologi maklumat dan kali kedua dia datang interview yang sama.. kali pertama tahun lepas.. fuhh.. jadi dia dah ada pengalaman kan? dan yang sorang lagi lelaki ni berkhidmat di JPA.. lagi la fuhhh.. dan aku duduk tengah-tengah.. terasa sangat kerdil ok.. panel ada 2 orang.. seorang perempuan wakil JPA dan juga alumni COTI dan seorang lelaki dari alumni COTI.. pada aku panel ni ok je santai.. tapi dah namanya temuduga maunya tak rasa gugup kan? aku lagi la.. dah la pesen ada darah gemuruh..

ok pasal soalan yang ditanya pulak.. mulanya panel tanya pasal diri sendiri kiranya macam sesi pengenalan diri la ni.. lelaki sebelah aku mula dulu.. bila dah dengar dia cakap latar belakang dia memang aku rasa kudut gila la.. hahaha.. ok lepas tu aku pulak.. ternyata diorang berminat nak tau pasal skim GV aku ni haa je.. pasal diorang rasa macam tak pernah dengar.. ok aku banyak cerita pasal skim la sudahnya dari perkenalkan diri tadi.. terasa rugi pulak tak dapat kongsikan penyanyi yang aku suka.. eh.. hahaha.. ok lepas tu turn perempuan yang IT tu tadi.. jawapan dia pun fuhh.. hebat.. 

dah sampai ke sesi seterusnya, yang ni dimintak jawab dalam bahasa inggeris.. kami ditanya disebabkan program ni bukan hanya latihan sehala untuk rakyat Malaysia ke Korea tapi juga latihan warga Korea dari Malaysia jadi apa yang kami nak bawak dan ajarkan kepada warga Korea.. pehh.. dia punya soalan.. yang lelaki tu jawab dulu kemudian aku dan perempuan lagi sorang..  masa ni aku tak tau nak jawab apa sebenarnya tapi aku cuma jawab, disebabkan Korea sekarang ni sedang cuba untuk meningkatkan pengeluaran makanan halal (siap rujuk second wave look east policy 2014 tu. ecece.. ) jadi rasanya bertepatan kalau mereka didedahkan dengan prosedur halal yang diamalkan di negara kita.. walau veterinar tak terlibat secara langsung tapi kami membantu dalam proses pengujian dan jugak audit dan khidmat rundingan.. hahaha.. ambik aku main jawab je wei.. tapi panel yang perempuan tu tetiba kata.. well interesting.. ting.. berbunga kejap hati aku masa tu.. 

ok sesi ketiga pulak dia tanya apa yang nak pelajari di Korea.. aduhai kenapa semua soalan susah semua ni.. masing-masing diberi giliran untuk jawab.. tapi aku sentiasa jadi yang kedua la pasal duduk tengah-tengah.. yang ni aku jawab macam ni.. disebabkan jabatan saya sedang dalam proses untuk memperjuangkan kepakaran dalam bidang veterinar tertentu, saya nak sangat tau cara Korea uruskan kepakaran sehingga mereka boleh mempunyai satu makmal yang akhirnya menjadi salah satu makmal rujukan dunia iaitu makmal OIE bagi penyakit yang agak susah nak dapat kepakaran pulak tu.. dan makmal mereka ini di bawah kelolaan kerajaan.. jabatan kami masih tak mampu untuk dapat kepakaran macam ni.. ok aku berenti takat tu je..

sambung sesi lain pulak.. yang ni ditanya pulak.. ada pendapat mengatakan yang bilangan penjawat awam sudah berlebihan.. apa pendapat anda? part ni dia mintak sesapa nak jawab dulu.. aku terus tawarkan diri (supaya boleh abis cepat).. aku jawab.. tak adil penyataan macam tu sebab kalau dikira hanya pada bilangan ianya tak tepat dan dan mewakili keaadan sebenar.. terutama tenaga teknikal macam kami yang rata-rata masih lagi mengalami kekurangan kakitangan.. lelaki sebelah aku jawab lagi bagus tau.. dia siap bincang pasal pertindihan tugas oleh kementerian berlainan lagi.. yang menguatkan dakwaan yang penjawat awam ni berlebihan..  memang kagum aku dengar.. hebat..

lepas tu ada soalan tambahan lain.. dia tanya apa special skill yang kami ada.. yang ni mujur la dia tak suruh menari bagai kan? hahaha.. kemudian ada jugak ditanya pasal aktiviti lasak.. kami boleh mendaki atau kayuh basikal atau berjalan kaki dalam jarak yang jauh.. kesimpulannya kena fit dan takde sakit yang memudaratkan la..

pastu soalan akhir dia pulak.. ok dalam masa seminit cuba bagi sebab kenapa awak patut dipilih untuk program ni? ok yang ni aku tak mau kongsi sangat apa aku jawab pasal aku pun malu dengan jawapan aku.. hahaha.. cuma aku cakap la aku ada misi nak tengok kat Korea nanti.. huhu..

secara keseluruhan aku rasa susah jugak la interview ni.. sebabnya aku macam tak yakin kot nak menjawab tu.. tapi syukurlah dah abis.. dengarnya ada sehari lagi esok untuk sesi junior ni.. ada lebih kurang 200 lebih calon untuk ditemuduga bila aku tanya petugas tadi.. dan cuma 20 orang je akan jadi insan terpilih.. fuhh.. dekat satu jam jugak kat dalam tu tadi..

lupa nak kongsikan jugak soalan orang lain tadi.. ada yang kena tanya kalau keluarga angkat kat sana hidang makanan tak halal macamana nak tolak.. lepas tu ada soalan pasal dasar pandang ke timur, blue ocean strategy, program transformasi negara, pendapat pasal kpop dan isu korea utara.. dan kesimpulan aku ianya bergantung pada panel yang interview korang tu.. rezeki jugak la tu sebenarnya.. apa pun pastikan jawapan korang unik dan lain dari lain tanpa sentuh sensitiviti orang sekeliling ok..

tapi pada aku sendiri aku dah usaha dan dan selesai pun hadapinya.. apa pun keputusannya tunggu bulan depan ni pulak.. kalau dapat rezeki la.. kalau tak dapat pun dah dapat jalani temuduga ni pun dah syukur sangat.. pengalaman masa temuduga tu yang penting.. apapun teruskan berdoa ya ita! chaiyok!!

Cerita menarik lain

5 Luahan Ikhlas:

CikLa Shahril berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Wah.. Tough jugak soalannya. Teringat cikla masa interview jpa dulu. Soalan yang cikla xleh lupa bila panel tu Tanya pasal integriti. Hihi..

Btw, good luck sis. Semoga ada rezeki ke Korea nnti...

noorhaidaz eyda berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

alamakkk.. takut dgr soalan2 interview tu.. dulu nk interview JPA pun brape kali sangkut... ape pun gud luck ye sis

Haneeza Mohamad berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wah, kritikal juga soalan2 dorang bagi, anyway good luck! :)

www.neezalife.com

AimNub Haris berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wowww...! boleh tahan soalan2 nya.. hehheheee.. berpeluh juga la kan.. :)

...

lokman amirul berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

boleh tahan soalan...