Socialize

Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 19 September 2017

Masyarakat kita dah lain sangat..

Assalamualaikum semua, hari ni entah kenapa hati rasa sebak je.. sama macam cuaca yang agak redup je hari ni.. teringat lagi kisah di sebalik kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah aritu.. bila tau sebab kejadian dan siapa yang buat terus rasa merundum hati sejak hari sabtu lepas.. sedihnya rasa.. macam tersayat-sayat hati rasanya..

tembok batu di luar.. begitu jugak di hati kita


aku bukan tak sedih masa kejadian kebakaran tu.. tipu kalau aku kata aku tak rasa sedih.. sedih sangat cuma tak sampai mengeluarkan airmata sebab terfikir waktu tu.. mengenai ganjaran syahid kecil yang dikurniakan pada orang-orang yang mati dalam kebakaran dan mati lemas.. mampu berdoa masa tu semoga semua mangsa tergolong dalam syahid kecil tu nanti.. insyaAllah.. tapi bila dapat tau siapa dalang di sebalik kejadian tu lagi aku rasa teramat sedih.. yang ni memang aku nangis ok..

aku teringat.. baru tak sampai beberapa minggu lepas.. waktu dalam perjalanan aku hantar laporan program EDP yang belum habis aku ceritakan pengalamannya tu.. aku berbual dengan pemandu di pejabat aku yang menghantar masa tu.. berbual tentang apa punca masalah sosial yang ada pada masa ni.. kita boleh nampak.. ramai orang dedahkan gejala dadah pada anak-anak muda semakin menjadi-jadi.. buang anak dah macam bukan kesalahan.. belum lagi tengok gelagat anak-anak bila takde ibubapa masing-masing..

kita masih tercari-cari puncanya..

ada satu yang aku nampak.. puncanya ialah masyarakat kita dah lain sangat.. dah jauh berubah.. 

Kalau dulu.. kalau ada yang berani-berani ponteng sekolah pun tak berani tunjuk muka kat mana-mana.. mesti menyorok sebab sesiapa pun yang nampak akan marah.. akan ada yang cakap nanti.. 

"Kau anak Rahman ye? kenapa tak sekolah? kau nak jadi apa ponteng sekolah ni? Aku bagitau dengan bapak kau nanti ya.." 

terus berdesup budak yang ditegur lari tak nampak muka dah..

Kalau sekarang.. kita boleh tengok anak-anak merata-rata dengan baju sekolah.. kita tak pernah terfikir nak tanya kenapa budak tu tak sekolah pun.. sebab kita tak pernah kenal anak siapa pun tu.. kita cuma tau jaga anak kita je..

Kalau dulu.. masa nak merayap memancing ikan atau berkubang di paya ke.. akan ada je yang tegur dan bertanya.. 


"Kau dah beritau dengan mak dan bapak kau tak tadi kau nak berjalan ni?"



Kalau sekarang.. ada anak-anak lalu lalang bersama kawan-kawan kita cuma mampu tengok je sebab kita tak kenal anak siapa.. kita cuma tau jaga anak kita je..

Kalau dulu.. waktu aku berangan nak panjat pokok sambil bermain dengan adik beradik lelaki.. tetiba makcik sebelah rumah menegur..

"Angah, kau turun sekarang! Tak padan dengan perempuan.. sibuk nak manjat-manjat.. kalau jatuh karang sapa susah?"

Kalau sekarang.. aku rasa dah takde yang berani nak tegur macam tu lagi.. bimbang terguris hati anak atau silap-silap mak bapaknya pulak yang tak menegur kita sebulan dua nanti..


Jadi, dapat tak bayangkan di mana kepincangan kita? Kita dah hilang rasa kekitaan antara kita.. kita dah tak rasa anak engkau anak aku jugak.. kita dah tak rasa anak engkau aku boleh tegur jugak.. kita dah tak rasa kalau anak engkau rosak maka anak aku jugak akan rosak..

kita dah mula jauh sejauhnya tembok batu yang memagari rumah kita.. kalau dulu rumahnya jauh-jauh tapi semua orang kenal satu sama lain.. orang kenal anak siapa-siapa.. kalau sekarang ni rumahnya berselang dinding batu saja tapi kita dah tak kenal siapa pun di sebelah kita.. sangat sedih bila kemajuan yang dicari tapi kemasyarakatan kita tinggalkan..

kita jugak tak tau kalau jiran tetangga kita ini ada yang susah payah hidupnya tapi tak pernah mengharap belas kasihan orang lain.. yang kita tau cuma macamana nak cari rezeki untuk keluarga kita dan kita selesaikan masalah kita sendiri masing-masing.. kemasyarakatan dah semakin jauh.. lebih jauh lagi bila kita dah mula takde masa untuk bermasyarakat terutama di surau-surau dan masjid..





Cerita menarik lain

1 Luahan Ikhlas:

Emarieys berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

beza budak sekarang dengan dulu kan kak.