Follow my blog with Bloglovin

Isnin, 23 Oktober 2017

Aku dah jadi tokwan!

Assalamualaikum semua,  aku nak cerita pasal cucu pulak kali ni.. asyik cerita pasal anak je kan.. jadi kali ni kita cerita pasal cucu.. aku dah memang ada cucu dah pun.. tapi cucu sedara la.. anak pada anak sedara sepupu belah mak aku kat Pontian.. tapi kali ni bukan aku nak ceritakan pasal cucu tu.. aku nak cerita kisah Cucu Berbulu tau.. haha..


cucu baru kami.. nak bagi nama apa ye? (kucing comel)



korang semua tau kan aku ada bela kucing kat rumah ni.. kami bela 2 ekor je pun yang kami dapat dari orang lain.. kami bela masa umur dia dah besar pun.. dalam 2 bulan macam tu la.. dan masa tu dah boleh dipisahkan dari emaknya pun.. jadi tak la rasa bersalah sangat.. yang ni bape kali ntah tukar nama.. sekarang kekal dengan nama Remy (yang jantan) dan Wani (yang betina)..

bila dah bela 2 ekor ni rezeki untuk bela binatang agaknya makin meriah sampai ada kawan bagi seekor lagi yang diselamatkan dari kena langgar kereta.. yang kami panggil Meowt.. tapi umur Meowt tak panjang untuk kami jaga.. silap kami jugak masa tu tak kurung dia.. ada aku ceritakan pasal Meowt jugak kat Kisah Meowt..

dan kali ni rezeki kami pulak nak menimang cucu comel.. sebab kali ni Wani mengandung dan selamat lahirkan anak dia baru-baru ni.. masa kami balik kampung ke Johor.. dan bila kami balik dia dah selamat beranakkan 2 ekor anaknya yang sihat dan comel.. kami belum kasi nama lagi yang ini.. rasanya macam nampak kedua-duanya betina.. tapi nantilah dalam seminggu aku tengok balik.. risau masih bengkak kat area tu dan tak berapa jelas je lagi..

anak-anak kat rumah jangan cakap la.. semua teruja bila tengok anak Wani yang comel tu.. tapi yang peliknya masing-masing jadi takut nak pegang dan angkat kucing comel tu.. hehe.. terutama adik hadi.. teragak-agak dia tau.. tapi aku suruh jugak dia pegang masa nak alihkan anak kucing tu ke kotak baru.. suka adik hadi bila dapat pegang.. Wani pun nampak ok bila kami pegang anak dia..

Wani dan anak-anaknya - baju nursing ummi tu korban jadi alas



semalam kami tengok Wani pandai bagi susu pada anaknya.. nampak macam dah biasa.. alhamdulillah.. ini yang paling aku risau..  risau Wani tak pandai jaga anak dan susukan anaknya je..  tapi lepas tengok malam tadi dan pagi tadi elok je dia lindungkan anak dan susukan terus lega hati aku..



kawasan Remy dah sempit


Remy budak baik



Remy pun elok je tak kacau budak kecik 2 ekor tu.. bagus Remy.. kami pesan dia hari-hari suruh jaga Wani dengan baik kalau kami takde.. alhamdulillah ikut kata dia ni.. cuma tempat lepak Remy jadi kecik sikit la lepas ni.. mungkin kena beli tempat lepak lain yang lebih besar pulak lepas ni?.. huhu.. dan sekarang tinggal nak bagi nama je la ni.. ok nanti petang kami mesyuarat sama-sama untuk tentukan ok.. dah ada nanti aku sambung cerita ok.. hehehe..



Cerita menarik lain

4 Luahan Ikhlas:

Azza Mastura berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

bunting la , bukan mengandung ��

Rozita Cerita Ita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Azza Mastura

hahaha.. sama je la

Warisan Petani berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kena carikan si remy tu sangkar lain.

MommaVogueHD Noriza Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Wah banyak dah generasi tu kalau dah sampai ke cucu