Jumaat, 23 Mac 2018

Borong ikan murah di Pasar Basah Rengit

assalamualaikum semua,  kami masih kat kampung lagi ni.. kat johor.. dari Melaka aritu kami terus balik ke Johor pulak..  dah alang-alang cuti sekolah kan.. dan semalam kami pergi borong ikan murah di Pasar Basah Rengit pulak..  kebetulan masa balik hari tu kami lalu jalan biasa dari Melaka.. nampak banyak gerai jual durian di sepanjang jalan.. rupanya baru tau yang tengah musim durian di sekitar Muar dan Melaka ni.. tapi kami tak lah singgah sebab hari pun dah makin malam.. 

hasil kami borong ikan murah di Pasar Basah Rengit


kononnya nak datang balik semalam untuk jalan-jalan ke Muar pulak tapi tak kesampaian pulak.. semalam kat Kluang, panasnya sampai tak boleh nak buat apa dah.. makan pun tak lalu jadinya.. panas terik.. jadi rasa malas pulak nak le mana-mana jadinya.. tapi bila dah petang tu dalam pukul 4 macam tu baru terasa nak bergerak ke mana-mana.. jadinya tetiba la jadi plan nak ke Pasar Basah Rengit.. yang bestnya abah pun nak pergi.. yeay! 

seronok dapat berjalan dengan dua orang ni - abah bertongkah pun jadi.. hihi


sejak abah tak berapa sihat ni macam tak berapa best bila nak ke mana-mana sebab abah tak larat sangat nak bergerak.. tapi tetiba bila abah kata nak pergi sama semalam, rasa seronok pulak.. kami pun gerak dari rumah dah dalam pukul 5 lebih macam tu.. sampai Pekan Rengit dalam pukul 6.15 petang macam tu.. ada 2 jalan nak ke Pekan Rengit ni sebenarnya.. ni kalau jalan dari Kluang la.. satu jalan dari Kluang ikut laluan Air Hitam ke Parit Botak terus ke Rengit..  satu lagi laluan Simpang Renggam hala ke Benut dan Rengit.. aku semalam masa datang ikut laluan kedua tu.. lagi dekat la aku rasa sebab jalannya lebih elok.. masa balik aku ikut laluan pertama sebab nak singgah bandar Kluang.. laluan Parit Botak tu agak tak molek.. perjalanan jadi lambat sikit.. 

pasar basah rengit..  ada pasar tetap yang dalam proses pembinaan lagi


ok, apa je kami buat kat Rengit ni?  kalau nak tau pekan Rengit ni terkenal dengan jualan perabut terpakai yang dibawa masuk dari Singapura.. ada yang masih elok dan agak mahal.. ada yang elok dan harga berbaloi.. kena pandai pilih la.. tapi kalau sesiapa yang cari barang antik lama-lama memang sesuai la ke sini.. kami pulak sebenarnya datang ni nak cari ikan dan bahan basah lain.. dan kebetulan kami datang hari Khamis malam Jumaat.. dan memang ada jualan bazaar karat di pekan ni..  betul-betul di bertentangan dengan jalan masuk ke pasar basah Rengit ni.. macam-macam ada dijual di sini.. 

bazaar karat Rengit

bazaar karat Rengit

bazaar karat Rengit


awalnya tadi kami dah borong ikan kat pasar basah Rengit.. kami dapat ikan pari besar.. seekor cuma RM20, selonggok ikan pari dan tuka dalam 4 ekor cuma RM5, udang RM12 sekilo,  sotong katak RM9 sekilo,  ikan duri RM8 sekilo kalau tak salah.. lupa pulak harga ni..,  ikan gelama kami borong longgok je.. bercampur dengan ikan lain cuma RM15, banyak lagi la jenis ikan.. ikan senangin,  ikan baji,  ikan manong,  ikan mata besar,  ikan bulus,  ikan apa lagi ntah.. banyak tau.. kami borong dengan harga RM20 je satu tong campur-campur siap dengan tong polisterine putih tu dibagi sekali.. hahaha.. belum lagi kira kerang yang dekat 8 kilo dengan harga RM2.50 je sekilo.. macam syurga dunia dah.. haha.. puashati betul la.. 

sebahagian kerang yang dikendurikan hehe


satu nak kongsikan macamana nak dapat harga murah macam kami..  kena tunggu masa pasar basah ni dah nak tutup tau.. dalam pukul 6 lebih ke atas tu ya.. kalau tak harganya masih macam biasa jugak la..  alhamdulillah senang hati je sejak malam tadi kami berkenduri kerang.. tak sempat bershellout lagi dah.. hehehe.. ni pun kami dalam perjalanan jalan-jalan cari makan jugak ni.. nantikan ceritanya dalam Ceritaita lagi ya.. harap ada yang sudi baca.. 

Ceritaita

Cerita menarik lain

4 Luahan Ikhlas:

saniah ibrahim berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Rengit ni kg arwah mk pak akak.... Kg akak lh juga. Part ikan memang mewah masa duk kg dulu.Seronok kn murah sngat kalau dh petang kala.

MiYOKO SuKi berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Wow. Bestnye blk kampung. Msk ramai2

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Abah konnampak just ita wpun Bertongkqt.. X penah smpai sini lagi la ita.. mmg nampak Segar semua seafood kat sini

Ummi Zarra berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Wahhh seronoknya nampak segar2.. Sedapnya nampak kerang tu.. Rebus kerang ratah je mesti sedapkan.. Haihhh balik rse nak buat lah.