Sabtu, 3 Mac 2018

Cara letak widget Top Commentor Monthly Filter Author

assalamualaikum semua,  pagi ni aku nak kongsikan pasal tips blog.. jarang sangat aku nak tulis pun.. ni pun sebab semalam aku dapat idea nak letak widget top commentor monthly filter author.. ni widget top commentor secara bulanan dan akan tapis penulis sebagai pengomen.. macamana dapat idea ni? asalnya aku suka pulak tengok kawan-kawan bagi reward pada top commentor pada blog masing-masing dan macam best pulak bila tengok ada widget top commentor pada blog.. seronok tengok ramai kawan-kawan yang support.. 

Widget Top Commentor Bulanan Tapis Nama penulis blog
Cara letak widget Top Commentor Monthly Filter Author


tapi aku bukanlah nak bagi reward apa-apa pun pada pengomen tegar ni lagi.. buat masa ni aku memang belum teringin buat sebarang contest sebab dulu pernah gak buat contest tapi terkubur sepi sebab tak ramai yang join..  jadinya awal-awal ni aku nak cuba letak dulu widget tu kalau ada rezeki lebih insyaAllah ada la rezeki buat pengomen tegar tu jugak.. 

ok mesti ada yang nak tau macamana aku buat untuk jadikan adanya widget top commentor monthly filter author ni..  pada awalnya aku dah letak widget top commentor tapi yang aku dapat hasil carian kat google.. tapi bila aku letak je aku tengok hasilnya tu keluar aku sebagai pengomen tegar di tempat pertama dan kedua.. aiseh.. takkan la nanti nak reward diri sendiri pulak kan.. hehehe.. 

pastu puas la aku try godeh kod tu nak buat macamana bagi dia kira top commentor secara bulanan dan supaya tak bagi nama aku sebagai penulis blog keluar kat statistik tu jugak.. jadi godeh punya godeh aku akhirnya jumpa caranya.. alhamdulillah.. jadi sesiapa yang nak cuba boleh cuba ya.. 

cari widget html/javascript


korang pergi ke blogger dashboard dan pergi ke layout blog dan tambah widget pada blog.. cari widget yang html/javascript dan copy dan paste je kod kat bawah ni dalam widget .. 





dah salin semua tu kan.. meh korang tengok pulak kat mana nak ubah bagi jadikan dia kira secara bulanan atau monthly.. 
cari kod ni :


var numDays = 0;  



dan tukarkan angka kosong (0) tu pada berapa hari dalam sebulan.. yang ni korang kena buat manually setiap bulan..  sebab setiap bulan bilangan hari tak sama kan? contoh kalau nak letak bulan mac ni ada 31 hari jadi tukar kod tu jadi macam bawah ni :


var numDays = 31;  


ok,  itu dah selesai satu untuk monthly.. sekarang aku nak tunjuk pulak macamana nak buat untuk tapis nama penulis.. cuba cari kod ni : 



var excludeUsers = ["Anonymous","someotherusertoexclude"];



yang ni untuk kita tapis komen dari orang yang kita tak nak dia ada dalam senarai top commentor tu..  korang boleh tambah senarai ni dengan letak tanda "nama orang" dan boleh letak sebanyak mana nama korang nak dengan jarakkan setiap nama bertanda dengan tanda koma macam kat bawah ni aku bagi contoh.. 



var excludeUsers = ["Anonymous","Rozita","Rozita Abdul Rahman", "someotherusertoexclude"];



jadi kita dah berjaya tapis atau filter nama author blog.. sekarang nak tetapkan pulak berapa orang akan masuk dalam senarai top commentor ni.. 3 @ 5 @ 8 @ ikutlah berapa korang nak letak.. caranya cuma cari kod ni : 



var maxTopCommenters = 8;



ubah nombor 8 pada berapa angka yang korang nak untuk letak dalam senarai.. 

ok cukup semuanya dan korang boleh tengok sekarang siapa top commentor korang untuk bulan ni.. dia akan kira yang terbaru ikut tarikh pengomen tegar tu tau..  kalau pengomen tu datang hari ni katakan dan dia komen semua entri korang setahun lepas pada hari ni maka orang tu mungkin akan jadi pengomen tertinggi pada bulan tu.. sebab dikira komen pada hari komen dibuat..  

dan akhirnya widget korang akan keluar secara bulanan.. 


tapi aku perasan satu je la kelemahan widget top commentor ni.. blog jadi lambat loading sikit.. jadi buat aku yang tak berapa gemar blog lambat loading ni macam terfikir.. mungkin list macam ni takkan bertahan lama dalam blog aku.. hehehe.. apa pun kita tengok la nanti ya.. korang yang dah bukak blog aku tolong bagitau jugak ada perubahan tak dari segi masa bukak blog tu ya.. ok selamat mencuba! 

Ceritaita

Cerita menarik lain

12 Luahan Ikhlas:

Fieza Sani berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Ala... Main coding, failed

Mimi Azirah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Okey kak sy nak check yg tapis nama orang tuh...nak buh nama sendiri kang termasuk srkali jenuh pulak

Mrs Pip berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Tq share, so far buka blog ita ni, tak lambat loading, laju jer..

Hans berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

alhamdulillah
perkongsian yang bagus nih :)

Kin Naz berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Lengkap tutorial kak ita ni dari A hingga Z. Thanks kak Ita

Rozita Cerita Ita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Hans

rajin hans singgah sini.. tq ya 😊

Rozita Cerita Ita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Kin Naz

sama-sama kin 😊

Marshalizadotcom berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Marsha pun dok terpikir yg sama. Alhamdulillah ita dah share. Jadi moh let kita edit blog

Bonda Zahra berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Good sharing k.ita, tq.

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Rasa berkobar2 naknletak widget ni to bila tau slow takut Pula la ita.. Akan Ku fikiran. Sebab mmg apprwysgt yg rajin tinggal komen

adianiez AIDA berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Aida memang ada widget ni.
Appreciate tukang komen.
Start thn ni aida bagi gift.
Saje saje suka suka...

Siti Yang Menaip berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

heheh macam nak letak tapi nak buat untuk bulan jan -june heheh..